CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

iNi CeRiTa TeNtaNg WaNa DaN KoNcO2nYa..

Seorang pemegang pen merah dan pen marker yang suka menulis pada waktu lapang [tp sekarang dah lama tak tulis..beku..], suka fotografi, peminat sukan bola sepak [Gunners] dan badminton [Latuk LCW] juga sukakan kartun Spongebob Square Pants (Kiut sungguh makhluk kuning tu), Dragon Ball & One Piece.. Err.. Juga peminat no1 meow2.. makhluk ni lagi comel dari Encik Spongebob.. Tp Prince Arthur lagi hensem dari mereka semua..hehe.. =) Jom.. berkenalan dengan dunia saya yang serba sederhana ni..


Sunday, October 11, 2009

PERSATUAN CIKGU2 BUJANG SDN BHD..

EPISOD 1: OPEN HOUSE RAYA BBQ DI RUMAH TUAN PENGERUSI (JIHAN) HEHE..


               TARIKH    : 10/ 10/ 09
      HARI      : SABTU
      HOST      : JIHAN, WANA, SUHAILA, KAK TI N AZIE (dia ni   
                  bukan ahli sbb dah kawin..)
     TEMA       : SANTAI
     JEMPUTAN   :TAK RAMAI.. MEMBER2 TERDEKAT DAN CUN SAHAJA..


INI AZIE DAN SUAMINYA K..
DIA DITERIMA SBG HOS SEBAB WPUN DAH KAWIN TP DIAORANG DUK BERJAUHAN..
JADI MASA LAKI DI CAMERON. DIA BOLEH DIANGGAP BUJANG..HAHA.. LAGIPUN DIA DUK SERUMAH NGAN AKU.. MCM CIKGU BUJANG JUGAK..






INI PULAK KAK TI DGN ADIKNYA.. PUN CIKGU JUGAK.. TAPI DAH KAWIN.. TAKPE.. ADIK DIA BUKAN HOS.. KAK TI MASIH BUJANG.. JD JGN INGAT BABY YG DIA DUKUNG TU ANAK DIA YA..
INI PULAK (DARI KIRI) YG SENYUM PALING AYU-AKU, YG SENYUM MASIH AYU WPUN NMPK GIGI- SUHAILA N YG TERSENYUM PALING SELOK NI, JIHAN..
YG NI LA.. TETAMU PALING HAVOC.. KAK ZUZA.. LAMBAT BETUL SI JIHAN NI MASAK.. PENAT KAK ZUZA TUNGGU TU..











     Dengan bebekalkan RM40 seorang, kami berlima pun memulakanlah rancangan untuk mengadakan open house raya secara kecil-kecilan di rumah cik jihan.. Kak Ti sebagai bendahari merangkap penasihat kelab telah membahgikan tugas seperti berikut:

JIHAN  : menyedia dan menyiapkan tempat yang sesuai walaupun rumah teresnya bukanlah bertaraf 5 bintang.. Juga menyediakan peralatan BBQ yang datang secara pakej dgn arang dan penyepit ayam sekali..




SUHAILA & KAK TI : Menyediakan serai, madu, rempah serta ayam utk membuat BBQ.. termasuk memerap ayam selama sehari.. Juga merebus nasi impit nona dan kuah kacang secara part time..



WANA & AZIE (bukan pemegang kad ahli) : membeli barang2 keperluan di pasaraya yg mendapat undian tertinggi di Jerantut, TF atau nama penuh dalam ic, Tong Fat.. Secara berduet menggoreng bihun goreng sebanyak 3 bungkus menggunakan kuali kecik.. yang terpaksa diulang tayang sebanyak 6 kali..



    Syukur alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar walaupun pada mulanya hujan turun dgn lebat.. Kami terpaksa mengalihkan pembakar BBQ ke bawah garaj kereta.. Seronok pulak membakar ayam beramai2 sambil bergossip2..



pada separuh masa kedua, kerja membakar ayam bertukar tangan.. Anak2 member yg datang semua berbakat dalam arena pembakaran ayam rupanya.. Maka..seronoklah kami dapat masuk ke dalam rumah menyertai ibu2 mereka yang turut tidak ketinggalan bergosip..



 


P/S: GAMBAR KURANG BERKUALITI SBB MASING2 LUPA BWK KAMERA.. SO TERPAKSALA AKU GUNA CAMERA FON AKU JER.. LAYANNNN....
     

No comments: