CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

iNi CeRiTa TeNtaNg WaNa DaN KoNcO2nYa..

Seorang pemegang pen merah dan pen marker yang suka menulis pada waktu lapang [tp sekarang dah lama tak tulis..beku..], suka fotografi, peminat sukan bola sepak [Gunners] dan badminton [Latuk LCW] juga sukakan kartun Spongebob Square Pants (Kiut sungguh makhluk kuning tu), Dragon Ball & One Piece.. Err.. Juga peminat no1 meow2.. makhluk ni lagi comel dari Encik Spongebob.. Tp Prince Arthur lagi hensem dari mereka semua..hehe.. =) Jom.. berkenalan dengan dunia saya yang serba sederhana ni..


Saturday, October 10, 2009

WaNa Jalan2 ke PECIPTA n Akuaria KLCC..

KRONOLOGI PERJALANAN WANA



7 Okt 2009 (Rabu)


      Waktu itu, Cikgu Wana sedang asyik mengaja studentsnya di dalam bilik Reka Cipta dgn penuh dedikasi.. Tiba2 cikgu Jihan yg berbaju kebaya dtg dan memberitahu ttg lawatan students form6 ke KLCC.. Oleh kerana kekurangan guru pengiring maka cikgu wana yang mmg baik dgn cikgu jihan ni pun..rela lah jadi bidan terjun mengiringi budak2 form6 tu..atau maksud sbnrnya..menemani cikgu jihan yg tiada geng utk ke sana.. maka.. terpaksalah cikgu Wana mengkanselkan kelas tambahannya yg sepatutnya diadakan pd hari esok..kesian anak2 murid cikgu wana..ataupun.. mereka sbnrnya tgh melompat keriangan..(spm dh dekat msh tak sedar2 diri!)




8 Oktober 2009 (Khamis)
Pusat Konvensyen KLCC - PECIPTA
   
        Alkisahnya.. Bermulalah perjalanan C. Wana, C.Jihan, C.Haji n C.Mad mengiringi anak2 murid mereka ke Pusat Konvensyen KLCC utk melihat2 pameran PECIPTA yg dianjurkan universiti2 seluruh malaysia..di mana..di dlm fikiran cikgu2 ini sbnrnya telah lama melayang ke dalam shopping kompleks Suria KLCC.. Wpun pada mulanya masuk ke pameran PECIPTA tu dgn tak berapa ada perasaan..tapi.. rupa2nya.. menarik jugala.. Banyak juga research2 yg mengagumkan yg dihasilkan pensyarah dan students u kat msia ni rupanya..Antaranya penghasilan tepung drp hampas kelapa, mesin menuai lada hitam, perisian convert bhs inggeris kpd arab scr terperinci,filem animasi bertaraf antarabangsa, robot ular..dan mcm2 lg la.. sememangnya pameran tu dpt memberikan motivasi yg tinggi utk students aku termasuk cikgu-cikginya sekali..Syabas PECIPTA..










Akuaria. Tengok Marine Life..

        Setelah saja2 melenguhkan kaki konon2 nak mendapatkan informasi, maka kami pun pergi mencuci mata di Akuaria KLCC.. Wpun dah penah pegi dulu tp aku layan jugakla menemani Jihan yang baru 1st time datang lgpun apa nak susah..semua ongkos ditanggung beres!! Seronok betul tengok ikan pari, ikan jaws, obor2 ,kura2, belangkas..semua terlompat2 gembira menyambut kedatangan kami..hehe.. memang mesra alam gitu..

 
  
 



Makan2 di Kenny Rogers

       Tak dapat dinafikan lagi..aku mmg tergolong dlm golongan yg terpilih lg bertuah.. Dah la tiket org belanja.. makan2 pun ada orang belanja.. aku bukan apa..tak sampai ati pulak nak tolak org beria2 nak blanja kan.Hajat orang, baik kita tunaikan..wawawa.. Makan quarter chicken kat Kenny Rogers.. plus coleslaw,red bean baked, garden salad n choc muffin.. burrpp.. kenyang!

Jumpa Engineer Ina di Secret Recipe.. Kwn lamaku di UiTM.

   
     Seronok betul dapat jumpa Ina kat Suria..Kebetulan dia ada urusan kerja kat Petronas.. Lama gak la kami berborak..almaklumla..dah bertahun tak jumpa.. mcm2 cerita nak dikongsikan di antara engineer tak jadi dgn engineer betul2 jadi.. pikir2 balik camne la aku tiba2 leh bertukar profession jd cikgu..hehe.. takpe.. aku tetap berbahagia dgn kerjaya guruku.. mmg terbukti aku manusia terpilih.. sekali lagi dibelanja makan.. Ina belanja kat Secret Recipe.. nasib baik perut aku masih belum mau menerima objek2 berbentuk pejal, jadi.. selamatlah duit ina..aku cuma minum Coffee White Flat..




Hajatku ke Kedai Buku Nak Tengok Kewujudan SAKSI CINTA
Tak Kesampaian.. Huhu.. Sob..Sob..

     Sedang aku seronok bergelak ketawa dgn Ina, tiba2 terdengar satu pegumuman yang tak berapa sedap utk didengar oleh gegendang telinga melalui corong hansetku..meminta aku segera mendapatkan bas sekolah yg sedang menunggu dengan berbahagia di luar tower 1.. Aduih.. aku belum ke kedai buku lagi.. Hajatku nak melihat novel karya ku dijual di sana tak kesampaian.. Baru ingat nak amik pic novel tu yang sedang tersenyum menanti utk dimiliki pembeli..huhu.. sian aku.. terkilan.. ingatkan balik kul 6.. Jadi.. dengan langkah yg pantas tapi masih ayu, aku n jihan pun segera menuju ke luar utk mendptkan bas sekolah yg setia menanti.. Rupa2nya..dekat setengah jam jugak tggu budak2 nak penuhkan bas..hampeh betul.. kalau tau tadi.,. baik aku g kedai buku dulu.




Singgah Genting Sempah Makan Mc D.

     Kerana nak mendpatkan sebijik gelas Coca Cola.. aku n jihan pun membeli meals set besar punya.. bg mendapatkan gelas percuma Coca Cola..Tp tak sedapla Quarter Pounder tu.. byk cheese.. tak suka..  Jihan pilih warna hijau..aku pilih warna biru.. cun! Boleh letak dlm almari perhiasan kat umah aku.. =)




Tamat..


      Sampai jerantut pukul 10 lebih.. penat.. tapi seronok.. Selesai utk hari ini.. Esok.. Cikgu Wana akan kembali ke sekolah meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa menjadi manusia berguna sambil setiap hujung bulan menanti gajinya yg bolehla utk meneruskan kelangsungan hidup dgn sempurna.. Chow..


2 comments:

Anonymous said...

he he he i'm really enjoy reading your writing :)

WaNaJoyz said...

glad 2 hear dats.. enjoy writing..=) hany ke ni?