CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

iNi CeRiTa TeNtaNg WaNa DaN KoNcO2nYa..

Seorang pemegang pen merah dan pen marker yang suka menulis pada waktu lapang [tp sekarang dah lama tak tulis..beku..], suka fotografi, peminat sukan bola sepak [Gunners] dan badminton [Latuk LCW] juga sukakan kartun Spongebob Square Pants (Kiut sungguh makhluk kuning tu), Dragon Ball & One Piece.. Err.. Juga peminat no1 meow2.. makhluk ni lagi comel dari Encik Spongebob.. Tp Prince Arthur lagi hensem dari mereka semua..hehe.. =) Jom.. berkenalan dengan dunia saya yang serba sederhana ni..


Tuesday, December 15, 2009

Yang Pertama..The beginning of everythin'...




Kata orang.. Yang pertama ni selalunya indah..
Macam cinta pertama... yang katanya akan paling diingati sepanjang hayat..
Tapi..bukan tentang cinta yang aku nak cerita ni..
Tapi tentang pengalaman aku mengalami beberapa 'Yang Pertama' sepanjang tahun ni..

Mula-mula..
Pengalaman aku jadi penulis novel..
Bila SAKSI CINTA diterbitkan buat kali pertama..
Aku rasa seperti diriku sedang menggelungsur riang di atas pelangi..
Bersama bintang-bintang yang menari bergemerlapan menyinariku.
Bahagianya perasaan tu..rasa macam mimpi..macam tak percaya..
Macam jadi Cinderella yang dapat kawin dgn anak raja pun ada..
Dan perasaan gembira itu masih berterusan hinga ke saat ini..
Tak sangka..begitu manis rasanya bila buat kali pertama karya kita
berjaya diterbitkan.. Perasaan gembira itu aku rasakan seolah2 sama
seperti ibu2 yang gembira menyambut kelahiran bayi pertama mereka..
(yeke? aku tau ke perasaan gembira ibu2 yang melahirkan cahaya sulung? ;P)

Then..
Bila dah jadi penulis dan buku dah keluar..
Mulalah aku dijemput menghadiri Pesta Buku.
Bila Kak Saadi call ajak join buat kali pertama..
Aku rasa macam nak melompat je..Dan sebenarnya aku dah pun
melompat di alam maya.. Seronoknya! Boleh bertemu peminat!
Peminat? Biar betul jumpa peminat? Ada ke orang kenal aku?
Buku pun baru bp bulan keluar..Yang tak perasan kehadirannya
pun ramai.. Aku mula berpeluh..Tiba2 rasa segan pulak..
Biar betul..Baru ada satu buku..Ada ke orang nak jumpa aku nanti?
Aku ambil masa nak bagi jawapan..Tapi lepas dengar nasihat kawan2..
Akhirnya aku setuju..(dengan berat hati sebenarnya)

Beberapa hari lepas tu aku dapat tau kehadiran aku pada hari Sabtu
tu bersama Aisya Sofea, Ramlee Awang Murshid dan Bikash..
...dan saat itu aku rasa nak pengsan..Sebenarnya aku dah pengsan pun
di alam maya.. Biar betul!! Mana aku nak letak muka nanti?
Diorang semua dah sangat terkenal.. Dah ada peminat masing2..
Takkan aku nak duduk sana dengan hanya memerhati mereka2 ini
menandatangani buku2 masing?? Aduh..Masa tu aku rasa betul2 tak
nak pergi..Tiba2 rasa menyesal cakap setuju dengan kak Saadi..
Tapi sebab dah janji, aku pergi jugak dgn hati yang sangat tak tenteram.

Susah betul nak menghadapi 'Yang Pertama' ini..
Namun kata kawan2..Kalau aku tak nak hadapi 'Yang Pertama' ni..
Nanti..Besok2.. Aku tetap akan melaluinya.. Sentiasa akan ada
'Yang Pertama' dalam permulaan bg setiap perkara.. dan..bila kita dah berjaya
mengharungi 'Yang Pertama' tu..Alhamdulillah.. akan mudahlah untuk
menghadapi yang kedua, ketiga dan seterusnya..

Akhirnya..Hari yang sangat2 aku takuti itu tiba juga..
Dan.. Alhamdulillah.. Walaupun pada awalnya aku rasa sangat malu..
Rasa macam nak tutup muka je..Sebenarnya aku mmg dah tutup muka  pun di alam maya.. ada juga rasa macam nak menyorok bawah meja..
Namun..atas layanan baik Kak Aisya, Abang RAM dan Bikash..
Dan juga layanan baik Kak Saadi dan team Alaf..sikit2 gementar
aku hilang..Dan..


Rupa2nya.. Ada poster muka aku bersama penulis2 lain
ditampal sekitar pejabat alaf.. Tahukah perasaan aku
masa tu? Perasaan melihat poster muka kita
'Yang Petama'?? Huh.. sukar nak digambarkan perasaanku..
Rasanya nak je aku cabut dan tampal kat depan rumah aku..
Hehe..'Yang Pertama' ini begitu indah..



Dan...Saat paling membanggakan..
Bila ada orang 'Yang Pertama' beli novel aku dan datang
jumpa aku minta autograf.. Ya Allah.. Tak tau nak cakap la
betapa gembiranya aku masa tu! Kali ni rasa macam dah melompat
tinggi hingga ke awan..dan..aku memang dah berada di awangan
pun di alam maya.. Masa tu jugak segala malu aku hilang seketika.
Aku rasa nak peluk je orang pertama tu dan ucap terima kasih kerana
ada jugak ada orang nak jumpa dan ambil autograf aku..
Lepas tu rupa-rupanya ada lagi orang jumpa..dan lagi..dan lagi..
Masa tu perasaan malu aku hilang sikit demi sedikit..
Dan rupa-rupanya hari yang aku sangat aku takutkan tu
telah menjadi hari yang paling manis dalam hidup aku..
Tak sangka..Apa yang berlaku tak seteruk seperti apa
yang aku bayangkan..Nasib baik aku kuatkan semangat
datang jugak hari tu..

Betapa gembiranya pengalaman 'Yang Pertama' ini akhirnya berjaya
juga dilalui..dan..ianya sangat manis..dapat bertemu 'peminat'
(kalaulah boleh digelar peminat..hheehe) dan penulis-penulis yang
telah lama mencipta nama.. Malah.. Abang RAM juga ada
mengatakan kata-kata yang menaikkan semangat aku..
Katanya " Saya dulu pun macam awak jugak.. Melalui pengalaman

kali pertama. Semua orang pun akan mengalami perkara yang sama,"
akan ku ingat kata2nya itu..Thanx so much..

Syukur..'Yang Pertama' itu telah berlalu..
Bermakna selepas ini..aku tak takut lagi untuk menghadiri Pesta Buku
andai dijemput lagi..Nasib baik aku hadir untuk 'Yang Pertama' ini..
Sebab..Lepas ni atau bila2 pun.. "Yang Pertama' ini telah pun berlalu..
Dan meninggalkan pengalaman untuk jadi pedoman untuk yang
kedua, ketiga dan seterusnya...

Sebenarnya banyak lagi kisah 'Yang Pertama' aku nak ceritakan
di sini.. Selain kisah aku menjadi penulis novel.. Tapi rasa-rasanya
post ni dah panjang sangat.. Mungkin to be continue..part 2..=)



~one sweet day~  =)




2 comments:

AYU IDRIS said...

Salam Wana....

Tahniah!! Akak suka betuk novel SAKSI CINTA karya sulung Wana tu. TWO THUMBS UP!! Memang best citer tu....jalan citer yg very very very interesting (bkn nak bodek tau, puji betul nih!) dan pengolahan ayat yg sgt santai (btl ke ayat akak ni, marah kang cikgu BM..maklumle cikgu Sains menulis...) Baru aje khatam novel tu mlm tadi....Teruskan berkarya..semoga Wana cepat2 dpt ilham nak tulis novel seterusnya..Pas ni mesti akak beli novel Wana!

Mmg betul...dgn YANG PERTAMA akan ada yg kedua..ketiga dan seterusnya..Jgn takut memulakan yg pertama krn yg pertamalah biasanya penentu segala langkah kita seterusnya...

P/S : Mekasihla sudi upload gambar peminat tu...(adik, kakak n anak akak) Ada gak kenangan kitorang kat blog Wana...hehehehe....

Oppss..terpjg lak komen dah mcm karangan BM....hehehe....Jumpa lagi!

WaNaJoyz said...

Wsalam Ayu..

Terima kasih2 byk..setinggi gunung =)..Gembiranya baca komen2 Ayu.Terima kasih juga krn terus menyokong karya sy setrusnya..(tp tak taula bila dpt siap tu..bz memanjang je ni =)

Tp Ayu..Sy bukan cikgu BM..Saya cikgu Reka Cipta dan KH Teknikal..hehe..Ayu ni cikgu sains rupanya..Rupa2nya gambar famili Ayu ya..hehe..saya ingat..Ayu ada bergambar dgn saya kan hr tu..Antara orang yg menceriakan saya hari tu..thnx..Oklah cikgu sains..Jumpa lagi..bye!