CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

iNi CeRiTa TeNtaNg WaNa DaN KoNcO2nYa..

Seorang pemegang pen merah dan pen marker yang suka menulis pada waktu lapang [tp sekarang dah lama tak tulis..beku..], suka fotografi, peminat sukan bola sepak [Gunners] dan badminton [Latuk LCW] juga sukakan kartun Spongebob Square Pants (Kiut sungguh makhluk kuning tu), Dragon Ball & One Piece.. Err.. Juga peminat no1 meow2.. makhluk ni lagi comel dari Encik Spongebob.. Tp Prince Arthur lagi hensem dari mereka semua..hehe.. =) Jom.. berkenalan dengan dunia saya yang serba sederhana ni..


Sunday, January 10, 2010

Journey To Utara.. Perak, Penang, Kedah n Perlis..

TAJUK FILEM : 5 Hari 4 Mlm Mencari JOTH..

WATAK UTAMA  : Wana, Ila, Ina, Anod & Ima
PENAMPILAN KHAS  : Mak Cik G
WAKTU TAYANGAN  :21 - 25 Dis 2009
 

Bergambar sebelum memulakan pengembaraan pukul 3.00pg dari Shah Alam.
Kononnya nak bertolak pukul 6pg,tp masing-masing xcited tak ingat..Mata tak leh lelap..Last2 pakat2 tang2 tu jugak pegi..kitorang bgn dari pembaringan yg tak lena, mandi dan gerak pukul 3pagi..




Berhenti Sembahyang Subuh Di Perak..
Kemudian meneruskan perjalanan terus ke Perlis..

Sampai ke destinasi pertama.. Kuala Perlis..Dah pagi..dlm kul 9 lebih..
Dengan muka mcm apa..Tak mandi..[ala baru mandi pun kul 2lebih]
Kami pekena Laksa Kuala Perlis dulu.. Bolehla tahan..

 Check in kat Hotel.. Mandi manda..Rehat sekejap..
Tak tido pun..Rugi2 kalau tidur..Baik terus g jalan.
Then meneruskan perjalanan ke rumah rakan kami Ezree baru habis berpantang
dan ke Padang Besar. Yeay...Shopping!!





Hari kedua kami ke Kedah..
Tapi sebelum tu singgah sekali lg ke Padang Besar pasal semalam tak puas shopping lg..hehe..
Bermalam di Yan..Homestay 3 bilik.. Berhampiran rumah saudara Ila.. Kat Kedah kami jalan2 tengok padi.. menziarahi rumah kawan dan pergi Muzium Padi. Best sangat dapat makan ikan bakar kat gerai tepi jalan yg tak ada nama tapi mmg glamer.. gerai tu betul2 duk tepi sawah..sangat mendamaikan dan segar..




 PENANG!!


Dah puas jalan2 kat Kedah kami berangkat pula ke tempat paling kami tak sabar nak pergi..PENANG!!
Di Penang kami stay 2 malam.. Sbb banyak sgt tempat nak pergi jalan2..
Sejak hari pertama lagi jadual kami mmg pack.. Keluar hotel dlm pukul 9 balik semula pukul 1.00pagi..
Memang mcam tu la hari2 sejak smpai di Kuala Perlis lg..kami manfaatkan sepenuhnya masa yg ada.hehe..








Banyak tempat2 menarik yang kami pergi..
Bukit Bendera, Tokong Ular, Taman Rama2, Makan Char Kuey Tiow di Gurney drive, Muzium Chocolate, Pantai Batu Feringghi, Balik Pulau, Makan Nasi Kandar di Line Clear [mkn 5org smpai RM120.janji sedap!] dan beberapa tempat lg yg skrg ni aku tak berapa nak ingat..


Setelah 2 hari berpoya2 di Penang..Kami pun sedar diri yg kami harus pulang juga..
Maka pagi kelima dan yg terakhir itu kami pun berangkat pulang ke Shah Alam
Kali ni kamu keluar dari Penang naik Feri pula.. Itulah pengalaman pertama aku naik feri..=)
Destinasi kami seterusnya... PERAK!!

TAIPING, PERAK....



Kami singgah di Taiping.. Semata2 sbb nak makan mi udang yg sgt glamer kat situ..
Plan awal nak makan mi udang Pakcik Salleh sbb mmber kata mi udang dia superb!
Tapi takde rezeki Pakcik Salleh nak dpt duit kami, gerai dia tutup Jum rupanya..
Maka.. Kami pun beralihlah ke Gerai Mi Udang Mak Jah yg dah masuk TV n surat khabar tu..
Huh.. Besar2 udang dia..yuummm.. yummm.. sepinggan RM7.. tp kami ambil yg spesel..
Sepinggan RM11.. Tak kisah.. Janji puas hati!!
Setelah mengenyangkan diri dengan puas hatinya.. Kami pun berangkat pulang ke Shah Alam..
Hajar asal nak beli labu sayong terpaksa dibatalkan kerana kami telah terlewat akibat bertolak dr penang
lewat dan lama sgt terkandas di Gerai Mak Jah.. Tiba2 pulak hujan lebat..
Kami pulang dgn membawa balik pelbagai cerita menarik dan melalui pengalaman yang
sangat menyeronokkan!!!Terima Kasih kepada pemandu pelancong kami yg tak bergaji..
Cik Fadhlina.. dan Anod kerana telah membenarkan kami melanyak Pesona WRD nya sebaik mungkin!

SINGGAH RUMAH GNA DI SERI KEMBANGAN..
Menjamu Selera.. Sedap betul masakan Gna ni..siap ada ikan bakar lagi..
Sempat kami bermain2 dengan si comelnya Qistina, yg suka giler kat aku..
sampai nak ikut aku balik.. eii..geram betul..kalau la aku boleh bawak balik..hehe..



Kami tiba di Seksyen 7, Shah Alam sekitar pukul 11 malam..
Huh..penatnya.. Maka.. operasi menjejaki hasil tangkapan masing2 pun bermula..
f
SEKIAN SAHAJA CATATAN HAMBA BUAT KALI INI.. SEBELUM TERLUPA..
Filem ini ditaja oleh MINYAK CAP BORRAK
yang hanya boleh didapati di kedai Bismillah, Penang..
Sangat bagus utk kegunaan sakit perut, sengal2, dsb..
Diakui berkesan oleh Mak Liza dari Yan Kedah!!
Gunakan tanpa was-was..
[minyak ini telah di'haram'kan oleh kami utk Ila gunakan kerana dia sangat kuat berborak..
Kalau dia guna..teruk lah kami..tentu sampai tak boleh tidur dia asyik ajak berBORRAK!]



Luv u all my frenn..
Tq 4 a great journey!
MMUAAAAAHHHHH!!!


2 comments:

Anonymous said...

x sabar la..bile tgk gambar2 ni..aku rase mcm rindu gile ngan korang..ehhe..n x sabar nak g vacation yg akan dtg.....

YunChanKhalid said...

syoknya pergi jalan2! Nak ikot!