Saya ada satu masalah...
Masalah minat..
Bila saya minat maka saya akan buat..
Bila saya buat, maka saya kekurangan masa nak buat perkara lain..
Oh ya.. satu lagi masalah saya ialah tak pandai menguruskan masa..
i'm worst in time management!!!! worst! worst! worst!
Sebab tu saya akhirnya rasa sy perlukan masa lebih daripada 24hrs!
Sebenarnya kalau saya pandai menguruskan masa, saya tak de masalah
nak buat banyak benda yang saya suka nak buat. Hm ..
Dulu.. masa belajar kat U.. saya memang tak reti duduk diam..
Saya buat macam-macam kerja masa belajar.
Saya pernah design dan jual baju engineering..
Saya pernah jual sweater UiTM.
Jual mi goreng & nasi lemak yang diusahasama dengan kawan abang saya kat Kolej Siswi.
Saya beli, gubah, jual bunga segar masa konvokesyen.. yang best tu terpaksa lari-lari bila dikejar pak guard..
Saya pergi stadium shah alam setiap 2 minggu, kerja jual makanan dan minuman di kiosk kawan abang saya.
Yang best tu saya dapat tengok bola dan konsert free masa bekerja =)
Nampak sangat saya bukan ulat buku kan... Nasib baik saya berjaya juga..
Tapi konfirmlah tak dapat kelas pertama.. Hehe..
Time cuti sem, saya balik kampung sekejap je.
Saya tak akan duduk saja-saja kat kampung selama berbulan-bulan mengabihkan beras..
Sedangkan masa study pun saya kerja, inikan pula time cuti sem..
Biasanya saya akan kerja kilang secara kontrak.
Antara kilang yang saya pernah kerja National, JVC dan Shin Etsu.
Saya juga pernah kerja kat restoran KFC.
Kerja di pasaraya, kedai telefon, pasar dan bazar..
Paling seronok masa saya bekerja di kedai gambar.
Kami pergi ke konvokesyen UM, UKM, UPM, Kolej Islam sampai ke UPSI tg malim.
Pengalaman jadi krew fotografi masa konvokesyen memang sangat menyeronokkan!
Sekarang.. Saya dah tinggalkan segala kerja-kerja partime tu..
Sebab saya dah ada kerja tetap.. Saya dah bergelar cikgu.
Hehe.. tertwist daripada tujuan asal saya.. nak jadi engineer..
[nanti di post yg lain saya akan ceritakan kenapa saya tiba2 bertukar menjadi guru]
Saya ingat bila saya dah jadi cikgu ni, saya duduklah tenang2 jadi cikgu je..
Tapi tak jugak.. Tahun kedua saya bukak bisnes, usahasama dengan kakak.
Bukak kedai sewa buku [novel dan komik] & fotostat..
Malangnya.. Tak dapat bertahan lama.. Saya harus akui.. ilmu dan pengalaman
belum cukup untuk memulakan bisness.. banyak lagi yang perlu saya pelajari.
Saya kemudian cuba menulis dan akhirnya dapat menerbitkan novel pertama
tahun 2009. Alhamdulillah.. Kini sedang dalam proses menyiapkan novel kedua.
Kerana minat juga saya belajar fotografi dan berjinak-jinak menjadi fotografer perkahwinan.
Tapi kerana kesuntukan masa.. Saya tak dapat meneruskan kerja tu..
Editing gambar mengambil masa berminggu-minggu.. Saya tak sanggup lagi.
Saya banyak mencuri masa menulis saya.. Tak boleh. Saya harus fokus..
Saya tak mampu menuguruskan masa untuk melakukan banyak perkara dalam satu2 masa.
Belum masuk kerja2 saya di sekolah yang menimbun-nimbun tu dan memegang beberapa jawatan yang memerlukan komitmen yang tinggi.
Apa-apapun yang saya lakukan, saya akan pastikan kerjaya saya sebagai guru
tak terganggu. Waktu saya di sekolah adalah 100% untuk pelajar2 saya..
Memang banyak pengalaman susah senang yang saya lalui sepanjang kerja.
Ada pahit.. ada manis.. ada yang tak sanggup saya nak ingat kembali..
Tapi sebenarnya.. pengalaman lalu saya itulah sebenarnya yang menjadikan
saya seperti saya pada hari ini.. Semua yang saya dah lalui itu telah mendewasakan saya..
Menjadikan saya kuat dan belajar hidup berdikari sejak dari awal lagi..
Mempunyai banyak minat itu bagus.. Namun menguruskan masa untuk melaksanakan semua minat itu yang susah.. It's all about time management.. Kalau anda bijak mengurus masa, maka anda boleh melakukan banyak perkara yang anda suka.. Namun jika anda tidak berapa bijak mengurus masa seperti saya maka.. ada beberapa minat yang anda harus lupakan buat sementara waktu.. World Peace.. Wassalam..