CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

iNi CeRiTa TeNtaNg WaNa DaN KoNcO2nYa..

Seorang pemegang pen merah dan pen marker yang suka menulis pada waktu lapang [tp sekarang dah lama tak tulis..beku..], suka fotografi, peminat sukan bola sepak [Gunners] dan badminton [Latuk LCW] juga sukakan kartun Spongebob Square Pants (Kiut sungguh makhluk kuning tu), Dragon Ball & One Piece.. Err.. Juga peminat no1 meow2.. makhluk ni lagi comel dari Encik Spongebob.. Tp Prince Arthur lagi hensem dari mereka semua..hehe.. =) Jom.. berkenalan dengan dunia saya yang serba sederhana ni..


Friday, May 27, 2011

Mengkarate Lipan Di Kala Subuh dalam episod PENCULIKAN!

 
 [Ini En Pat & En Bob : Penyambut tetamu blog saya.Say hi to them =) ]
     Salam. [Perkataan pertama yang berjaya ditulis setelah menekan beberapa huruf dan mendelete kembali selama lapan kali berturut-turut.] Susah betul nak mulakan cerita ni. Hehe.. Okay, sebenarnya saya nak ceritakan tentang pengalaman saya menjadi penculik kanak-kanak di East Cost Mall, Kuantan.
   
    Kisah bermula sewaktu saya menjadi guru pengiring pelajar-pelajar Biologi melawat ke UIA dan Pusat Pemuliharaan Penyu di Kuantan.   

Jangan cari saya dalam gambar ni, memang takde. Sebab saya  tukang snap je =)

    Setelah melawat ke UIA, kami singgah sebentar di EOM, Kuantan. Sedang saya dan rakan-rakan berwindow shopping, tiba-tiba kami ternampak ada seorang budak lelaki bangsa Cina berumur dalam lingkungan 3,4 tahun sedang menangis teresak-esak sendirian. 


    Ya. Budak itu kehilangan ahli keluarganya! Dia melaung-laung dan menangis dengan kuat, dia tak tahu hendak pergi ke mana, berpusing-pusing kepalanya mencari kelibat ibu/bapanya. Kami pandang sekeliling, ada ramai orang yang lalu lalang, tapi tak ada seorang pun yang ingin mendekati budak itu. Jadi, atas rasa prihatin dan tanggungjawab kami dekati budak itu.


   Kami tanya apa nama dia, nama ibubapa dia, namun dia langsung tak menjawab. Dia terus menangis dan menangis. Kami tak tahu nak buat apa. Saya pegang tangannya dan bagitahu nak tolong cari ibubapanya, walaupun pada awalnya dia nampak takut dan tidak mahu mengikut, tapi akhirnya setelah dipujuk-pujuk, dia akur juga. 


   Saya pegang tangan kirinya dan rakan saya pegang tangan kanannya. Kami nampak ada sebuah kaunter perkhidmatan berada di berhadapan pintu keluar mall. Jadi kami pimpin budak lelaki tu menuju ke sana dengan harapan pihak mall boleh membuat pengumuman berkaitan kehilangan budak lelaki itu.


   Sedang kami berjalan menuju ke kaunter tersebut tiba-tiba tangan budak lelaki itu direntap seseorang dari arah belakang. Kami terkejut dan segera berpusing ke belakang. Lelaki yang merentap tangan budak lelaki itu bercakap dalam bahasa cina dengan budak itu. Kami sepatah haram pun tak faham. Wajahnya kelihatan sangat marah dan budak lelaki itu segera memegang tangan lelaki itu. Rupa-rupanya itu ayahnya. Lega kami. Tapi...   


   Yang mengejutkan kami, ayah budak lelaki itu terus menarik tangan anaknya itu dengan segera tanpa berkata apa-apa pada kami. Jangankan nak mengucapkan terima kasih,malah langsung tak memandang kami walau sedetik pun!! Saya tunggu dia angkat kepala pandang saya, tapi malangnya dengan wajah yang amat marah dia terus berlalu pergi meninggalkan kami yang terpinga-pinga di situ.


   Saya dan rakan terkedu dan jadi patung seketika di tengah-tengah ruang legar mall itu. Saya perasan, ramai orang yang berada berdekatan memandang kami dengan keliru. Apa yang mereka fikirkan? Apa yang ayah budak lelaki itu fikirkan? Adakah mereka fikir kami ingin menculik budak lelaki itu? 


  Mungkin ya, sebab kami kelihatan memimpin budak lelaki itu menuju ke luar mall, sedangkan kami ingin ke kaunter perkhidmatan yang berada berdekatan pintu keluar itu. Kami yang baik hati, berniat ingin menolong dengan berbaju kurung dan bertudung ini dikatakan ingin menculik? Gilo ko apo ?!!!  


   Sekarang baru saya faham kenapa pada mulanya tiada siapa pun yang ingin menolong budak lelaki itu. Baru saya faham kenapa rakyat Malaysia tak prihatin. Semuanya kerana wujudnya lelaki tak ada adab lagi biadab macam ayah budak lelaki tadi. Lelaki yang tak tahu nak berterima kasih pada orang yang cuba nak menolong anaknya. Lelaki yang berfikiran sempit dan tak pandai menggunakan otak! Kalau betulpun sangka kami nak culik anak dia, kenapa tak tangkap dan bawa pergi balai je! Kenapa blah macam tu je?! [Eii...Marahnya saya! Ya saya memang marah!]


   Setelah apa yang berlaku, saya faham kenapa masyarakat sekarang:
1) tak suka ambil tahu hal orang lain
2) lebih bersikap mementingkan diri sendiri sahaja
3) tidak suka membantu orang lain walaupun niat itu ada
4) lebih rela dituduh selfish daripada membuat sesuatu yang    
    mungkin akan merisikokan diri sendiri.


.....dan saya juga faham kenapa saya rasa macam nak karate je bapak budak tu macam lelaki kat bawah ni mengkarate lipan di kala subuh!