CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

iNi CeRiTa TeNtaNg WaNa DaN KoNcO2nYa..

Seorang pemegang pen merah dan pen marker yang suka menulis pada waktu lapang [tp sekarang dah lama tak tulis..beku..], suka fotografi, peminat sukan bola sepak [Gunners] dan badminton [Latuk LCW] juga sukakan kartun Spongebob Square Pants (Kiut sungguh makhluk kuning tu), Dragon Ball & One Piece.. Err.. Juga peminat no1 meow2.. makhluk ni lagi comel dari Encik Spongebob.. Tp Prince Arthur lagi hensem dari mereka semua..hehe.. =) Jom.. berkenalan dengan dunia saya yang serba sederhana ni..


Showing posts with label Gunners Mania. Show all posts
Showing posts with label Gunners Mania. Show all posts

Friday, December 28, 2012

Kisah Lucu Housemate Saya Dan Jersi Arsenal


Assalamualaikum...
Hari ni saya berkongsi cerita tentang housemate saya yang
kelakar.. Baru2 ni dia pergi ke Padang Besar Perlis 
dengan famili dia.Dia ni memang baikhati orangnya. 
Kalau pergi mana2 mesti tak lupa membelikan sesuatu
untuk saya. Paling tidak pun dia akan belikan saya 
keychain @ magnet fridge.

Kali ni sebab pergi ke Padang Besar maka dia pun
berhajatlah nak belikan saya dan boifren dia jersi 
terbaru Arsenal sbb saya dan boipren dia ni 
peminat Gunners.

Maka, sampai di rumah dia pun tunjukkanlah saya
jersi baru tu.. Saya punyalah gembira dapat jersi terbaru 
Gunners..Dah berangan nak upload kat pesbuk dan 
bagi jeles kat abang dan adik2 saya yang juga peminat 
tegar Gunners.Tapi bila saya mengkaji selidik baju tu 
saya agak konfius..
JERSI PSG yang housemate saya belikan utk saya kerana menyangka ianya jersi arsenal.
  Coraknya lain.. Jersi baru arsenal biru berbelang dan
tiada line  merah putih tu.. Tapi betul dah tertulis
 Fly Emirates.. Dah la tu logo Arsenal pun tak ada..
Yang ada logo pelik dan saya tak biasa tengok..
Tp nama PSG tu agak biasa didengar..
Jadi saya pun googlelah cari.. Hahahaaaaaaaaaa...
Rupa2nya itu jersi Kelab France,
Paris Saints German.. Dan penajanya memang sama
dengan Arsenal.. Emirates!Kawan saya dah tertipu!
Dah la tu.. Dia bukan beli satu.. tapi 3!! Untuk saya,
boipren dia dan dia sendiri [wpun dia tak suka bola]

JERSEY PSG yang housemate saya belikan untuk boipren dia. 


Ini jersi sebenar Arsenal.
 Lebih kurang je kan.. Marah betul hosmet saya tu.. 
Dia kata penjual kat Padang Besar tu yang salah sebab 
dia memang tanya jersi Arsenal. Isteri penjual tu yang 
bagi dia jersi ni dan beria-ia kata ni lah jersi baru
Arsenal.. Hosmet saya tu manalah tau pasal bola
n jersi-jersi ni. Dan sah-sah tukang jual tu sama je
tak tau sbb tokey sebenar laki dia dan pada masa 
kejadian dia hilang entah ke mana... Sabo je la!!

Penat kami gelak pasal ni.. Sian hosmet saya tu..
Dia dah pening pikir nak bagi ke tak jersi PSG
tu kat boifren dia. Tapi kalau tak bagi dia nak 
buat apa.. Takkan dia nak pakai 2-2.
Hahaaa... Lucu sungguh bila ingat semula..
Apa2pun saya tetap akan pakai jersi PSG tu
walaupun saya tak pernah sokong kelab dari France
yang dikatakan kaya dan sekarang giat membeli 
pemain2 star.. kalau tak silap Ibrahomic main kat 
kelab ni jugak.. Entahlah.. Saya tak minat kelab france.

Thnx siti sebab ingat dan hadiahkan saya jersi 
yang cantik ni. Jersi ni memang bukan jersi Gunners
tapi ianya jersi yang housemate saya belikan
dengan ingatan tulus ikhlas.. =)
Really appreaciate!! 






Monday, October 5, 2009

Gunners menang besar!!! 6-2! marveles...

GUNNERS PESTA GOL!!

Gunners Rock! 

Beat Blackburn 6-2!! 

Credits for Vermaelen, Persie, Arshavin, Fab, Walcott & Bendtner..
6 persons for 6 goals.. evrbody can score!! and gud news.. Theo and
Bendtner were back..









Barclays Premier League, Sunday, 4th October 2009 @ 13:30; Emirates Stadium
Click for Arsenal squad list
Vermaelen 17
van Persie 33
Arshavin 37
Fabregas 57
Walcott 75
Bendtner 89
  N'Zonzi 4
Dunn 31

Click for Blackburn Rovers squad list
 Starting Line-ups
24  Mannone 6
22  Clichy 7
10  Gallas 6
5  Vermaelen 9
3  Sagna 7
4  Fabregas (Ramsey 76) 9
7  Rosicky (Walcott 69) 7
2  Diaby 7
23  Arshavin (Bendtner 76) 7
17  Song 8
11  van Persie 8
 Substitutes
53  Szczesny
18  Silvestre
28  Gibbs
27  Eboue
14  Walcott (Rosicky 69) 7
16  Ramsey (Fabregas 76)
52  Bendtner (Arshavin 76)
24 Goal Attempts 7
18 On Target 7
6 Off Target 0
0 Hit Woodwork 0
5 Offsides 4
8 Corners 1
9 Fouls 10
 Starting Line-ups
1  Robinson 6
21  Olsson 6
2  Jacobsen 5
39  Chimbonda 6
5  Givet 6
7  Emerton (Pedersen 55) 6
15  N'Zonzi 7
8  Dunn (McCarthy 61) 7
17  Andrews 5
18  Diouf 5
26  di Santo 4
 Substitutes
32  Brown
28  Jones
27  Salgado
12  Pedersen (Emerton 55) 5
22  Kalinic
10  McCarthy (Dunn 61)
23  Hoilett (McCarthy 70) 5
Referee
P Walton, Northamptonshire
Attendance
59431
Arsenal Cards
van Persie 45 unsporting behaviour
Blackburn R. Cards
di Santo 11 unsporting behaviour

Thursday, October 1, 2009

Aku dan Arsenal..


















Kenapa aku suka Arsenal??
Jangan tanya.. boleh buat aku marah je..
Sebab orang selalu kata..
Perempuan kalau suka bola sepak, mesti sebab suka tengok pemain yang hensem2 je..
Tak betul la macam tu.. Aku bukan suka sebab nak tgk muka pemain je..
Aku suka tengok game.. sepak sana, melayang sini, terjah, lompat..score..tangkap..dive..evrthing..
Dlm team Gunners lak bukan byk yang hensem pun..negro je berlambak..
Tapi aku suka gak..hehe..
Aku mula layan bola sepak ni sejak thn 1994 lagi.. sampai la sekarang..
Bermula dari World Cup AS..
Kalau kat rumah aku..jangan sesiapa berani kutuk Gunners..
Sebab aku ada 3 org bodygard yang fanatik Arsenal jugak..
Abang dan 2 orang adik lelaki aku..
Kitorang satu kepala..Kalau dapat tengok game sama2..mmg best!
Cuma ayah aku je Liverpool's fan..
We luv u abah..
Walaupun abah bukan Gunner's fan..