CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

iNi CeRiTa TeNtaNg WaNa DaN KoNcO2nYa..

Seorang pemegang pen merah dan pen marker yang suka menulis pada waktu lapang [tp sekarang dah lama tak tulis..beku..], suka fotografi, peminat sukan bola sepak [Gunners] dan badminton [Latuk LCW] juga sukakan kartun Spongebob Square Pants (Kiut sungguh makhluk kuning tu), Dragon Ball & One Piece.. Err.. Juga peminat no1 meow2.. makhluk ni lagi comel dari Encik Spongebob.. Tp Prince Arthur lagi hensem dari mereka semua..hehe.. =) Jom.. berkenalan dengan dunia saya yang serba sederhana ni..


Saturday, November 26, 2011

SEBAGAI SEORANG GURU.. Saya Kecewa....

SAYA KECEWA 1
[ Isu Wang Bantuan RM100 Untuk Pelajar ]

Saya baca paper..Rasa kecewa bila duit bantuan RM100 ini dijadikan isu oleh ibu bapa pelajar sehingga merebak kepada kes saman menyaman. Saya tidak tahu situasi sebenarnya mengapa perkara ini boleh jadi seteruk itu. Boleh jadi ia wajar atau sebaliknya. Cerita yang saya baca hanyalah dari sebelah pihak sahaja, jadi kesahihan ceritanya masih boleh dipertikaikan. Kami penjawat awam tidak boleh membuat sebarang pernyataan terhadap media tanpa kebenaran jabatan. Melalui pembacaan saya, penjaga tersebut tidak puas hati kerana duit RM100 yang sepatutnya dia dapat telah dipotong oleh pihak sekolah kerana pelajar itu masih ada berhutang dengan sekolah. Dan cerita itu dipanjangkan dengan beberapa cerita yang kurang sedap didengar mengenai guru besar sekolah itu. Baiklah, kita tamatkan cerita penjaga ini di sini.

Selepas beberapa isu yang keluar di dada-dada surat khabar, kerajaan kemudiannya mengeluarkan kenyataan bahawa duit itu adalah hak pelajar dan ibubapa. Dengan kata lain, harus diserahkan kepada pelajar/ibubapa tak kira walaubagaimanpun! Ya saya setuju itu.. Tapi..

Tapi.. [ Kita tinggalkan tapi itu seketika..]
 Saya teringat ketika minit-minit terakhir mesyuarat guru di sekolah saya ketika Tuan Pengetua mengumumkan tentang pemberian wang bantuan RM100 ini. Ketika itu seorang sahabat saya mengangkat tangan dan bertanya,
"Tuan Pengetua, boleh tak duit RM100 tu kita potong siap-siap bagi pelajar yang masih belum menjelaskan yuran persekolahan dan yuran PIBG tahun ini?"

"Oo... Baik jangan! Saya tak nak perkara ini dijadikan isu! Kita beri saja duit tu sepenuhnya. Lepas tu baru kita maklumkan yang anak dia sebenarnya masih ada hutang yang belum dibayar.." jawab pengetua saya dengan bernas sekali seperti sudah dapat mengagak perkara sebegitu pasti dijadikan isu oleh penjaga.

Jadi kami semua menerima sebulat suara keputusan pengetua kami. Sehinggalah tiba hari yang dijadualkan untuk kami mengagihkan duit tersebut... Hari itu saya ditugaskan membantu seorang rakan saya yang merupakan guru kelas bagi kelas A [bukan nama kelas sebenar =P ] Rakan saya maklumkan kepada saya, beberapa orang pelajarnya masih belum menjelaskan yuran sekolah juga PIBG termasuk Ali [bukan nama sebenar] yang sudah lama tidak hadir ke sekolah. Kami menurut saranan Tuan Pengetua untuk menyerahkan not RM100 kepada penjaga mereka dan memaklumkan mengenai hutang selepas itu. Alhamdulillah. Kesemua penjaga pelajar tersebut dapat menjelaskan hutang yang tertunggak itu malah ada juga penjaga yang terus membayar yuran anaknya sebaik menerima wang tersebut. Sebelum sempat rakan saya tadi bersuara. Itulah yang sepatutnya. Semuanya berjalan kecuali seorang..

Tengah hari itu ayah Ali ada hadir ke sekolah untuk menuntut wang tersebut. Saya dan rakan saya berpandangan. Rungsing memikirkan ayat-ayat terbaik untuk memaklumkan kepada ayah Ali mengenai yuran sekolah dan PIBG yang masih belum dibayar walaupun persekolahan tahun ini akan berakhir beberapa hari saja lagi. Akur dengan nasihat Tuan Pengetua kami menyerahkan not RM100 itu dan memaklumkan mengenai hutang kemudian. Saya lihat dia seperti tidak senang. Dia tahu dia belum menjelaskan yuran persekolahan anaknya sedangkan anaknya telah menggunakan segala kemudahan yang disediakan sekolah sama seperti pelajar lain yang telah membayar yuran dari awal tahun hingga akhir tahun.

Kami faham. Ali mungkin bukan dari keluarga berkemampuan. Tapi saya tetap merasakan ia tak sewajarnya berlaku sebab dia ada tempoh selama 11 bulan untuk membayar kedua-dua yuran tersebut yang jumlahnya tidak pun mencecah seratus ringgit. Kalau dibayar RM10 sebulan juga lebih daripada cukup. Masalahnya ia tidak dibayar langsung. Baiklah mari kita beranggapan baik. Dia tidak mampu membayar sikit-sikit walaupun RM10 sebulan. Kita terima. Jadi, apakah kesalahannya penjaga Ali yang mungkin tidak mampu tadi menggunakan wang RM100 yang dia perolehi tadi untuk membayar segala yuran anaknya? Bukankah ia wajar begitu?

Wajarkah penjaga Ali mengambil wang itu sedangkan dia masih mempunyai hutang dengan pihak sekolah? Mungkin penjaga-penjaga ini tidak faham kenapa yuran-yuran tersebut [yang sepatutnya dijelaskan pada awal persekolahan] perlu dibayar sebelum persekolahan berakhir? Sedarkah dia yang duit-duit itu digunakan ketika menjayakan sukan sekolah anaknya? Yuran itu digunakan untuk menampung kos-kos kelas tambahan yang anaknya hadiri dengan percuma sepanjang tahun? Kos fotostat bahan yang anaknya gunakan dengan percuma? Kos menguruskan program-program sepanjang tahun dan banyak lagilah.. Bayangkan anaknya telah menggunakan semuanya tanpa sekatan, sama seperti pelajar lain yang telah membayar yuran? Di mana keberkatan ilmunya di situ?


Saya memang kecewa bila penjaga Ali akhirnya berkata, "Tak apalah cikgu. Saya ambillah dulu duit ni hari ni. [Hari ini - Rabu] Nanti hari Jumaat [hari terakhir persekolahan] anak saya datang sekolah dia bayar yuran."
Kami hanya mampu tersenyum dan mengangguk. Anak dia datang hari Jumaat ya? Hari akhir persekolahan? Dia sedar atau tidak anaknya sudah berminggu-minggu tidak hadir ke sekolah sehingga ke hari ini. Jadi mungkinkah anaknya akan hadir ke sekolah pada hari Jumaat itu semata-mata kerana nak membayar yuran sekolah??! Tak apa. Kami cuba berfikiran positif. Kami tunggu sehingga hari Jumaat. Ya.. Seperti dijangka. Ali langsung tidak muncul hingga loceng akhir untuk tahun 2011 berbunyi...Kecewa sungguh kami..

PENDAPAT SAYA MENGENAI ISU INI:
1) Pihak sekolah memang tidak boleh memotong wang RM100 itu tanpa persetujuan penjaga walaupun saya rasa itu wajar memandangkan sessi persekolah 2011 telah berada dipenghujungnya. Kenapa? Sebab ia pasti akan dijadikan ISU seperti kata pegetua saya!

2) Penjaga sepatutnya jangan cepat melenting jika pihak sekolah tetap berbuat demikian kerana inilah peluang terbaik untuk anda menjelaskan segala hutang yang tertunggak tanpa mengeluarkan wang sendiri. Dan jika bukan sekarang, bila lagi? Beberapa hari sahaja lagi dari tarikh tersebut persekolahan akan berakhir.

3) Kadang-kadang penjaga terlalu mempercayai anaknya. Percaya 100% bila anaknya kata dah bayar semua yuran sedangkan tidak pernah menunjukkan resit pembayaran. Apa gunalah kami ni nak tipu atau buat-buat cerita.. Kalau dah bayar mesti ada resit! [ Bukan kes di sekolah saya ]

4] Kalau dah berhutang tu..... Bayarlah.... Baru berkat ilmu yang diperolehi..

Tuesday, October 25, 2011

Cuti seminggu saya bersama buku, kucing, tido dan papan kekunci...



 Alhamdulillah.. Saya dapat cuti seminggu sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang dan Deepavali. Yeay!


Memandangkan saya tak ada apa2 kerja sekolah yang perlu dibereskan cuti kali ni, juga tiada gambar
pengantin yang perlu diedit [kecuali gmbr kahwin adik.. famili tak apa lambat sikit..hehe..] maka.. saya
plan nak sambung tulis manuskrip banyak, banyak, banyakkkk..


Buku skrap saya [contengan idea] dan segelas nescafe ipoh white coffe.. 
Laptop yang kerosakan charger [terpaksa meminjam charger adik dan bergilir2 menggunakannya.. mmg kacau mood!]
 Bila mentol atas kepala dah tak keluar cahaya atau semakin malap.. Saya terpaksa berhenti dan mencari 3 ekor budak comel bagi tujuan 'pengecasan' bateri kepala.. Tak perlu wayar,, wireless.. hehe..


Jack & Koko


Jack, Koko & Yuki [belakang]
Tome-tome saya..
Waktu cuti ni juga saya ambil kesempatan untuk menghabiskan Novel Setia Hujung Nyawa karya sahabat
saya ~ Fatin Nabila.. Dah lama sebenarnya saya tak membaca novel. Entahlah, kalau time hari persekolahan,
saya susah nak 'rompak' masa untuk membaca.. [Bukan alasan sebenarnya.. saya yang teruk.. tak pandai urus masa =( tiada kredit utk saya.. ]
Novel hadiah dari Fatin sewaktu kami berjumpa di Pasar Payang Terengganu minggu lepas. Thnx =).. Bagus ceritanya!
 Hmm.. Selain tu.. Saya juga ada plan nak 'main' masak-masak.. Dengan adanya buku 1 Hari 1 Resepi oleh Chef Haniellza ni.. Apa nak masak pun boleh! Janji rajin selak dan rajin pegang pisau, periuk, kuali serta yang
seangkatan dengannya..


Hadiah harijadi.. Thnx Kak Ti n Suhaila.. Tak sia2 saya pernah suarakan untuk memiliki buku ni dulu. Memahami sungguh.. I likeeeeee.. =)
Cover kedua-dua buku tadi.. Kucing2 ni hiasan semata-mata.. Model pun boleh.. =P




Begitulah terisinya cuti2 saya selama seminggu ini.. Selain 50% lagi dipenuhi dengan makan tido.. makan tido.. makan tido... huhu... Selamat menyambut Hari Deepavali dan selamat bercuti semua!!






Sunday, October 16, 2011

Saya.. Hmmm.. Nak menulis balik.. =)

Disebabkan hari ni saya tersangatlah relax dengan erti kata lain.. Tidak ada apa2 kerja yang penting untuk dibuat maka.. Barulah saya terfikir untuk membuka blog ni yang dah sekian lama saya tinggalkan.. Rupa2nya post terakhir saya adalah pada bulan Mei.. Hmmm.. Memang teruk.. Dah 5 bulan.. Dan sekali lagi saya terpaksa membersihkan sawang dan sarang labah2 yang dah lama bermaharajalela di sini..


Esok saya akan ke Terengganu menghadiri mesyuarat penataran KH [sistem baru yg menggantikan PMR]. Tak sabar nak ke sana.. Bukan sbb miting tu..tapi sebab nak berjalan2 tgk laut yg cantik di Terengganu.. Selama 2 bulan kebelakangan ni saya mmg sibuk sangat.. Macam2 kerja yang perlu diselesaikan, kerja sekolah dan juga peribadi.. Sekarang dah boleh bernafas semula.. Saya juga harap saya dapat menyambung menulis manuskrip yang turut telah lama saya tinggalkan.. 


Huh.. Saya perlu masa berjam2 untuk memikirkan bagaimana nak menamatkan jalan cerita yang dah 3/5 saya tulis tapi seperti perlu merombak sedikit jalan cerita.. mungkin juga perlu mengubah dari awal.. Pening.. Semakin lama semakin kelihatan tidak relevan.. Macammanalah saya nak siapkan novel ke2 ni.. Orang lain hanya perlukan 3 bulan untuk siapkan sebuah novel.. tapi saya... Hmm.. mungkin saya bukan ditakdirkan untuk menjadi penulis novel sebenar.. mungkin utk sekadar suka2 bagi mengisi masa lapang.. Apa2pun doakan novel ke2 ni siap juga sebelum thn 2011 berakhir ya.. Ya.. Itu target saya.. 




Okay,, cukup utk kali ni.. Saya nak sambung membuang sarang labah2 yang masih bergayutan ni.. Bye2.. =)




 





Friday, May 27, 2011

Mengkarate Lipan Di Kala Subuh dalam episod PENCULIKAN!

 
 [Ini En Pat & En Bob : Penyambut tetamu blog saya.Say hi to them =) ]
     Salam. [Perkataan pertama yang berjaya ditulis setelah menekan beberapa huruf dan mendelete kembali selama lapan kali berturut-turut.] Susah betul nak mulakan cerita ni. Hehe.. Okay, sebenarnya saya nak ceritakan tentang pengalaman saya menjadi penculik kanak-kanak di East Cost Mall, Kuantan.
   
    Kisah bermula sewaktu saya menjadi guru pengiring pelajar-pelajar Biologi melawat ke UIA dan Pusat Pemuliharaan Penyu di Kuantan.   

Jangan cari saya dalam gambar ni, memang takde. Sebab saya  tukang snap je =)

    Setelah melawat ke UIA, kami singgah sebentar di EOM, Kuantan. Sedang saya dan rakan-rakan berwindow shopping, tiba-tiba kami ternampak ada seorang budak lelaki bangsa Cina berumur dalam lingkungan 3,4 tahun sedang menangis teresak-esak sendirian. 


    Ya. Budak itu kehilangan ahli keluarganya! Dia melaung-laung dan menangis dengan kuat, dia tak tahu hendak pergi ke mana, berpusing-pusing kepalanya mencari kelibat ibu/bapanya. Kami pandang sekeliling, ada ramai orang yang lalu lalang, tapi tak ada seorang pun yang ingin mendekati budak itu. Jadi, atas rasa prihatin dan tanggungjawab kami dekati budak itu.


   Kami tanya apa nama dia, nama ibubapa dia, namun dia langsung tak menjawab. Dia terus menangis dan menangis. Kami tak tahu nak buat apa. Saya pegang tangannya dan bagitahu nak tolong cari ibubapanya, walaupun pada awalnya dia nampak takut dan tidak mahu mengikut, tapi akhirnya setelah dipujuk-pujuk, dia akur juga. 


   Saya pegang tangan kirinya dan rakan saya pegang tangan kanannya. Kami nampak ada sebuah kaunter perkhidmatan berada di berhadapan pintu keluar mall. Jadi kami pimpin budak lelaki tu menuju ke sana dengan harapan pihak mall boleh membuat pengumuman berkaitan kehilangan budak lelaki itu.


   Sedang kami berjalan menuju ke kaunter tersebut tiba-tiba tangan budak lelaki itu direntap seseorang dari arah belakang. Kami terkejut dan segera berpusing ke belakang. Lelaki yang merentap tangan budak lelaki itu bercakap dalam bahasa cina dengan budak itu. Kami sepatah haram pun tak faham. Wajahnya kelihatan sangat marah dan budak lelaki itu segera memegang tangan lelaki itu. Rupa-rupanya itu ayahnya. Lega kami. Tapi...   


   Yang mengejutkan kami, ayah budak lelaki itu terus menarik tangan anaknya itu dengan segera tanpa berkata apa-apa pada kami. Jangankan nak mengucapkan terima kasih,malah langsung tak memandang kami walau sedetik pun!! Saya tunggu dia angkat kepala pandang saya, tapi malangnya dengan wajah yang amat marah dia terus berlalu pergi meninggalkan kami yang terpinga-pinga di situ.


   Saya dan rakan terkedu dan jadi patung seketika di tengah-tengah ruang legar mall itu. Saya perasan, ramai orang yang berada berdekatan memandang kami dengan keliru. Apa yang mereka fikirkan? Apa yang ayah budak lelaki itu fikirkan? Adakah mereka fikir kami ingin menculik budak lelaki itu? 


  Mungkin ya, sebab kami kelihatan memimpin budak lelaki itu menuju ke luar mall, sedangkan kami ingin ke kaunter perkhidmatan yang berada berdekatan pintu keluar itu. Kami yang baik hati, berniat ingin menolong dengan berbaju kurung dan bertudung ini dikatakan ingin menculik? Gilo ko apo ?!!!  


   Sekarang baru saya faham kenapa pada mulanya tiada siapa pun yang ingin menolong budak lelaki itu. Baru saya faham kenapa rakyat Malaysia tak prihatin. Semuanya kerana wujudnya lelaki tak ada adab lagi biadab macam ayah budak lelaki tadi. Lelaki yang tak tahu nak berterima kasih pada orang yang cuba nak menolong anaknya. Lelaki yang berfikiran sempit dan tak pandai menggunakan otak! Kalau betulpun sangka kami nak culik anak dia, kenapa tak tangkap dan bawa pergi balai je! Kenapa blah macam tu je?! [Eii...Marahnya saya! Ya saya memang marah!]


   Setelah apa yang berlaku, saya faham kenapa masyarakat sekarang:
1) tak suka ambil tahu hal orang lain
2) lebih bersikap mementingkan diri sendiri sahaja
3) tidak suka membantu orang lain walaupun niat itu ada
4) lebih rela dituduh selfish daripada membuat sesuatu yang    
    mungkin akan merisikokan diri sendiri.


.....dan saya juga faham kenapa saya rasa macam nak karate je bapak budak tu macam lelaki kat bawah ni mengkarate lipan di kala subuh! 

   

Saturday, March 26, 2011

Detektif Bertudung Hitam

Hahahaaa...
Sebelum cerita.. saya gelak dulu..
Hahahaaa..
Saya sambung gelak lagi..
Ok.. Dah boleh berhenti gelak..
Ini cover buku Detektif Bertudung Hitam yang 
saya baru habis baca..
Karya penulis kesukaan saya, En Bahrudin Bekri..
Saya mula suka dengan karya2 beliau sejak membaca novel
Doa Untuk Aku

Sebenarnya pada mulanya.. Saya tertarik nak beli buku ni..


Penyiasat Masjid.. Tapi setelah mengetahui buku ni adalah sekuel
daripada buku "Detektif Bertudung Hitam" jadi saya beli dua-dua.

Ceritanya mengenai Zahra yang suka bertudung hitam mendapat
kerja sebagai kerani di sebuah syarikat penyiasat persendirian, "Siasat-Siasat Sdn. Bhd."
Disebabkan syarikat ni hanya ada 3 orang pekerja, maka tak pasal-pasal si Zahra ni kena jadi penyiasat jugak..
Macam mana dia nak jadi penyiasat sedangkan dia sangat pemalu?
Hahaaa.. Saya gelak dulu.. Nasib baik Zahra dah pergi mendaftar ke kelas Teknik Menghilangkan Malu dari Ponorogo.
[Orang Ponorogo Indonesia sendiri tidak tahu tentang teknik ini.
Jadi jangan tanya mereka =) ini hanya rekaan Cikgu Roslan Ana shj]
Di sini dia bertemu dengan rakan2 pemalu yang senasib dengannya iaitu:
 
Jazzabel - [pemalu tetapi mahu memasuki 
pertandingan menyanyi], Kamarul [pemalu tetapi ingin menjadi mat rempit yang berjaya], Hamidon [malu bila bertemu perempuan], Zamri [malu berjari tujuh dan mahu menjadi ahli silap mata] dan Nico [lelaki peramah berambut afro dari indonesia yang tersilap masuk kelas]

Kisah  bermula apabila Zahra perlu menyiasat di Kampung Victoria Nabawan mengenai kes pembunuhan Tan Sri Azman. Oleh kerana rakan-rakan pemalunya yang lain masih menganggur, maka mereka sentiasa menemani Zahra menjalankan siasatan mereka..
Kelakar.. 5 orang pemalu [kecuali Nico] menjadi detektif..=)
Di sana mereka bertemu dengan Dukun Mazidol yang suka menonton cerita kartun, Nek Kamisah yang masih muda penjual emas cotek, Pawang Sinclair yang suka bergaya tak kena tempat, Latip Karni yang misteri dan obses dengan warna merah bomba.

Seterusnya? Haha.. Anda kena baca sendiri.. Banyak lagi kisah menarik di dalamnya.. Kisah En Zabidi dan teman imaginasinya Karim Kangaroo,  suara misteri yang sentiasa mengganggu Zahra di pintu pejabat, kisah Nico yang boleh menyimpan handphone dan sikat di dalam rambut afronya, serta banyak lagi kisah-kisah lucu dan menarik untuk di baca..

Okay.. Sekarang saya nak sambung baca buku kedua, Penyiasat Masjid.. Tak sabar nak bertemu dengan Tuan Crocodile Hunter, Astakona Harum Berlima, Madhuri, L.Jalil, Aliff Hiroshi, Husaini Senin dan ramai lagi.. 

Hehe.. Bermulalah episod saya akan gelak dan gelak dan gelak..
Bye... world peace!!




Sunday, February 27, 2011

Kashaf Imani

Petang tadi.. Secara tak sengaja saya tertengok satu drama melayu..
Sebenarnya.. Saya jarang sangat menonton drama melayu di tv..
Tak tau lah kenapa.. Mungkin bosan agaknya..
Slot cerekarama yang suatu masa dulu saya tak pernah miss kini.. dah bertahun saya tak tengok. Bagitu juga samarinda atau yang sewaktu dengannya. 
Saya memang hilang minat.. Malah saya ada 'menyenarai hitamkan' beberapa nama pengarah atau penerbit yang saya memang tak sanggup nak lihat hasilnya. 


Saya ada satu sikap buruk.. yang memang buruk dan diakui oleh semua ahli keluarga saya. Iaitu menonton sambil menghalusi dan mengkritik! Paling saya pantang kalau SKRIP/ Dialog yang tak rasional. Atau lebih tepat lagi, dialog skema! Tolonglah.. in real life.. mana ada orang cakap dengan kawan-kawan dia menggunakan ayat skema! Kalau dengan Guru Besar ataupun Cikgu Disiplin logiklah juga. Dah la tu.. bila bercakap boleh pulak ikut turn.. Bila A habis cakap baru B menyampuk dan begitulah seterusnya.. Sangat teratur dan sopan sungguh.. Belum masuk bab berjalan sambil bercakap.. Boleh sama baris je jalannya. Cukup sempurna! Bagus! Tapi saya rasa ia kelakar!


Biasanya saya hanya memerlukan seawal 5 minit pertama untuk membuat keputusan sama ada perlu meneruskan tontonan atau beralih mencari Spongebob di Nick atau terus ke discovery chanel. Apa yang saya cari dalam sesuatu drama sebenarnya? Saya mencari sesuatu yang jujur.. naskhah jujur yang menunjukkan realiti kehidupan sebenar masyarakat yang dipertontonkan dalam naskhah tersebut. 


Contoh: Kalau A adalah pekerja kilang/despatch atau yang sewaktu dengannya, tunjukkanlah rumah yang didiaminya rumah flat/teres/setinggan yang didiami bersama beberapa orang rakan lain. Bukannya rumah semi D/rumah teres 2 tingkat/ apartment  yang didiami seorang diri serta lengkap dengan perabot rumah yang mahal-mahal! Kecualilah jalan ceritanya dia mempunyai sugar daddy. 


Pengalaman saya menonton drama-drama melayu, hampir 80% keadaan rumah yang dipertontonkan memang bersih, kemas, teratur, memang sedap mata memandanglah! Tak kiralah rumah tu rumah usahawan ke, rumah makcik kat kampung ke, rumah GRO ke, rumah students ke, rumah penagih dadah ke.. semuanya terjaga sempurna. Kenapa takut sangat nak tunjukkan keadaan rumah yang agak berselerak, tak teratur.. Pelik sangat ke kalau buat macam tu? Itu realiti kan? Bukan setiap masa dan bukan semua rumah sempurna seperti yang tv selalu tunjukkan pada kita.


Itu belum masuk bab mekap. Mekap yang jelas nampak pipi merah, mata bercontact lense pakej dengan bulu mata palsu lagi! Kalau nak pergi kerja okay.. Kita accept. Tapi kalau dah sampai ke bilik tidur pun macam tu.. Apa ke %%$## nya!! Takut sangat nak tunjukkan realiti sebenar muka perempuan bila duduk di dalam rumah. Berapa persent je perempuan yang bila duduk di rumah masih memakai mekap, rambut berdandan cantik dan pakai baju macam nak pergi melancong? Takut sangat ke tunjukkan perempuan di rumah dengan rambut tak macam direbonding atau membuat rawatan minyak panas? Takut sangat ke nak tunjukkan perempuan di rumah bermuka polos tanpa lipstik atau sekurang2nya mekap yang nampak natural? memasak di dapur tak perlu berblusher, eyeshadow apatah lagi bulu mata palsu!!


Panjang sungguh saya berlipur lara.. Ya.. Itulah saya.. Itulah beberapa perkara yang sentiasa membuatkan saya hangin bila menonton drama/filem melayu. Terlalu sempurna! Saya tak nampak kejujurannya.. Sedangkan dalam filem inggeris juga korea saya bebas melihat segala kekurangan dan ketidaksempurnaan yang dipaparkan kerana ianya memang berlaku dalam realiti kehidupan. 


Oh! Terlupa.. Saya sebenarnya nak cerita tentang drama ulangan tapi baru saya tonton di Astro Ria tadi - Kashaf Imani - lakonan Sh. Amani, Beto Kushairi dan Normah Damanhuri.. [terbitan radiusOne] Walaupun pada awalnya saya menonton sebab saya sukakan Beto dan Amani namun seawal 5 minit saya dapati cerita tu memang best. Ia mempunyai ciri-ciri ketidaksempurnaan yang saya cari-cari selama ni.. Ya. Itulah realiti kehidupan sebenar! Rumah, percakapan, pemakaian dan tingkah laku sangat tepat dengan perwatakan dan jalan cerita. 


Inilah sebab-sebab utama kenapa saya memilih dan menyukai hampir semua karya-karya pengarah seperti arwah Yasmin Ahmad, Mamat Khalid dan Afdlin Shauki.. Pada saya.. mereka ini jujur.. Jujur dalam memaparkan realiti sebenar kehidupan yang kita semua lalui.. Ada seorang lagi perngarah yang saya suka.. Bernard Chauly.. walaupun dia lebih urban tapi saya suka dialog-dialog dalam setiap filemnya.. Bersahaja. 


Tak setuju? Tak apa.. Ini cuma pendapat peribadi saya di mana apa yang saya perkatakan tak semestinya betul dan tidak harus diakui oleh sesiapa.. Setiap manusia mempunyai rasa, minat, pendapat dan pandangan yang berbeza-beza.. Pendapat saya tak semestinya betul dan tidak juga saya mahu anda bersetuju dengan saya.. Okay? World peace!!


P/s: Saya juga sukakan karya Stephen Chow[pengarah filem] dan Bahrudin Bekri [Penulis Novel].. mereka berani memaparkan ketidsempurnaan dalam karya masing-masing2.. =)

Saturday, February 26, 2011

Saya, minat dan kerja....Dulu dan Sekarang..


Saya ada satu masalah...
Masalah minat..
Bila saya minat maka saya akan buat..
Bila saya buat, maka saya kekurangan masa nak buat perkara lain..
Oh ya.. satu lagi masalah saya ialah tak pandai menguruskan masa..
i'm worst in time management!!!! worst! worst! worst!
Sebab tu saya akhirnya rasa sy perlukan masa lebih daripada 24hrs!
Sebenarnya kalau saya pandai menguruskan masa, saya tak de masalah
nak buat banyak benda yang saya suka nak buat. Hm .. 

Dulu.. masa belajar kat U.. saya memang tak reti duduk diam..
Saya buat macam-macam kerja masa belajar. 
Saya pernah design dan jual baju engineering..
Saya pernah jual sweater UiTM.
Jual mi goreng & nasi lemak yang diusahasama dengan kawan abang saya kat Kolej Siswi.
Saya beli, gubah, jual bunga segar masa konvokesyen.. yang best tu terpaksa lari-lari bila dikejar pak guard..
Saya pergi stadium shah alam setiap 2 minggu, kerja jual makanan dan minuman di kiosk kawan abang saya.
Yang best tu saya dapat tengok bola dan konsert free masa bekerja =)
Nampak sangat saya bukan ulat buku kan... Nasib baik saya berjaya juga..  
Tapi konfirmlah tak dapat kelas pertama..  Hehe.. 

Time cuti sem, saya balik kampung sekejap je.
Saya tak akan duduk saja-saja kat kampung selama berbulan-bulan mengabihkan beras..
Sedangkan masa study pun saya kerja, inikan pula time cuti sem..
Biasanya saya akan kerja kilang secara kontrak. 
Antara kilang yang saya pernah kerja National, JVC dan Shin Etsu.
Saya juga pernah kerja kat restoran KFC.
Kerja di pasaraya, kedai telefon, pasar dan bazar..
Paling seronok masa saya bekerja di kedai gambar.
Kami pergi ke konvokesyen UM, UKM, UPM, Kolej Islam sampai ke UPSI tg malim.
Pengalaman jadi krew fotografi masa konvokesyen memang sangat menyeronokkan!

Sekarang.. Saya dah tinggalkan segala kerja-kerja partime tu.. 
Sebab saya dah ada kerja tetap.. Saya dah bergelar cikgu.
Hehe.. tertwist daripada tujuan asal saya.. nak jadi engineer..
[nanti di post yg lain saya akan ceritakan kenapa saya tiba2 bertukar menjadi guru]
Saya ingat bila saya dah jadi cikgu ni, saya duduklah tenang2 jadi cikgu je..
Tapi tak jugak.. Tahun kedua saya bukak bisnes, usahasama dengan kakak.
Bukak kedai sewa buku [novel dan komik] & fotostat..
Malangnya.. Tak dapat bertahan lama.. Saya harus akui.. ilmu dan pengalaman
belum cukup untuk memulakan bisness.. banyak lagi yang perlu saya pelajari.

Saya kemudian cuba menulis dan akhirnya dapat menerbitkan novel pertama
tahun 2009. Alhamdulillah.. Kini sedang dalam proses menyiapkan novel kedua.
Kerana minat juga saya belajar fotografi dan berjinak-jinak menjadi fotografer perkahwinan.
Tapi kerana kesuntukan masa.. Saya tak dapat meneruskan kerja tu.. 
Editing gambar mengambil masa berminggu-minggu.. Saya tak sanggup lagi.
Saya banyak mencuri masa menulis saya.. Tak boleh. Saya harus fokus..
Saya tak mampu menuguruskan masa untuk melakukan banyak perkara dalam satu2 masa.
Belum masuk kerja2 saya di sekolah yang menimbun-nimbun tu dan memegang beberapa jawatan yang memerlukan komitmen yang tinggi.
Apa-apapun yang saya lakukan, saya akan pastikan kerjaya saya sebagai guru 
tak terganggu. Waktu saya di sekolah adalah 100% untuk pelajar2 saya..

Memang banyak pengalaman susah senang yang saya lalui sepanjang kerja.
Ada pahit.. ada manis.. ada yang tak sanggup saya nak ingat kembali..
Tapi sebenarnya.. pengalaman lalu saya itulah sebenarnya yang menjadikan
saya seperti saya pada hari ini.. Semua yang saya dah lalui itu telah mendewasakan saya..
Menjadikan saya kuat dan belajar hidup berdikari sejak dari awal lagi.. 

Mempunyai banyak minat itu bagus.. Namun menguruskan masa untuk melaksanakan semua minat itu yang susah.. It's all about time management.. Kalau anda bijak mengurus masa, maka anda boleh melakukan banyak perkara yang anda suka.. Namun jika anda tidak berapa bijak mengurus masa seperti saya maka.. ada beberapa minat yang anda harus lupakan buat sementara waktu.. World Peace.. Wassalam..



Friday, January 28, 2011

Tudung Housemate Saya..

Malam tadi housemate saya Siti balik dari bershopping kat Temerloh.. Macam-macam dia beli. Maklumlah, baru dapat gaji. Hehe.. Dia tunjuk kat saya dia beli tudung warna oren. Memang warna feveret dia ni..



"Berapa harga siti," tanya saya.
"RM79," jawab siti.
"Mahalnya! Ariani ke?"
"Taklah.. Tudung biasa je"
"Kenapa mahal sangat? Nampak macam tudung biasa je. Awning pun bukan Thai Silk,"


 "Entah! Siti pun sebenarnya silap beli. Ingat 2,3 puluh je. Masa bayar terkejut RM79. Tapi dah kat kaunter bayar je la.."

"O.. Tapi kan.. corak dia macam sama sebijik macam tudung kak wana. Cuma tudung kak wana warna purple."

"Ye la kak wana.. Macam sama. Kak wana beli kat mana?"
" Kat Chow Kit. Masa kursus hujung thn lepas,"
"Berapa harga?"
"RM35 je.."
"O.. Mungkin jenis tak sama kot.. corak je sama.."
"Hmm.. cuba tgk jenama dia..sama tak?"



"SAMA!!" jawab saya dan siti serentak.
 "Siti kena tipu!" marah siti.
"Tapi awning tudung siti ada batu.. sebab tu mahal sikit kot," saya cuba melegakan hati siti.




"Alah... Batu ni berapa je? Bukan banyak pun! Takkanlah sampai 40 ringgit lebihnya kalau setakat ada batu-batu macam ni? Tak boleh jadi ni! Siti nak pulang balik tudung ni!" marah sungguh siti.

Mau taknyer.. Jenis kain sama. Corak sama. Awning sama cuma beza ada dihiasi sedikit batu2.. Kot ya pun.. Takkanlah beza harganya sampai 44 hengget?!!!! Siti memang patut marah.
P/S: Belilah tudung keluaran Ariani. Alang-alang beli tudung mahal.. Baik mahal terus! Puas hati! hehe.. =)

KEHEBATAN WIRA KLEEN!! SAYA MESTI PILIH!


PAGI TADI, WAKTU AKU TENGAH DUDUK-DUDUK DENGAN BAHAGIANYA KAT BILIK GURU SAMBIL MEMBAYANGKAN KESEDAPAN BUAH LIMAU MANDARIN YANG ADA ATAS MEJA AKU NI, DATANG SEORANG SALESMAN. MACAM BIASA, BILA NAMPAK JE SALESMAN MASUK BILIK GURU, AKU MULA BUAT MUKA KETAT. CEPAT-CEPAT AKU TARIK BUKU LATIHAN DAN BUAT-BUAT SIBUK MENANDA. HARAP-HARAP DIA FAHAM DAN BERLALU     MENINGGALKAN MEJA AKU.                                 
      
       Tapi malangnya.. Bila aku angkat je kepala, dia memang tengah pandang aku. Nasib baik aku sempat pura-pura senyum. Eh, nasib baik apa! Memang nasib tak baik, sebab dia terus bukak mulut dan mula mempromote barangnya.

Ya! Memperkenalkan WIRA KLEEN: Penanggal kotoran serbaguna yang sangat handal. Boleh menanggalkan kesan darah, marker pen, karat, minyak, dakwat pen dan macam-macam lagi!


   Dakwat pen? Terus aku terkasima! Aku teringat ada satu baju aku yang kena dakwat pen cair dengan teruk. Dah lama aku tak pakai baju tu sebab dakwat tu walau dicuci dengan macam-macam agen pencuci termasuk vanish dan klorok tetap tak mau hilang. Cepat-cepat aku bangun dan pergi tengok barang yang dia jual. 

Dia pun apa lagi terus men'demo'kan produknya. Dengan wajah penuh konfiden, dia conteng kerusi biru kak miza [bahagian fabrik] dengan permanent marker. Banyak juga dicontengnya, lepastu dengan bangga sekali dia letak cecair WIRA KLEEN dan gosok untuk beberapa saat.. dan.. TADAAAAA.. Memang menakjubkan! Dakwat marker tu hilang. Waaaaahhh.. Aku dan kawan-kawan yang ada dalam bilik guru tu ternganga sekejap. 

     Dia pun apalagi.. Dengan kembang hidungnya terus letak cecair tadi atas mozek pulak. [Mozek bilik guru kami tu memang dah teruk, dah berapa lama tak dibasuh apatah lagi digilap] Sekali lagi kami terpegun dengan hanya sedikit gosokan, kotoran hilang dan mozek terus bersih bersinar-sinar sambil menyilaukan mata kami.. [Hehe.. ada sedikit penambahan cerita di sini..=P] 
   Saya tak fikir lagi, terus beli. Jam loceng saya pun [loceng sekolah] dah berbunyi. Saya bayar dan terus ke kelas meninggalkan salesman tadi terus 'menjual minyak'nya pada kawan-kawan saya. Tak sangka, saya orang pertama beli.. =) Hahaha.. Akhirnya.. Daripada nak lari tu kononnya.. 

   Balik sekolah, saya terus buka almari dapatkan baju hijau saya yang dah lama kena conteng tu. Saya sapu sikit cecair WIRA KLEEN tu.. Eh, dah pudar la.. sekejap je.. Tiba-tiba saya teringat, saya belum ambil gambar lagi. Cepat-cepat saya snap gambar. Nak buat testimoni sebelum dan selepas.. Macam produk kecantikan selalu buat tu..





Inilah kesan dakwat pen hitam yang ada kat baju saya, tapi dah pudar sikit sebab dah terletak sikit Wira Kleen tu baru teringat nak ambik gambar. Dan.. Setelah digosok beberapa ketika dengan penuh kesungguhan dan tak sempat berpeluh.. Akhirnya.. Lihatlah dunia! Dakwat pen tu hilang! Hampir 95% hilang!


Gambar asli. Tidak difotoshopkan sedikit pun..

Memang bagus Wira Kleen! Saya mesti pilih! Saya dah boleh pakai baju ni kembali. Lupakan klorok dan varnish! Pilih produk ini.. Disamping itu ia juga boleh digunakan untuk :




 p/s: Moral of da stori.. Bila nampak salesman masuk bilik guru, jangan buat pura-pura sibuk tanda buku pelajar tapi buatlah pura-pura menyapu sampah ke, buang sampah ke.. hehe..

Lagi satu.. Jangan tulis post anda di dalam blog dengan sekejap guna kata ganti diri 'aku', sekejap 'saya'.. tak bagus betul.. tetapkan pendirian anda. Jangan tiru macam saya yang konfius ni..hehe..

.

Thursday, January 27, 2011

Saya Dan Kerja..

  Saya jadi cikgu? Owhhh.. Tidak! Tidak sama sekali! Saya takkan jadi cikgu! Saya tak sanggup hidup dalam dunia yang penuh dengan peraturan. Perlu sentiasa mematuhi etika seorang guru, perlu berperibadi mulia, perlu menjadi contoh kepada masyarakat.. huh.. dah tentu saya tak sanggup! Saya tak sanggup hidup skema macam tu! Sebab saya bukan jenis orang macam tu. Saya bukan jenis orang yang berdisiplin. Saya tak suka duduk dalam organisasi yang ada macam-macam peraturan. Sebab tu masa sekolah dulu, saya teruk. Saya suka langgar peraturan. [tp tolong jangan contohi saya.. sebab sifat tu memang buruk sama sekali! sebab tu lah, saya tak pernah jadi orang yang cemerlang. Saya selalunya jadi orang pertengahan je. Tak hebat sangat dan tak teruk sangat. Dan, ya.. saya suka begitu.

Mak Saya Dan Nasi Kucing..


Sebenarnya saya ada kisah menarik nak dikongsikan tentang mak saya ni..
Kisahnya bertajuk "Mak Saya dan Nasi Kucing" 
[dalam cerita ni, ayah saya jadi pelakon tambahan je..]

Once upon a time..
In a very beautiful kampung name Sg Tekam Utara,
live a lovely couple with their childrens and cats..
 hehe.. oh. lupa nak kenalkan, ni kucing saya.
Namanya Si Puteh dan dia sangat comel [di mata saya]


Di pendekkan cerita, pada petang ahad tu saya baru sampai  di kampung dari rumah sy di Jerantut. Saya balik sekejap untuk mengambil beberapa barang keperluan yang tertinggal di kampung. Saya sebenarnya memang takde niat nak makan nasi petang tu, tapi bila ternampak abah tengah makan nasi kat dapur, saya rasa terancam.. Hmm.. Macam sedap. Tapi saya lupakan je hasrat tu dan terus mengemas barang-barang yang nak dibawa balik. Bila dah siap, saya ke dapur lagi nak jumpa mak dan abah untuk bersalam sebelum kembali ke Jerantut.

Saya terpandang tudung saji yang berada di atas meja makan.. Eii.. Tak boleh tahan! Nak kena makan jugak..Walaupun saya sebenarnya dah lambat nak balik ke Jerantut. Akhirnya, saya ambil pinggan nasi dan terus duduk atas kerusi. Saya cari periuk nasi. Tapi takde! Mak saya hairan. Saya cari apa tanyanya. Periuk nasi, jawab saya. Mak dan ayah saya berpandangan. 

"Mana ada nasi, dah habis abah makan. Tadi mak tanya nak makan ke tak, awak cakap tak nak. Nak balik cepat sebab ada hal. Mak tak masaklah nasi tambah," jawab mak saya dengan sedikit rasa bersalah.

Oo.. Ok.. Tak kisahlah.. Sebenarnya memang bukan nak makan sangat pun.. Saja je. Bila tengok abah makan tadi, terasa nak makan pulak. Saya pun letak balik pinggan nasi dan salam dengan mak. Tiba-tiba mak saya marah. Dia tak bagi saya balik, dia suruh saya tunggu. Dia nak masak nasi dulu. Saya menolak dengan baik, saya cakap saya tak boleh tunggu sebab ada sedikit urusan yang perlu diselesaikan di Jerantut. Saya dah janji dengan kawan. Tapi mak saya berkeras suruh makan jugak dulu. 

Last-last dia cakap, kalau tak makan pun, jamah je. Oklah! Saya pun cari periuk nasi nak jamah sikit sisa nasi yang masih berbaki kat periuk. Tapi tiba-tiba abah menyampuk, "Periuk nasi dah rendam dengan air lah," 
"Bukan tadi ada lebih ke nasi?" jawab mak saya pula.
"Memang ada, tapi dah gaul dengan ikan buat nasi kucing," balas ayah saya selamba.
Saya dan mak serentak pandang pinggan nasi kucing yang abah letakkan atas lantai [tempat biasa Puteh n da geng makan] Masa tu Puteh sedang makan nasi bercampur ikan dengan seleranya. Saya telan air liur.
Mak pandang saya dan dia berkata dengan tanpa rasa bersalahnya, "Jamah je la nasi kucing tu!"
What???? Jamah nasi kucing??!! Mak ni biar betul! 
Takkanlah saya nak kena makan nasi kucing tu. Tolong! Tak sanggup!
"Alah, ambik sikit je, seulas dua.. Buat jamah. Awak dah ambik pinggan tadi nak makan, orang tua cakap tak elok keluar rumah sebelum jamah makanan. Nanti kempunan!" sekali lagi mak berkata-kata tanpa rasa bersalahnya.. Tergamak dia suruh saya jamah nasi kucing! 

Saya hanya berdiri kaku tanpa kata sambil memerhatikan Puteh yang kekenyangan meninggalkan pinggan nasinya dengan bergaya sekali. Seolah-olah sedang mempersendakan saya! Cais!
"Ambiklah sikit. Seulas pun jadilah.. Awak tu dah la baru lepas accident. Risau mak ni tau tak. Tak elok tak jamah sedangkan awak dah niat nak makan," mak masih cuba memujuk saya.

Saya kerling jam di tangan. Gosh! Saya memang dah lambat. Nanti lama pula kawan saya menunggu. Tapi selagi saya tak jamah, selagi tu lah mak saya takkan izinkan saya memandu balik ke Jerantut. Dia berkeras suruh saya jamah juga nasi kucing yang dah ditinggalkan Puteh tu.. Katanya lagi, orang dulu-dulu biasa minum air yang kucing dah minum supaya senang bersalin.. Kononnya! Ahhh.. Tidak!! Kejamnya! 

Akhirnya.. Saya tiada pilihan lagi.. Rela atau tak. Saya terpaksa juga jamah nasi kucing tu. Demi mak!! Demi nak menenangkan hati mak yang risau sangat anak perempuan dia ni kempunan, dan demi kawan-kawan saya yang sedang menunggu, saya tabahkan hati. Saya ambik seulas nasi dengan perasaan yang sangat-sangat kecewa dan hati yang membara geram. Saya buka mulut dengan air mata yang bergenang. Dengan perasaan yang terlalu sedih saya suapkan juga seulas nasi tu ke dalam mulut dan terus telan dengan rasa nak termuntah dan geli tak terkata! OMG! Saya dah telan seulas nasi tu! Seulas nasi dari pinggan nasi kucing yang telah kucing saya tinggalkan.. What a bad experience.. Kalaulah bukan kerana mak.. Saya sampai mati pun takkan buat macam tu.. Kenapalah mak ni terlalu percaya pada cakap orang-orang tua dulu.. Yang jadi mangsanya, siapa? Saya!! Saya yang jadi mangsa.. 

After all, saya tak marahkan mak.. Walaupun untuk beberapa ketika saya jadi trauma tengok nasi kucing.. Sebab saya tau, mak buat semua tu kerana dia sangat sayangkan saya.. Ya.. She loves me very much.. As much as i love her.. =)

.











Wednesday, January 26, 2011

The Day I Lost My Temper..

Minggu ni baru minggu ke 4 persekolahan pada tahun 2011.. Masih terlalu baru.. Masih fresh.. Tapi tak tahulah kenapa. Awal-awal tahun lagi saya dah tak boleh kawal kemarahan. Pagi tadi saya betul-betul naik angin dengan karenah students

Tuesday, January 25, 2011

SELAMAT PAGI CIKGU =)


"Selamat pagi cikgu,"
"Assalamualaikum cikgu,"
"Good morning, teacher,"


What a simple words.. ringkas, mudah dan hanya memerlukan beberapa saat sahaja untuk diungkapkan.. Tapi.. Pelajar-pelajar ni, mereka sedar tak? Hanya dengan mengucapkan kata-kata yang semudah itu, dia sebenarnya telah membuatkan cikgu-cikgunya berasa gembira, rasa dihargai dan disanjungi.

Tak! Saya tak rasa mereka fikir begitu. Sebab tu dalam beribu pelajar di sekolah saya, rasanya tak sampai separuh pun yang akan memberi salam kepada guru setiap kali bertemu muka. Sayangnya.. Mereka tak sedar hakikat menyapa guru dengan memberi salam itu memberi makna yang besar kepada guru.

Sebagai seorang guru.. Kami bukan mahu disanjung bagai wira. Bukan mahu diberi hadiah wang ringgit atau hadiah yang mahal-mahal.. Tak.. Kami tak minta semua tu.. [Tp kalau ada murid yang nak beri hadiah masa hari guru, kami terima je..rezeki jangan ditolak.. hehe..] Sebenarnya.. cukuplah hanya dengan sebuah ucapan ringkas "Assalamualaikum cikgu,".. Ya.. Itu sudah cukup untuk buat saya tersenyum dah bersemangat untuk masuk ke kelas dan memulakan pengajaran..

Sayangnya perkara semudah ini dipandang remeh pelajar-pelajar. Dirasakan tak penting. Sedangkan apa yang mereka pandang remeh itu sebenarnya memberi makna mendalam untuk saya. Bertemu dan memberi salam. Mudah. Sangat mudah. Mereka kemudian boleh berlalu dengan langsung tidak memikirkan tentang hal itu. Tapi saya tidak.. Saya akan meneruskan perjalanan dengan rasa gembira dan hati yang berbunga riang.

Begitu jugalah halnya dengan sebilangan pelajar-pelajar berbangsa cina di sekolah saya yang kadangkala tidak memberi salam sebaliknya hanya menundukkan sedikit kepala apabila bertemu guru. It's enough! Itu pun sudah cukup untuk buat saya rasa dihargai. Nothing much. Hanya tunduk sedikit dan berlalu pergi. Dan saya gembira. Sedikit perkara yang dilakukan mereka, tapi saya menerimanya seperti seolah-olah mendapat hadiah sejambak bunga..

Sayangnya... Mereka tak tahu harga sebenar sebuah ucapan salam..

Thursday, January 20, 2011

Saya, sekolah rendah & sekolah menengah..

Semalam, waktu duduk saja-saja kat rumah, tiba-tiba saya teringat kisah silam saya sewaktu di sekolah rendah dulu [Sekolah Kebangsaan Tekam Utara].. Tiba-tiba saya tergelak sorang-sorang.. Rasa macam kelakar pulak bila ingat balik. Masa tu saya saya baik sangat.. Saya patuh cakap cikgu. Cikgu kata A pendek sebelah, saya buat A pendek sebelah, cikgu kata B besar sebelah, saya buat B besar sebelah.. baik sungguh saya..huhu.. =P
Saya jadi pengawas sekolah.. Memang pengawas yang dedikasi dan 'berkakilebar'lah boleh dikatakan. Sampaikan kawan-kawan sepermainan saya kat rumah pun takde 'excuse' kalau kena tangkap dengan saya. Teruk betul kan saya? Gila kuasa sungguh![Bila dah besar ni, rasa nak tempeleng je saya yang mengada masa kecik dulu] Mesti ramai kawan-kawan yang 'hangin' dengan saya masa tu.
Selain baik dan berdedikasi, saya juga merupakan seorang pelajar yang pandai. [Hehe.. bunyi macam riaklah pulak..tp jangan bimbang..awal-baik cerita ni je saya baik, tengoklah nanti.=)] Tiap-tiap tahun saya wajib naik pentas ambik hadiah. Saya tak perlu tempah tiket online untuk mendapatkan tempat kedua, sebab cikgu memang dah bookingkan awal-awal lagi untuk saya sampai darjah 6. Saya tak pernah dicabar sesiapa untuk kekal di tempat kedua tiap-tiap tahun. [Jangan tanya saya siapa yang dpt tempat pertama.. saya tak nak cerita sbb.. sebab dialah sya kempunan nak ambik hadiah tempat pertama sampai tamat sekolah rendah. dia tak kasi saya can langsung!]
Setakat ni semua nampak baik-baik je kan.. Tapi betul ke macam tu? Hmm.. Sebenarnya kehidupan saya sebagai pelajar waktu sekolah rendah sangat membosankan! Tak colourful langsung. Saya tak bersukan, saya tak main bola jaring, saya tak masuk lumba lari, saya hanya tahu belajar je. Memang bosan! Saya tak ada kawan-kawan yang happening. Kawan-kawan baik saya semua macam saya. Baik-baik je a.k.a skema! Saya juga selalu kena buli. Saya dapat macam-macam gelaran masa sekolah rendah dulu. Budak laki masa sekolah rendah dulu memang teruk!