CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

iNi CeRiTa TeNtaNg WaNa DaN KoNcO2nYa..

Seorang pemegang pen merah dan pen marker yang suka menulis pada waktu lapang [tp sekarang dah lama tak tulis..beku..], suka fotografi, peminat sukan bola sepak [Gunners] dan badminton [Latuk LCW] juga sukakan kartun Spongebob Square Pants (Kiut sungguh makhluk kuning tu), Dragon Ball & One Piece.. Err.. Juga peminat no1 meow2.. makhluk ni lagi comel dari Encik Spongebob.. Tp Prince Arthur lagi hensem dari mereka semua..hehe.. =) Jom.. berkenalan dengan dunia saya yang serba sederhana ni..


Friday, December 28, 2012

Biar Kepala Benjol Janji Meow2 Saya Selamat

Pagi tadi saya sedar dari tidur dan terdengar mak abah tengah bincang-bincang nak balik kampung. Saya yang masih mamai-mamai dan belum basuh muka tu pergi ke muka pintu tempat mak dan abah berbincang dan tanya kenapa pagi ni jugak nak balik kampung. Rupa-rupanya sepupu mak sakit. Adik mak baru call bagitau tadi.

Lepas tu mak saya masuk bilik pergi kemas kain baju. Saya yang masih mengantuk tu berdiri je kat muka pintu tengok ayah saya alihkan kereta saya sebab kereta saya block kereta abah yg nak keluar dari garaj. Masa abah start enjin kereta saya nampak kucing kesayangan intan payung bawah lindungan bulan saya si Koko tu tengah duduk2 mungkin meng'usha' awek dari atas tembok simen jalan masuk ke rumah saya. 

Tapi bila abah mula gerakkan kereta ke belakang saya nampak Koko berlari laju ke arah kereta saya. Koko tu memang obses dengan kereta terutamanya kereta biru saya tu. Dia kucing kereta. Kucing yang saya selalu bawak jalan-jalan naik kereta. Pendek kata kereta saya tu dah macam kereta dia lah. Seolah-olah saya dan dia share bayar kereta tu bulan-bulan. Sebab tu dia pantang nampak pintu kereta atau bonet dibuka, dia mesti nak melompat masuk,. Lepas tu duduk macam co-pilot sambil jilat-jilat bulu. Sama juga bila nampak kereta tu bergerak. Dia seboleh-boleh nak lompat naik dan cari jalan masuk. Seolah-olah macam dia takut sangat kalau saya nak jalan-jalan tak bawa dia.

Saya pun apa lagi, terus jerit.. Abah! Abah! Abah!!! Tapi cermin kereta tertutup. Tak mungkin abah dengar. Pada masa yang sama saya nampak si mak buyung Bibi pun rupa-rupanya ada di belakang tayar belakang. Bibi yang sarat mengandung tu dah sedar tayar kereta bergerak jadi dia dengan terkedek-kedek cuba jalan keluar.. Masalahnya jarak di antara dia dan tayar belakang tu dah dekat.. Dengan Bibi di belakang tayar dan Koko yang sedang berlari dari arah belakang menuju ke kereta membuat saya rasa nak pitam.. 

Tanpa sempat mencari tudung dan berfikir tentang gigi yang belum digosok.. Saya terus lompat dari pintu dan berlari keluar dari rumah sekuat hati dan... #$*$&%  Tak,,. bukan kucing yang kena langgar.. Tapi saya yang jatuh terlentang atas simen basah (malam tadi hujan) depan rumah. Sakit giler!! Benjol besar belakang kepala saya. Mak saya yang dengar saya jatuh cepat-cepat berlari tuam belakang kepala saya. Lama juga baru saya boleh bangun.. Biol + pening.. Tak taulah berapa banyak bintang yang keluar dari kepala..

Nasib baik 2-2 ekor meow2 saya selamat. Abah sempat tekan brek bila tengok saya lari macam orang gila tadi. Alhamdulillah... Lega sangat-sangat saya.. Tak apalah kepala benjol pun janji buah hati saya selamat.. Bibi tu dah la sarat.. kalau mati tadi, tak sempat beranak.. Koko pulak.. Kalau mati.. Tak tau nak cakapla.. Meraung 7hari 7malam agaknya.. Dia kucing ranking 1 sbb saya jaga dia dari baby. Saya yang beri dia susu dan ajar dia kencing berak.. Dia tak ada mak.. Sayalah mak dia.. Sebab tu saya selalu pesan kat dia... "Koko.. Kalau nak mati.. mati jauh2 ya.. Jangan mati depan mata mama.." huhu.. 

Ini Bibi yang tengah sarat mengandung.

Ini Koko buah hati pengarang jantung saya..
Koko yang obses dengan kereta biru saya.. Bila saya drive 90% dia akan duduk atas riba.

Begitulah kisah tragik saya di pagi hari ketika masih mamai dan belum basuh muka.. 

Moral of da stori: 
1- Setiap kali nak masuk kereta, cekla dulu tayar depan belakang.. Pastikan tak ada kucing yang tengah buat taik mata atau sedang duduk bersenang lenang di belakangnya.. 
2- Pastikan lantai bersih daripada air dan gigi telah digosok sebelum memulakan larian..
Hehe.. Peace Yo!






Kisah Lucu Housemate Saya Dan Jersi Arsenal


Assalamualaikum...
Hari ni saya berkongsi cerita tentang housemate saya yang
kelakar.. Baru2 ni dia pergi ke Padang Besar Perlis 
dengan famili dia.Dia ni memang baikhati orangnya. 
Kalau pergi mana2 mesti tak lupa membelikan sesuatu
untuk saya. Paling tidak pun dia akan belikan saya 
keychain @ magnet fridge.

Kali ni sebab pergi ke Padang Besar maka dia pun
berhajatlah nak belikan saya dan boifren dia jersi 
terbaru Arsenal sbb saya dan boipren dia ni 
peminat Gunners.

Maka, sampai di rumah dia pun tunjukkanlah saya
jersi baru tu.. Saya punyalah gembira dapat jersi terbaru 
Gunners..Dah berangan nak upload kat pesbuk dan 
bagi jeles kat abang dan adik2 saya yang juga peminat 
tegar Gunners.Tapi bila saya mengkaji selidik baju tu 
saya agak konfius..
JERSI PSG yang housemate saya belikan utk saya kerana menyangka ianya jersi arsenal.
  Coraknya lain.. Jersi baru arsenal biru berbelang dan
tiada line  merah putih tu.. Tapi betul dah tertulis
 Fly Emirates.. Dah la tu logo Arsenal pun tak ada..
Yang ada logo pelik dan saya tak biasa tengok..
Tp nama PSG tu agak biasa didengar..
Jadi saya pun googlelah cari.. Hahahaaaaaaaaaa...
Rupa2nya itu jersi Kelab France,
Paris Saints German.. Dan penajanya memang sama
dengan Arsenal.. Emirates!Kawan saya dah tertipu!
Dah la tu.. Dia bukan beli satu.. tapi 3!! Untuk saya,
boipren dia dan dia sendiri [wpun dia tak suka bola]

JERSEY PSG yang housemate saya belikan untuk boipren dia. 


Ini jersi sebenar Arsenal.
 Lebih kurang je kan.. Marah betul hosmet saya tu.. 
Dia kata penjual kat Padang Besar tu yang salah sebab 
dia memang tanya jersi Arsenal. Isteri penjual tu yang 
bagi dia jersi ni dan beria-ia kata ni lah jersi baru
Arsenal.. Hosmet saya tu manalah tau pasal bola
n jersi-jersi ni. Dan sah-sah tukang jual tu sama je
tak tau sbb tokey sebenar laki dia dan pada masa 
kejadian dia hilang entah ke mana... Sabo je la!!

Penat kami gelak pasal ni.. Sian hosmet saya tu..
Dia dah pening pikir nak bagi ke tak jersi PSG
tu kat boifren dia. Tapi kalau tak bagi dia nak 
buat apa.. Takkan dia nak pakai 2-2.
Hahaaa... Lucu sungguh bila ingat semula..
Apa2pun saya tetap akan pakai jersi PSG tu
walaupun saya tak pernah sokong kelab dari France
yang dikatakan kaya dan sekarang giat membeli 
pemain2 star.. kalau tak silap Ibrahomic main kat 
kelab ni jugak.. Entahlah.. Saya tak minat kelab france.

Thnx siti sebab ingat dan hadiahkan saya jersi 
yang cantik ni. Jersi ni memang bukan jersi Gunners
tapi ianya jersi yang housemate saya belikan
dengan ingatan tulus ikhlas.. =)
Really appreaciate!! 






Wednesday, September 5, 2012

Cik Engineer Liyana Adnan.. Mari kita hayati kisah ini..


Kisah Imam Abu Hanifah yang menghormati dan memanggil 'GURU' kepada seorang lelaki kafir yang hanya mengajarnya satu ilmu.. Iaitu ilmu bagaimana mengetahui bilakah cukup umur bagi seekor anjing...

Imam Abu Hanifah lahir pada tahun 80 Hijrah (sahabat Nabi masih ada pada masa itu). Imam Abu Hanifah adalah salah satu dari imam kepada 4 mazhab yang besar iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali. 4 mazhab ini berasal dari 1 ‘kepala’ iaitu Imam Abu Hanifah (mazhab Hanafi).

Begini kisahnya.. Seperti biasa pada petang itu orang ramai memenuhi Masjid Kufah bagi mengikuti pengajian ilmu hadith yang disampaikan oleh Imam Abu Hanifah. Sedang beliau mengajar tiba-tiba muncul seorang lelaki dari keturunan Yahudi. Imam Hanafi segera bangun sebagai tanda hormat kepada lelaki itu

“selamat datang datang wahai guruku. Adakah apa-apa yang dapat saya bantu?” tanya Imam Abu Hanifah sambil menunjukkan rasa hormat.

“sebentar tadi saya singgah di kedai kamu bagi membeli sehelai baju. Saya tidak cukup duit mahu membelinya kerana harganya di luar kemampuan saya. Pekerja kamu tidak setuju apabila saya minta diturunkan harganya. Kerana itu saya datang dan mengadu kepada kamu,” jawab lelaki itu.

“selepas habis mengajar nanti saya akan berada di kedai itu. Tuan tunggu saya di sana dan tuan akan mendapat baju itu,” kata Imam Abu Hanifah. Lelaki itu kelihatan gembira lalu beredar dari situ.

“Tuan guru, bukankah lelaki itu berbangsa yahudi? Mengapa tuan begitu hormat kepadanya hingga berdiri menyambut kedatangannya?” tanya salah seorang anak muridnya.

“Dia guru saya kerana itu saya menghormatinya,” jawab Imam Hanafi.

“Apakah tuan pernah berguru dengan lelaki yahudi itu?” tanya seorang lagi dengan rasa kehairanan.

Menurut Imam Hanafi suatu hari dia hendak mengetahui bilakah masa seekor anjing itu cukup umurnya? Kebetulan lelaki yahudi itu banyak memelihara anjing. Lalu beliau bertanyakannya perkara tersebut.

“Lelaki itu memberitahu saya seekor anjing itu cukup umurnya apabila ia sudah kencing berdiri. Sesiapa saja yang mengajar saya walau satu ilmu, dia adalah guru saya. Lelaki itu mengajar saya satu ilmu mengenai anjing kerana itu saya menganggap dia juga salah seorang guru saya,” kata Imam Abu Hanifah.

Selesai mengajar, Imam Abu Hanifah pergi ke kedainya. Dilihatnya lelaki yahudi itu masih berada di situ menunggu kedatangannya. Dengan wajah gembira, dia menunjukkan baju yang hendak dibelinya.

“Saya berkenan dengan baju ini dan mahu memakainya. Tetapi saya tidak cukup duit untuk membelinya,” kata lelaki Yahudi itu lagi.

Imam Abu Hanifah mengambil baju itu lalu menyerahkannya kepada lelaki Yahudi itu sambi berkata, “saya hadiahkan baju ini kepada tuan yang pernah mengajar saya satu ilmu.”

“Saya sendiri sudah lupa apakah ilmu yang pernah saya ajarkan kepada kamu?” tanya lelaki Yahudi itu pula.

“Mengenai bilakah cukup umur bagi seekor anjing. Tuan mengatakan apabila anak anjing itu pandai kencing berdiri. Bagi saya itu adakah satu ilmu dan tuan adalah guru saya walau mengajar satu ilmu,” jawab Imam Abu Hanifah.

“Sekiranya begitu, giliran saya pula berguru dengan kamu. Mulai besok bolehkah saya menyertai orang ramai bagi mendengar ajaran kamu?” tanya lelaki Yahudi itu pula.

“Boleh…,” jawab Imam Abu Hanifah.

“Cuma saya bimbang dimarahi orang ramai kerana belum Islam,” kata lelaki Yahudi itu.

“Saya akan memaklumkan kepada orang ramai mengenai kehadiran kamu. Usah bimbang kerana tiada siapa yang akan mengganggu,” kata Imam Abu Hanifah pula.

Lelaki Yahudi itu gembira dan berjanji akan datang mendengar majlis ilmu yang disampaikan Imam Abu Hanifah. Imam Abu Hanifah juga gembira sambil berdoa kepada Allah semoga lelaki Yahudi itu mendapat hidayah.

Begitu juga dengan Imam Malik yang tidak menganggap Khalifah Harun Al-Rashid sebagai seorang khalifah apabila khalifah datang untuk belajar ilmu hadith (kitab Al-Muwatta’) daripadanya. Beliau hanya menganggap khalifah sebagai anak-anak muridnya seperti yang lain. Beliau hanya menyuruh Khalifah Harun duduk di bawah dan beliau duduk di atas sebagai guru.

Sikap menghormati guru ini sama diamalkan juga oleh Imam Shafie dan Imam Ahmad bin Hanbal.

Di sini menunjukkan kita bahawa mulianya darjat seorang guru. Maka, hormatilah dia seadanya..

#kisah ini saya petik dari sohoque.com..

Thursday, December 15, 2011

JaLaN2 di i-CiTy Shah Alam & Melaka..

Macam biasa, setiap kali cuti sekolah saya mesti pergi Shah Alam/Klang melawat adik-beradik kat sana juga sahabat handai. Shah Alam ni pendek kata dah jadi rumah no2 la.. Walaupun saya tak suka pasukan bola sepak selangor [Red Giant] sebab saya anggap dia macam Manchester United Malaysia [Red Devils] a.k.a MUnyet tapi.. itulah jugak tempat yang selalu saya pergi..hehe.. Lagipun mana boleh saya tak suka beria2 sangat, kat sana jugaklah tempat saya menimba ilmu. UiTM di hatiku! 


Adik-beradik saya ada 7 orang. 6 orang menetap kat Selangor [5 dah berkeluarga campur adik bongsu kat UPM Serdang]. Tinggallah saya dengan mak abah je kat Jerantut. Itupun nasib baik saya masuk KPLI dan kena posting ke Jerantut, kalau tak, habis study kat UiTM dulu rancang nak kerja terus kat Shah Alam je.Tapi bagus jugak, at least adalah sorang anak mak yang boleh tengok2kan dia kat kg tu kan.. Hmm.. Saya agak mesti saya dapat harta paling banyak nanti.. Hahahaa.. 


Di atas sebab itulah maka setiap kali cuti sekolah saya mesti bawak mak abah ke Shah Alam/Klang. Bawa dia jalan-jalan ke rumah anak-anaknya. Huh.. Baik sungguh saya. Memang konfirm saya jadi anak paling disayangi mak. =P Tambahan pulak saya ni lah satu-satunya anak dia yang kerja kerajaan dan jadi cikgu macam yang dia selalu doakan. Mak saya ni, masa saya kecik lagi saya selalu dengar dia cakap, dia harap sangat kalau tak dapat banyak, paling kurang adalah sorang anak dia kerja kerajaan, lagi bagus jadi cikgu! Lepas sorang, sorang anak dia menolak. Akhirnya sampai turn saya. Pun saya tolak. Tolonglah mak. Jadi cikgu?! Skema tu! Hari-hari kena pakai baju kurung. Memang santun habislah. Tak ada dalam list cita-cita saya. Nombor 11 pun bukan! Tapi kuasa Allah. Kita hanya merancang, tuhan yang menentukan. Dalam taknak-taknak tu, walaupun masa di universiti saya ambik kos engineering yang sesuai dengan jiwa lasak saya akhirnya saya jadi cikgu jugak. =P


Menyesal? Mula2 dulu adalah. Tapi sekarang tak lagi. Walaupun skema dan perlu sentiasa menunjukkan contoh yang baik, tak sangka saya yang cukup nakal masa di sekolah dulu ni boleh rupa2nya memikul tanggungjawab menjadi seorang pendidik ni. Saya percaya, berkat hidup dan besar pahalanya kalau  menuruti permintaan mak kita, tambahan lagi kerjaya guru adalah satu kerjaya yang mulia di sisi masyarakat dan agama. Paling buat saya rasa terharu bila tiap kali orang tanya anak awak ni kerja apa, saya lihat mak akan jawab dengan gembira dan bangga sekali yang saya adalah seorang guru. Kalau balik kampung pulak, sedara-mara mesti selalu kata, ni lah anak awak yang cikgu tu ya.. Dan sekali lagi saya tengok mak mengiyakan dengan gembira sekali.. Oh mak.. Saya rasa bahagia bila lihat mak bahagia.. Sungguh kini saya tak menyesal memilih profesion perguruan menjadi kerjaya saya.. Huhu.. emosional la pulak.. =)


 [Terima kasih kepada drama bersiri Jepun Great Teacher Onizuka kerana memberikan saya inspirasi pada ketika itu. Saya menonton cerita tu pada masa yang tepat. Ia buat saya berfikir yang kerjaya cikgu ni takla skema sangat malah penuh wana amani rupanya.. eh silap! warna-warni..hehe.. dan masyaAllah.. memang mencabar.. ia memang buat saya rasa tercabar nak jadi cikgu! Boleh tahan cool! Salute Cikgu Takashi Sorimachi!]


Eh.. macam terpanjang pulak cite pasal guru ni.. Ish2.. Itulah saya.. Kalau dapat bercakap.. Memang sesuai dah jadi cikgu tu..haha.. Ok. Sambung cerita tadi. Bila sampai Selangor, kami mesti pening sebab nak pilih rumah mana nak pergi dulu. Dulu ok lagi, adik-beradik yang dah kahwin 3 orang je. Jadi pergi tiga hari pun cukup. Tapi tahun ni dah jadi 5 orang termasuk 2 orang adik lelaki yang kahwin serentak bulan 9 lepas. Memang haru. Kadang-kadang sampai masam2 muka berebut suruh kami ke rumah mereka dulu. Bangga tu memang bangga sebab jadi rebutan [walaupun hanya sekadar menumpang populariti mak abah] tapi masalahnya pening sebab nak kena jaga hati semua orang. Nak kena ingat masa datang kali terakhir dulu, tido rumah sape dulu? Nak tido lebih 1 malam pulak  rumah sape..? Huh.. Seksa jugakla.. =)


Apa? Tajuk saya I-city dan Melaka? Ye la.. Habis mana cerita pergi I-city dan Melakanya?? Haha.. Macam dah penat je.. Tak sangkalah pulak intro saya sepanjang ni.. Saya share gambar je la ya.. Kalau cerita lagi maknanya berjela-jela lagilah entri ni.. =P

Membekukan diri dalam rumah salji I-city

labu cinderella..


faris n amirul kesejukan

saya orang eskimo




selamat tinggal i-city...



Serusnya koleksi gambar di Melaka pula..



rumah hantu yang aku saja2 jerit buat2 takut..hehe..


kecewa.. muzium kapal ni dah tutup..

kakak ipar dan anak sedara.. icha..

terpaksa bawak kerusi roda sebab lutut mak sakit. tak boleh jalan lama.. kelakar..
macam2 insiden.. mak tak pernah duduk atas kerusi roda sebelum ni..

kincir angin..


Kampung Morten.. Tempat paling mengujakan kami. Cantik gila kg ni!

di hadapan rumah kawan abang di Kg Morten.. best3!!!

permandangan dari depan rumah kawan abang..Abang wan. best gila.
Depan sungai melaka.. hari2 boleh tengok bot river cruise lalu..

Famili abang wan menjamu kami nasi lemak dan mi.. yum2.. sedap!

bersalaman sebelum berangkat pulang. teima kasih atas layanan mesra
yang diberikan.. nnti kami datang lagi!

bergerak ke jeti river cruise.. nanti kami lambai bila bot sampai depan
rumah ya..
posing sebelum naik bot

my luvly famili


Melaka River Cruise. Yeah! perjalanan merentasi sungai melaka pun bermula..
huh.. gila cantik permandangan di sepanjangan sungai melaka.. puas hati!! 

Balik dari menaiki bot River Cruise kami terus pulang ke Shah Alam.. Penat..
Tapi seronok!! 

~ Bye ~




Friday, December 9, 2011

Alahai K-POP... Nak 'Menangis' Makcik Dibuatnya.. Hu hu..

 Baru-baru ni saya pergi rumah sepupu kat Kuantan.
Cuti-cuti sekolah ni eloklah ziarah-menziarahi saudara-mara, tak gitu? =) Tambahan pulak tok saya ada kat rumah dia.

Kamipun [saya, mak n abah] bermalam la kat rumah dia. Maksu suruh saya tidur bilik atas bilik anak dia, sepupu saya tu la. Saya pun melangkahlah anak tanga demi anak tangga sambil menyanyi-nyanyi riang..[eh takla..dengan tanpa perasaan pun sebenarnya..hehe] Tatkala saya membuka je pintu biliknya...

Taraaaaaaaaaaaaaaa....


Mak aiihh.. Tokojot eden! Bulat mato den memandangnyo..
Ini bilik ke studio?!!
Penuh dengan poster2, pin up n gambar2 artis Korea.

Disebabkan saya tau kump Big Bang, saya pun buat-buat terrorlah tanya, "Err.. poster Big Bang takde ke?" 
"Ada! Tu kat belakang pintu!" jawab dia sambil menutup daun pintu dan menunjukkan poster Big Bang dengan bangganya.


Mak aiihh.. Belakang pintu pun penuh dengan poster rupanya.. Saya pun buat terror lagi.. "SNSD? Super Junior? 2pm? 2am?" [konon2 hebatla.. padahal itu je pun yg saya tau.. itupun sbb anak sedara n adik asyik dok tengok youtube video diorang ni.. tau le sikit2..hehe..]


Dia pun macam tadi.. Terus bawa saya jelajah mencari nama2 kumpulan yang saya sebut tadi. 
Saya hanya mengangguk-angguk kepala.. Padahal bukan kenal sangat pun. =P 
Akhirnya selepas sessi jelajah itu selesai baru saya tau.. Fuh.. Banyak sungguh artis2 K-Pop yang terkenal kat Malaysia ni rupanya.. Dah sepupu sy ni gila kentang gila kat diorang ni.. Agaknya duit sekolah memang simpan untuk beli majalah-majalah yang ada muka mamat2 jambu ni je.. ngee..

Tapi masalahnya bila time sembahyang.. Susah betul saya nak kusyuk kalau beginilah pemandangan di sekeliling bilik.. huh.. mencabar sungguh.. Lagi satu nak tengok cermin pun seksa.. Pun dia lekat sticker2 artis K-pop jugak.. Aduyai.. Terpaksa saya menari tarian India sekejap [gerak2 kepala] nak dapatkan pose terbaik biar muka masuk tak terlindung dengan gambar-gambar hitu.. sekali lagi mencabar..


Kesimpulan yang dpt saya buat ialah.. 


1) Budak2 sekolah sekarang memang gila sampai dah nak masuk tahap atuk gaban dengan artis2 K-Pop ni. [sama kes je dengan anak2 murid saya kat sekolah tu..bukan stakat minat lagu..dressing pun tiru habis.]


2) Bila dah terlalu extreme.. mulalah kerjanya nak mengadap laptop je, tgk video2 klip terbaru. Takpun berMUKABUKUing dgn rakan2 seangkatan tentang cerita2 terbaru artis kesayangan mereka ni..


3) Apa? Kenyataan saya seperti saya anti K-Pop? Eh taklah.. Tidaklah sampai anti.. dan tidaklah juga sampai nak cakap suka. Saya ni universal.. Saya terima segala jenis muzik yang telinga saya kata 'nice to hear'. Tak kiralah lagu indon ke, melayu ke, omputih ke, bollywood ke, K-pop ke.. Janji saya dengar boleh layan.. Yang pasti bukan katogeri kalau suka Bollywood..(contoh) habis satu India punya keluaran lagu tak kira sedap ke tidak saya mesti suka.. Dan tak dengar lagu dari bahasa laindah..Konon2 tak cool.. Tak adalah sampai macam tu.. Saya sebenarnya kecewa juga bila saya pernah tanya seseorang yang gila kentang dengan K-Pop ni satu soalan.
"Awak memang dengar semua lagu K-Pop ke?"
"Hmm.. Boleh dikatakan hampir semua,"
"Lagu melayu tak minat langsung?"
"Tak.. Tak dengar pun.."


Saya tarik nafas panjang-panjang lepas tu.. Risau betul saya kalau mereka2 yang masih bersekolah ni, [peminat yang dah matang dah dapat beza mana baik mana buruk] terus terpengaruh dan ikut bulat-bulat budaya muzik K-Pop. Berdasarkan pemerhatian saya, video muzik K-Pop ni huh.. memang panas..Artis laki ok lagi.. Menari smart apa.. Tapi ada jugak yang ditirunya, warna rambut..Yang perempuan pulak.. Seksi tak ingat! Pakaian tak payah cakaplah.. Kalah mat saleh. 


Nak cakap banyak pun susah, nanti tak pasal2 saya kena hentam dengan beribu2 lemon peminat K-Pop kat luar sana. [Nasib baik blog saya tak fofular..hehe] Sekadar minat tak apa.. Jangan terikut-ikut dah la. Saya faham jiwa remaja. Dulu pun saya pernah remaja. Cuma zaman remaja saya, saya tak gila artis. Saya gila  bola. Poster bola memang banyak sebab saya gila beli majalah WISEL. [Gunners foreva]. Apa? Tak ada bezanya saya? Haha.. Ada.. Minat saya sihat sikit kot.. Sebab bersukan buat kita sihat dan kuat! Hehe.. Merapu dah ni.. Oklah.. Chow dulu.. World Peace! =)

p/s: tapi..fikir2 balik memang ada sebabnya cousin saya ni suka sangat K-pop.. Tengoklah video musicnya.. Huh! Fantastic! Marvelous! Hebat sungguh.. Bab video muzik ni memang kita jauh ketinggalanlah..  Yang tu saya akui.. =)

Saturday, November 26, 2011

SEBAGAI SEORANG GURU.. Saya Kecewa....

SAYA KECEWA 1
[ Isu Wang Bantuan RM100 Untuk Pelajar ]

Saya baca paper..Rasa kecewa bila duit bantuan RM100 ini dijadikan isu oleh ibu bapa pelajar sehingga merebak kepada kes saman menyaman. Saya tidak tahu situasi sebenarnya mengapa perkara ini boleh jadi seteruk itu. Boleh jadi ia wajar atau sebaliknya. Cerita yang saya baca hanyalah dari sebelah pihak sahaja, jadi kesahihan ceritanya masih boleh dipertikaikan. Kami penjawat awam tidak boleh membuat sebarang pernyataan terhadap media tanpa kebenaran jabatan. Melalui pembacaan saya, penjaga tersebut tidak puas hati kerana duit RM100 yang sepatutnya dia dapat telah dipotong oleh pihak sekolah kerana pelajar itu masih ada berhutang dengan sekolah. Dan cerita itu dipanjangkan dengan beberapa cerita yang kurang sedap didengar mengenai guru besar sekolah itu. Baiklah, kita tamatkan cerita penjaga ini di sini.

Selepas beberapa isu yang keluar di dada-dada surat khabar, kerajaan kemudiannya mengeluarkan kenyataan bahawa duit itu adalah hak pelajar dan ibubapa. Dengan kata lain, harus diserahkan kepada pelajar/ibubapa tak kira walaubagaimanpun! Ya saya setuju itu.. Tapi..

Tapi.. [ Kita tinggalkan tapi itu seketika..]
 Saya teringat ketika minit-minit terakhir mesyuarat guru di sekolah saya ketika Tuan Pengetua mengumumkan tentang pemberian wang bantuan RM100 ini. Ketika itu seorang sahabat saya mengangkat tangan dan bertanya,
"Tuan Pengetua, boleh tak duit RM100 tu kita potong siap-siap bagi pelajar yang masih belum menjelaskan yuran persekolahan dan yuran PIBG tahun ini?"

"Oo... Baik jangan! Saya tak nak perkara ini dijadikan isu! Kita beri saja duit tu sepenuhnya. Lepas tu baru kita maklumkan yang anak dia sebenarnya masih ada hutang yang belum dibayar.." jawab pengetua saya dengan bernas sekali seperti sudah dapat mengagak perkara sebegitu pasti dijadikan isu oleh penjaga.

Jadi kami semua menerima sebulat suara keputusan pengetua kami. Sehinggalah tiba hari yang dijadualkan untuk kami mengagihkan duit tersebut... Hari itu saya ditugaskan membantu seorang rakan saya yang merupakan guru kelas bagi kelas A [bukan nama kelas sebenar =P ] Rakan saya maklumkan kepada saya, beberapa orang pelajarnya masih belum menjelaskan yuran sekolah juga PIBG termasuk Ali [bukan nama sebenar] yang sudah lama tidak hadir ke sekolah. Kami menurut saranan Tuan Pengetua untuk menyerahkan not RM100 kepada penjaga mereka dan memaklumkan mengenai hutang selepas itu. Alhamdulillah. Kesemua penjaga pelajar tersebut dapat menjelaskan hutang yang tertunggak itu malah ada juga penjaga yang terus membayar yuran anaknya sebaik menerima wang tersebut. Sebelum sempat rakan saya tadi bersuara. Itulah yang sepatutnya. Semuanya berjalan kecuali seorang..

Tengah hari itu ayah Ali ada hadir ke sekolah untuk menuntut wang tersebut. Saya dan rakan saya berpandangan. Rungsing memikirkan ayat-ayat terbaik untuk memaklumkan kepada ayah Ali mengenai yuran sekolah dan PIBG yang masih belum dibayar walaupun persekolahan tahun ini akan berakhir beberapa hari saja lagi. Akur dengan nasihat Tuan Pengetua kami menyerahkan not RM100 itu dan memaklumkan mengenai hutang kemudian. Saya lihat dia seperti tidak senang. Dia tahu dia belum menjelaskan yuran persekolahan anaknya sedangkan anaknya telah menggunakan segala kemudahan yang disediakan sekolah sama seperti pelajar lain yang telah membayar yuran dari awal tahun hingga akhir tahun.

Kami faham. Ali mungkin bukan dari keluarga berkemampuan. Tapi saya tetap merasakan ia tak sewajarnya berlaku sebab dia ada tempoh selama 11 bulan untuk membayar kedua-dua yuran tersebut yang jumlahnya tidak pun mencecah seratus ringgit. Kalau dibayar RM10 sebulan juga lebih daripada cukup. Masalahnya ia tidak dibayar langsung. Baiklah mari kita beranggapan baik. Dia tidak mampu membayar sikit-sikit walaupun RM10 sebulan. Kita terima. Jadi, apakah kesalahannya penjaga Ali yang mungkin tidak mampu tadi menggunakan wang RM100 yang dia perolehi tadi untuk membayar segala yuran anaknya? Bukankah ia wajar begitu?

Wajarkah penjaga Ali mengambil wang itu sedangkan dia masih mempunyai hutang dengan pihak sekolah? Mungkin penjaga-penjaga ini tidak faham kenapa yuran-yuran tersebut [yang sepatutnya dijelaskan pada awal persekolahan] perlu dibayar sebelum persekolahan berakhir? Sedarkah dia yang duit-duit itu digunakan ketika menjayakan sukan sekolah anaknya? Yuran itu digunakan untuk menampung kos-kos kelas tambahan yang anaknya hadiri dengan percuma sepanjang tahun? Kos fotostat bahan yang anaknya gunakan dengan percuma? Kos menguruskan program-program sepanjang tahun dan banyak lagilah.. Bayangkan anaknya telah menggunakan semuanya tanpa sekatan, sama seperti pelajar lain yang telah membayar yuran? Di mana keberkatan ilmunya di situ?


Saya memang kecewa bila penjaga Ali akhirnya berkata, "Tak apalah cikgu. Saya ambillah dulu duit ni hari ni. [Hari ini - Rabu] Nanti hari Jumaat [hari terakhir persekolahan] anak saya datang sekolah dia bayar yuran."
Kami hanya mampu tersenyum dan mengangguk. Anak dia datang hari Jumaat ya? Hari akhir persekolahan? Dia sedar atau tidak anaknya sudah berminggu-minggu tidak hadir ke sekolah sehingga ke hari ini. Jadi mungkinkah anaknya akan hadir ke sekolah pada hari Jumaat itu semata-mata kerana nak membayar yuran sekolah??! Tak apa. Kami cuba berfikiran positif. Kami tunggu sehingga hari Jumaat. Ya.. Seperti dijangka. Ali langsung tidak muncul hingga loceng akhir untuk tahun 2011 berbunyi...Kecewa sungguh kami..

PENDAPAT SAYA MENGENAI ISU INI:
1) Pihak sekolah memang tidak boleh memotong wang RM100 itu tanpa persetujuan penjaga walaupun saya rasa itu wajar memandangkan sessi persekolah 2011 telah berada dipenghujungnya. Kenapa? Sebab ia pasti akan dijadikan ISU seperti kata pegetua saya!

2) Penjaga sepatutnya jangan cepat melenting jika pihak sekolah tetap berbuat demikian kerana inilah peluang terbaik untuk anda menjelaskan segala hutang yang tertunggak tanpa mengeluarkan wang sendiri. Dan jika bukan sekarang, bila lagi? Beberapa hari sahaja lagi dari tarikh tersebut persekolahan akan berakhir.

3) Kadang-kadang penjaga terlalu mempercayai anaknya. Percaya 100% bila anaknya kata dah bayar semua yuran sedangkan tidak pernah menunjukkan resit pembayaran. Apa gunalah kami ni nak tipu atau buat-buat cerita.. Kalau dah bayar mesti ada resit! [ Bukan kes di sekolah saya ]

4] Kalau dah berhutang tu..... Bayarlah.... Baru berkat ilmu yang diperolehi..

Tuesday, October 25, 2011

Cuti seminggu saya bersama buku, kucing, tido dan papan kekunci...



 Alhamdulillah.. Saya dapat cuti seminggu sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang dan Deepavali. Yeay!


Memandangkan saya tak ada apa2 kerja sekolah yang perlu dibereskan cuti kali ni, juga tiada gambar
pengantin yang perlu diedit [kecuali gmbr kahwin adik.. famili tak apa lambat sikit..hehe..] maka.. saya
plan nak sambung tulis manuskrip banyak, banyak, banyakkkk..


Buku skrap saya [contengan idea] dan segelas nescafe ipoh white coffe.. 
Laptop yang kerosakan charger [terpaksa meminjam charger adik dan bergilir2 menggunakannya.. mmg kacau mood!]
 Bila mentol atas kepala dah tak keluar cahaya atau semakin malap.. Saya terpaksa berhenti dan mencari 3 ekor budak comel bagi tujuan 'pengecasan' bateri kepala.. Tak perlu wayar,, wireless.. hehe..


Jack & Koko


Jack, Koko & Yuki [belakang]
Tome-tome saya..
Waktu cuti ni juga saya ambil kesempatan untuk menghabiskan Novel Setia Hujung Nyawa karya sahabat
saya ~ Fatin Nabila.. Dah lama sebenarnya saya tak membaca novel. Entahlah, kalau time hari persekolahan,
saya susah nak 'rompak' masa untuk membaca.. [Bukan alasan sebenarnya.. saya yang teruk.. tak pandai urus masa =( tiada kredit utk saya.. ]
Novel setia hujung nyawa karya Fatin Nabila
 *Novel hadiah dari Fatin sewaktu kami berjumpa di Pasar Payang Terengganu minggu lepas. Thnx =).. Bagus ceritanya!

 Hmm.. Selain tu.. Saya juga ada plan nak 'main' masak-masak.. Dengan adanya buku 1 Hari 1 Resepi oleh Chef Haniellza ni.. Apa nak masak pun boleh! Janji rajin selak dan rajin pegang pisau, periuk, kuali serta yang
seangkatan dengannya..


Hadiah harijadi.. Thnx Kak Ti n Suhaila.. Tak sia2 saya pernah suarakan untuk memiliki buku ni dulu. Memahami sungguh.. I likeeeeee.. =)
Cover kedua-dua buku tadi.. Kucing2 ni hiasan semata-mata.. Model pun boleh.. =P




Begitulah terisinya cuti2 saya selama seminggu ini.. Selain 50% lagi dipenuhi dengan makan tido.. makan tido.. makan tido... huhu... Selamat menyambut Hari Deepavali dan selamat bercuti semua!!






Sunday, October 16, 2011

Saya.. Hmmm.. Nak menulis balik.. =)

Disebabkan hari ni saya tersangatlah relax dengan erti kata lain.. Tidak ada apa2 kerja yang penting untuk dibuat maka.. Barulah saya terfikir untuk membuka blog ni yang dah sekian lama saya tinggalkan.. Rupa2nya post terakhir saya adalah pada bulan Mei.. Hmmm.. Memang teruk.. Dah 5 bulan.. Dan sekali lagi saya terpaksa membersihkan sawang dan sarang labah2 yang dah lama bermaharajalela di sini..


Esok saya akan ke Terengganu menghadiri mesyuarat penataran KH [sistem baru yg menggantikan PMR]. Tak sabar nak ke sana.. Bukan sbb miting tu..tapi sebab nak berjalan2 tgk laut yg cantik di Terengganu.. Selama 2 bulan kebelakangan ni saya mmg sibuk sangat.. Macam2 kerja yang perlu diselesaikan, kerja sekolah dan juga peribadi.. Sekarang dah boleh bernafas semula.. Saya juga harap saya dapat menyambung menulis manuskrip yang turut telah lama saya tinggalkan.. 


Huh.. Saya perlu masa berjam2 untuk memikirkan bagaimana nak menamatkan jalan cerita yang dah 3/5 saya tulis tapi seperti perlu merombak sedikit jalan cerita.. mungkin juga perlu mengubah dari awal.. Pening.. Semakin lama semakin kelihatan tidak relevan.. Macammanalah saya nak siapkan novel ke2 ni.. Orang lain hanya perlukan 3 bulan untuk siapkan sebuah novel.. tapi saya... Hmm.. mungkin saya bukan ditakdirkan untuk menjadi penulis novel sebenar.. mungkin utk sekadar suka2 bagi mengisi masa lapang.. Apa2pun doakan novel ke2 ni siap juga sebelum thn 2011 berakhir ya.. Ya.. Itu target saya.. 




Okay,, cukup utk kali ni.. Saya nak sambung membuang sarang labah2 yang masih bergayutan ni.. Bye2.. =)




 





Friday, May 27, 2011

Mengkarate Lipan Di Kala Subuh dalam episod PENCULIKAN!

 
 [Ini En Pat & En Bob : Penyambut tetamu blog saya.Say hi to them =) ]
     Salam. [Perkataan pertama yang berjaya ditulis setelah menekan beberapa huruf dan mendelete kembali selama lapan kali berturut-turut.] Susah betul nak mulakan cerita ni. Hehe.. Okay, sebenarnya saya nak ceritakan tentang pengalaman saya menjadi penculik kanak-kanak di East Cost Mall, Kuantan.
   
    Kisah bermula sewaktu saya menjadi guru pengiring pelajar-pelajar Biologi melawat ke UIA dan Pusat Pemuliharaan Penyu di Kuantan.   

Jangan cari saya dalam gambar ni, memang takde. Sebab saya  tukang snap je =)

    Setelah melawat ke UIA, kami singgah sebentar di EOM, Kuantan. Sedang saya dan rakan-rakan berwindow shopping, tiba-tiba kami ternampak ada seorang budak lelaki bangsa Cina berumur dalam lingkungan 3,4 tahun sedang menangis teresak-esak sendirian. 


    Ya. Budak itu kehilangan ahli keluarganya! Dia melaung-laung dan menangis dengan kuat, dia tak tahu hendak pergi ke mana, berpusing-pusing kepalanya mencari kelibat ibu/bapanya. Kami pandang sekeliling, ada ramai orang yang lalu lalang, tapi tak ada seorang pun yang ingin mendekati budak itu. Jadi, atas rasa prihatin dan tanggungjawab kami dekati budak itu.


   Kami tanya apa nama dia, nama ibubapa dia, namun dia langsung tak menjawab. Dia terus menangis dan menangis. Kami tak tahu nak buat apa. Saya pegang tangannya dan bagitahu nak tolong cari ibubapanya, walaupun pada awalnya dia nampak takut dan tidak mahu mengikut, tapi akhirnya setelah dipujuk-pujuk, dia akur juga. 


   Saya pegang tangan kirinya dan rakan saya pegang tangan kanannya. Kami nampak ada sebuah kaunter perkhidmatan berada di berhadapan pintu keluar mall. Jadi kami pimpin budak lelaki tu menuju ke sana dengan harapan pihak mall boleh membuat pengumuman berkaitan kehilangan budak lelaki itu.


   Sedang kami berjalan menuju ke kaunter tersebut tiba-tiba tangan budak lelaki itu direntap seseorang dari arah belakang. Kami terkejut dan segera berpusing ke belakang. Lelaki yang merentap tangan budak lelaki itu bercakap dalam bahasa cina dengan budak itu. Kami sepatah haram pun tak faham. Wajahnya kelihatan sangat marah dan budak lelaki itu segera memegang tangan lelaki itu. Rupa-rupanya itu ayahnya. Lega kami. Tapi...   


   Yang mengejutkan kami, ayah budak lelaki itu terus menarik tangan anaknya itu dengan segera tanpa berkata apa-apa pada kami. Jangankan nak mengucapkan terima kasih,malah langsung tak memandang kami walau sedetik pun!! Saya tunggu dia angkat kepala pandang saya, tapi malangnya dengan wajah yang amat marah dia terus berlalu pergi meninggalkan kami yang terpinga-pinga di situ.


   Saya dan rakan terkedu dan jadi patung seketika di tengah-tengah ruang legar mall itu. Saya perasan, ramai orang yang berada berdekatan memandang kami dengan keliru. Apa yang mereka fikirkan? Apa yang ayah budak lelaki itu fikirkan? Adakah mereka fikir kami ingin menculik budak lelaki itu? 


  Mungkin ya, sebab kami kelihatan memimpin budak lelaki itu menuju ke luar mall, sedangkan kami ingin ke kaunter perkhidmatan yang berada berdekatan pintu keluar itu. Kami yang baik hati, berniat ingin menolong dengan berbaju kurung dan bertudung ini dikatakan ingin menculik? Gilo ko apo ?!!!  


   Sekarang baru saya faham kenapa pada mulanya tiada siapa pun yang ingin menolong budak lelaki itu. Baru saya faham kenapa rakyat Malaysia tak prihatin. Semuanya kerana wujudnya lelaki tak ada adab lagi biadab macam ayah budak lelaki tadi. Lelaki yang tak tahu nak berterima kasih pada orang yang cuba nak menolong anaknya. Lelaki yang berfikiran sempit dan tak pandai menggunakan otak! Kalau betulpun sangka kami nak culik anak dia, kenapa tak tangkap dan bawa pergi balai je! Kenapa blah macam tu je?! [Eii...Marahnya saya! Ya saya memang marah!]


   Setelah apa yang berlaku, saya faham kenapa masyarakat sekarang:
1) tak suka ambil tahu hal orang lain
2) lebih bersikap mementingkan diri sendiri sahaja
3) tidak suka membantu orang lain walaupun niat itu ada
4) lebih rela dituduh selfish daripada membuat sesuatu yang    
    mungkin akan merisikokan diri sendiri.


.....dan saya juga faham kenapa saya rasa macam nak karate je bapak budak tu macam lelaki kat bawah ni mengkarate lipan di kala subuh!