CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

iNi CeRiTa TeNtaNg WaNa DaN KoNcO2nYa..

Seorang pemegang pen merah dan pen marker yang suka menulis pada waktu lapang [tp sekarang dah lama tak tulis..beku..], suka fotografi, peminat sukan bola sepak [Gunners] dan badminton [Latuk LCW] juga sukakan kartun Spongebob Square Pants (Kiut sungguh makhluk kuning tu), Dragon Ball & One Piece.. Err.. Juga peminat no1 meow2.. makhluk ni lagi comel dari Encik Spongebob.. Tp Prince Arthur lagi hensem dari mereka semua..hehe.. =) Jom.. berkenalan dengan dunia saya yang serba sederhana ni..


Sunday, February 27, 2011

Kashaf Imani

Petang tadi.. Secara tak sengaja saya tertengok satu drama melayu..
Sebenarnya.. Saya jarang sangat menonton drama melayu di tv..
Tak tau lah kenapa.. Mungkin bosan agaknya..
Slot cerekarama yang suatu masa dulu saya tak pernah miss kini.. dah bertahun saya tak tengok. Bagitu juga samarinda atau yang sewaktu dengannya. 
Saya memang hilang minat.. Malah saya ada 'menyenarai hitamkan' beberapa nama pengarah atau penerbit yang saya memang tak sanggup nak lihat hasilnya. 


Saya ada satu sikap buruk.. yang memang buruk dan diakui oleh semua ahli keluarga saya. Iaitu menonton sambil menghalusi dan mengkritik! Paling saya pantang kalau SKRIP/ Dialog yang tak rasional. Atau lebih tepat lagi, dialog skema! Tolonglah.. in real life.. mana ada orang cakap dengan kawan-kawan dia menggunakan ayat skema! Kalau dengan Guru Besar ataupun Cikgu Disiplin logiklah juga. Dah la tu.. bila bercakap boleh pulak ikut turn.. Bila A habis cakap baru B menyampuk dan begitulah seterusnya.. Sangat teratur dan sopan sungguh.. Belum masuk bab berjalan sambil bercakap.. Boleh sama baris je jalannya. Cukup sempurna! Bagus! Tapi saya rasa ia kelakar!


Biasanya saya hanya memerlukan seawal 5 minit pertama untuk membuat keputusan sama ada perlu meneruskan tontonan atau beralih mencari Spongebob di Nick atau terus ke discovery chanel. Apa yang saya cari dalam sesuatu drama sebenarnya? Saya mencari sesuatu yang jujur.. naskhah jujur yang menunjukkan realiti kehidupan sebenar masyarakat yang dipertontonkan dalam naskhah tersebut. 


Contoh: Kalau A adalah pekerja kilang/despatch atau yang sewaktu dengannya, tunjukkanlah rumah yang didiaminya rumah flat/teres/setinggan yang didiami bersama beberapa orang rakan lain. Bukannya rumah semi D/rumah teres 2 tingkat/ apartment  yang didiami seorang diri serta lengkap dengan perabot rumah yang mahal-mahal! Kecualilah jalan ceritanya dia mempunyai sugar daddy. 


Pengalaman saya menonton drama-drama melayu, hampir 80% keadaan rumah yang dipertontonkan memang bersih, kemas, teratur, memang sedap mata memandanglah! Tak kiralah rumah tu rumah usahawan ke, rumah makcik kat kampung ke, rumah GRO ke, rumah students ke, rumah penagih dadah ke.. semuanya terjaga sempurna. Kenapa takut sangat nak tunjukkan keadaan rumah yang agak berselerak, tak teratur.. Pelik sangat ke kalau buat macam tu? Itu realiti kan? Bukan setiap masa dan bukan semua rumah sempurna seperti yang tv selalu tunjukkan pada kita.


Itu belum masuk bab mekap. Mekap yang jelas nampak pipi merah, mata bercontact lense pakej dengan bulu mata palsu lagi! Kalau nak pergi kerja okay.. Kita accept. Tapi kalau dah sampai ke bilik tidur pun macam tu.. Apa ke %%$## nya!! Takut sangat nak tunjukkan realiti sebenar muka perempuan bila duduk di dalam rumah. Berapa persent je perempuan yang bila duduk di rumah masih memakai mekap, rambut berdandan cantik dan pakai baju macam nak pergi melancong? Takut sangat ke tunjukkan perempuan di rumah dengan rambut tak macam direbonding atau membuat rawatan minyak panas? Takut sangat ke nak tunjukkan perempuan di rumah bermuka polos tanpa lipstik atau sekurang2nya mekap yang nampak natural? memasak di dapur tak perlu berblusher, eyeshadow apatah lagi bulu mata palsu!!


Panjang sungguh saya berlipur lara.. Ya.. Itulah saya.. Itulah beberapa perkara yang sentiasa membuatkan saya hangin bila menonton drama/filem melayu. Terlalu sempurna! Saya tak nampak kejujurannya.. Sedangkan dalam filem inggeris juga korea saya bebas melihat segala kekurangan dan ketidaksempurnaan yang dipaparkan kerana ianya memang berlaku dalam realiti kehidupan. 


Oh! Terlupa.. Saya sebenarnya nak cerita tentang drama ulangan tapi baru saya tonton di Astro Ria tadi - Kashaf Imani - lakonan Sh. Amani, Beto Kushairi dan Normah Damanhuri.. [terbitan radiusOne] Walaupun pada awalnya saya menonton sebab saya sukakan Beto dan Amani namun seawal 5 minit saya dapati cerita tu memang best. Ia mempunyai ciri-ciri ketidaksempurnaan yang saya cari-cari selama ni.. Ya. Itulah realiti kehidupan sebenar! Rumah, percakapan, pemakaian dan tingkah laku sangat tepat dengan perwatakan dan jalan cerita. 


Inilah sebab-sebab utama kenapa saya memilih dan menyukai hampir semua karya-karya pengarah seperti arwah Yasmin Ahmad, Mamat Khalid dan Afdlin Shauki.. Pada saya.. mereka ini jujur.. Jujur dalam memaparkan realiti sebenar kehidupan yang kita semua lalui.. Ada seorang lagi perngarah yang saya suka.. Bernard Chauly.. walaupun dia lebih urban tapi saya suka dialog-dialog dalam setiap filemnya.. Bersahaja. 


Tak setuju? Tak apa.. Ini cuma pendapat peribadi saya di mana apa yang saya perkatakan tak semestinya betul dan tidak harus diakui oleh sesiapa.. Setiap manusia mempunyai rasa, minat, pendapat dan pandangan yang berbeza-beza.. Pendapat saya tak semestinya betul dan tidak juga saya mahu anda bersetuju dengan saya.. Okay? World peace!!


P/s: Saya juga sukakan karya Stephen Chow[pengarah filem] dan Bahrudin Bekri [Penulis Novel].. mereka berani memaparkan ketidsempurnaan dalam karya masing-masing2.. =)

Saturday, February 26, 2011

Saya, minat dan kerja....Dulu dan Sekarang..


Saya ada satu masalah...
Masalah minat..
Bila saya minat maka saya akan buat..
Bila saya buat, maka saya kekurangan masa nak buat perkara lain..
Oh ya.. satu lagi masalah saya ialah tak pandai menguruskan masa..
i'm worst in time management!!!! worst! worst! worst!
Sebab tu saya akhirnya rasa sy perlukan masa lebih daripada 24hrs!
Sebenarnya kalau saya pandai menguruskan masa, saya tak de masalah
nak buat banyak benda yang saya suka nak buat. Hm .. 

Dulu.. masa belajar kat U.. saya memang tak reti duduk diam..
Saya buat macam-macam kerja masa belajar. 
Saya pernah design dan jual baju engineering..
Saya pernah jual sweater UiTM.
Jual mi goreng & nasi lemak yang diusahasama dengan kawan abang saya kat Kolej Siswi.
Saya beli, gubah, jual bunga segar masa konvokesyen.. yang best tu terpaksa lari-lari bila dikejar pak guard..
Saya pergi stadium shah alam setiap 2 minggu, kerja jual makanan dan minuman di kiosk kawan abang saya.
Yang best tu saya dapat tengok bola dan konsert free masa bekerja =)
Nampak sangat saya bukan ulat buku kan... Nasib baik saya berjaya juga..  
Tapi konfirmlah tak dapat kelas pertama..  Hehe.. 

Time cuti sem, saya balik kampung sekejap je.
Saya tak akan duduk saja-saja kat kampung selama berbulan-bulan mengabihkan beras..
Sedangkan masa study pun saya kerja, inikan pula time cuti sem..
Biasanya saya akan kerja kilang secara kontrak. 
Antara kilang yang saya pernah kerja National, JVC dan Shin Etsu.
Saya juga pernah kerja kat restoran KFC.
Kerja di pasaraya, kedai telefon, pasar dan bazar..
Paling seronok masa saya bekerja di kedai gambar.
Kami pergi ke konvokesyen UM, UKM, UPM, Kolej Islam sampai ke UPSI tg malim.
Pengalaman jadi krew fotografi masa konvokesyen memang sangat menyeronokkan!

Sekarang.. Saya dah tinggalkan segala kerja-kerja partime tu.. 
Sebab saya dah ada kerja tetap.. Saya dah bergelar cikgu.
Hehe.. tertwist daripada tujuan asal saya.. nak jadi engineer..
[nanti di post yg lain saya akan ceritakan kenapa saya tiba2 bertukar menjadi guru]
Saya ingat bila saya dah jadi cikgu ni, saya duduklah tenang2 jadi cikgu je..
Tapi tak jugak.. Tahun kedua saya bukak bisnes, usahasama dengan kakak.
Bukak kedai sewa buku [novel dan komik] & fotostat..
Malangnya.. Tak dapat bertahan lama.. Saya harus akui.. ilmu dan pengalaman
belum cukup untuk memulakan bisness.. banyak lagi yang perlu saya pelajari.

Saya kemudian cuba menulis dan akhirnya dapat menerbitkan novel pertama
tahun 2009. Alhamdulillah.. Kini sedang dalam proses menyiapkan novel kedua.
Kerana minat juga saya belajar fotografi dan berjinak-jinak menjadi fotografer perkahwinan.
Tapi kerana kesuntukan masa.. Saya tak dapat meneruskan kerja tu.. 
Editing gambar mengambil masa berminggu-minggu.. Saya tak sanggup lagi.
Saya banyak mencuri masa menulis saya.. Tak boleh. Saya harus fokus..
Saya tak mampu menuguruskan masa untuk melakukan banyak perkara dalam satu2 masa.
Belum masuk kerja2 saya di sekolah yang menimbun-nimbun tu dan memegang beberapa jawatan yang memerlukan komitmen yang tinggi.
Apa-apapun yang saya lakukan, saya akan pastikan kerjaya saya sebagai guru 
tak terganggu. Waktu saya di sekolah adalah 100% untuk pelajar2 saya..

Memang banyak pengalaman susah senang yang saya lalui sepanjang kerja.
Ada pahit.. ada manis.. ada yang tak sanggup saya nak ingat kembali..
Tapi sebenarnya.. pengalaman lalu saya itulah sebenarnya yang menjadikan
saya seperti saya pada hari ini.. Semua yang saya dah lalui itu telah mendewasakan saya..
Menjadikan saya kuat dan belajar hidup berdikari sejak dari awal lagi.. 

Mempunyai banyak minat itu bagus.. Namun menguruskan masa untuk melaksanakan semua minat itu yang susah.. It's all about time management.. Kalau anda bijak mengurus masa, maka anda boleh melakukan banyak perkara yang anda suka.. Namun jika anda tidak berapa bijak mengurus masa seperti saya maka.. ada beberapa minat yang anda harus lupakan buat sementara waktu.. World Peace.. Wassalam..