CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

iNi CeRiTa TeNtaNg WaNa DaN KoNcO2nYa..

Seorang pemegang pen merah dan pen marker yang suka menulis pada waktu lapang [tp sekarang dah lama tak tulis..beku..], suka fotografi, peminat sukan bola sepak [Gunners] dan badminton [Latuk LCW] juga sukakan kartun Spongebob Square Pants (Kiut sungguh makhluk kuning tu), Dragon Ball & One Piece.. Err.. Juga peminat no1 meow2.. makhluk ni lagi comel dari Encik Spongebob.. Tp Prince Arthur lagi hensem dari mereka semua..hehe.. =) Jom.. berkenalan dengan dunia saya yang serba sederhana ni..


Friday, December 28, 2012

Biar Kepala Benjol Janji Meow2 Saya Selamat

Pagi tadi saya sedar dari tidur dan terdengar mak abah tengah bincang-bincang nak balik kampung. Saya yang masih mamai-mamai dan belum basuh muka tu pergi ke muka pintu tempat mak dan abah berbincang dan tanya kenapa pagi ni jugak nak balik kampung. Rupa-rupanya sepupu mak sakit. Adik mak baru call bagitau tadi.

Lepas tu mak saya masuk bilik pergi kemas kain baju. Saya yang masih mengantuk tu berdiri je kat muka pintu tengok ayah saya alihkan kereta saya sebab kereta saya block kereta abah yg nak keluar dari garaj. Masa abah start enjin kereta saya nampak kucing kesayangan intan payung bawah lindungan bulan saya si Koko tu tengah duduk2 mungkin meng'usha' awek dari atas tembok simen jalan masuk ke rumah saya. 

Tapi bila abah mula gerakkan kereta ke belakang saya nampak Koko berlari laju ke arah kereta saya. Koko tu memang obses dengan kereta terutamanya kereta biru saya tu. Dia kucing kereta. Kucing yang saya selalu bawak jalan-jalan naik kereta. Pendek kata kereta saya tu dah macam kereta dia lah. Seolah-olah saya dan dia share bayar kereta tu bulan-bulan. Sebab tu dia pantang nampak pintu kereta atau bonet dibuka, dia mesti nak melompat masuk,. Lepas tu duduk macam co-pilot sambil jilat-jilat bulu. Sama juga bila nampak kereta tu bergerak. Dia seboleh-boleh nak lompat naik dan cari jalan masuk. Seolah-olah macam dia takut sangat kalau saya nak jalan-jalan tak bawa dia.

Saya pun apa lagi, terus jerit.. Abah! Abah! Abah!!! Tapi cermin kereta tertutup. Tak mungkin abah dengar. Pada masa yang sama saya nampak si mak buyung Bibi pun rupa-rupanya ada di belakang tayar belakang. Bibi yang sarat mengandung tu dah sedar tayar kereta bergerak jadi dia dengan terkedek-kedek cuba jalan keluar.. Masalahnya jarak di antara dia dan tayar belakang tu dah dekat.. Dengan Bibi di belakang tayar dan Koko yang sedang berlari dari arah belakang menuju ke kereta membuat saya rasa nak pitam.. 

Tanpa sempat mencari tudung dan berfikir tentang gigi yang belum digosok.. Saya terus lompat dari pintu dan berlari keluar dari rumah sekuat hati dan... #$*$&%  Tak,,. bukan kucing yang kena langgar.. Tapi saya yang jatuh terlentang atas simen basah (malam tadi hujan) depan rumah. Sakit giler!! Benjol besar belakang kepala saya. Mak saya yang dengar saya jatuh cepat-cepat berlari tuam belakang kepala saya. Lama juga baru saya boleh bangun.. Biol + pening.. Tak taulah berapa banyak bintang yang keluar dari kepala..

Nasib baik 2-2 ekor meow2 saya selamat. Abah sempat tekan brek bila tengok saya lari macam orang gila tadi. Alhamdulillah... Lega sangat-sangat saya.. Tak apalah kepala benjol pun janji buah hati saya selamat.. Bibi tu dah la sarat.. kalau mati tadi, tak sempat beranak.. Koko pulak.. Kalau mati.. Tak tau nak cakapla.. Meraung 7hari 7malam agaknya.. Dia kucing ranking 1 sbb saya jaga dia dari baby. Saya yang beri dia susu dan ajar dia kencing berak.. Dia tak ada mak.. Sayalah mak dia.. Sebab tu saya selalu pesan kat dia... "Koko.. Kalau nak mati.. mati jauh2 ya.. Jangan mati depan mata mama.." huhu.. 

Ini Bibi yang tengah sarat mengandung.

Ini Koko buah hati pengarang jantung saya..
Koko yang obses dengan kereta biru saya.. Bila saya drive 90% dia akan duduk atas riba.

Begitulah kisah tragik saya di pagi hari ketika masih mamai dan belum basuh muka.. 

Moral of da stori: 
1- Setiap kali nak masuk kereta, cekla dulu tayar depan belakang.. Pastikan tak ada kucing yang tengah buat taik mata atau sedang duduk bersenang lenang di belakangnya.. 
2- Pastikan lantai bersih daripada air dan gigi telah digosok sebelum memulakan larian..
Hehe.. Peace Yo!






Kisah Lucu Housemate Saya Dan Jersi Arsenal


Assalamualaikum...
Hari ni saya berkongsi cerita tentang housemate saya yang
kelakar.. Baru2 ni dia pergi ke Padang Besar Perlis 
dengan famili dia.Dia ni memang baikhati orangnya. 
Kalau pergi mana2 mesti tak lupa membelikan sesuatu
untuk saya. Paling tidak pun dia akan belikan saya 
keychain @ magnet fridge.

Kali ni sebab pergi ke Padang Besar maka dia pun
berhajatlah nak belikan saya dan boifren dia jersi 
terbaru Arsenal sbb saya dan boipren dia ni 
peminat Gunners.

Maka, sampai di rumah dia pun tunjukkanlah saya
jersi baru tu.. Saya punyalah gembira dapat jersi terbaru 
Gunners..Dah berangan nak upload kat pesbuk dan 
bagi jeles kat abang dan adik2 saya yang juga peminat 
tegar Gunners.Tapi bila saya mengkaji selidik baju tu 
saya agak konfius..
JERSI PSG yang housemate saya belikan utk saya kerana menyangka ianya jersi arsenal.
  Coraknya lain.. Jersi baru arsenal biru berbelang dan
tiada line  merah putih tu.. Tapi betul dah tertulis
 Fly Emirates.. Dah la tu logo Arsenal pun tak ada..
Yang ada logo pelik dan saya tak biasa tengok..
Tp nama PSG tu agak biasa didengar..
Jadi saya pun googlelah cari.. Hahahaaaaaaaaaa...
Rupa2nya itu jersi Kelab France,
Paris Saints German.. Dan penajanya memang sama
dengan Arsenal.. Emirates!Kawan saya dah tertipu!
Dah la tu.. Dia bukan beli satu.. tapi 3!! Untuk saya,
boipren dia dan dia sendiri [wpun dia tak suka bola]

JERSEY PSG yang housemate saya belikan untuk boipren dia. 


Ini jersi sebenar Arsenal.
 Lebih kurang je kan.. Marah betul hosmet saya tu.. 
Dia kata penjual kat Padang Besar tu yang salah sebab 
dia memang tanya jersi Arsenal. Isteri penjual tu yang 
bagi dia jersi ni dan beria-ia kata ni lah jersi baru
Arsenal.. Hosmet saya tu manalah tau pasal bola
n jersi-jersi ni. Dan sah-sah tukang jual tu sama je
tak tau sbb tokey sebenar laki dia dan pada masa 
kejadian dia hilang entah ke mana... Sabo je la!!

Penat kami gelak pasal ni.. Sian hosmet saya tu..
Dia dah pening pikir nak bagi ke tak jersi PSG
tu kat boifren dia. Tapi kalau tak bagi dia nak 
buat apa.. Takkan dia nak pakai 2-2.
Hahaaa... Lucu sungguh bila ingat semula..
Apa2pun saya tetap akan pakai jersi PSG tu
walaupun saya tak pernah sokong kelab dari France
yang dikatakan kaya dan sekarang giat membeli 
pemain2 star.. kalau tak silap Ibrahomic main kat 
kelab ni jugak.. Entahlah.. Saya tak minat kelab france.

Thnx siti sebab ingat dan hadiahkan saya jersi 
yang cantik ni. Jersi ni memang bukan jersi Gunners
tapi ianya jersi yang housemate saya belikan
dengan ingatan tulus ikhlas.. =)
Really appreaciate!! 






Wednesday, September 5, 2012

Cik Engineer Liyana Adnan.. Mari kita hayati kisah ini..


Kisah Imam Abu Hanifah yang menghormati dan memanggil 'GURU' kepada seorang lelaki kafir yang hanya mengajarnya satu ilmu.. Iaitu ilmu bagaimana mengetahui bilakah cukup umur bagi seekor anjing...

Imam Abu Hanifah lahir pada tahun 80 Hijrah (sahabat Nabi masih ada pada masa itu). Imam Abu Hanifah adalah salah satu dari imam kepada 4 mazhab yang besar iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali. 4 mazhab ini berasal dari 1 ‘kepala’ iaitu Imam Abu Hanifah (mazhab Hanafi).

Begini kisahnya.. Seperti biasa pada petang itu orang ramai memenuhi Masjid Kufah bagi mengikuti pengajian ilmu hadith yang disampaikan oleh Imam Abu Hanifah. Sedang beliau mengajar tiba-tiba muncul seorang lelaki dari keturunan Yahudi. Imam Hanafi segera bangun sebagai tanda hormat kepada lelaki itu

“selamat datang datang wahai guruku. Adakah apa-apa yang dapat saya bantu?” tanya Imam Abu Hanifah sambil menunjukkan rasa hormat.

“sebentar tadi saya singgah di kedai kamu bagi membeli sehelai baju. Saya tidak cukup duit mahu membelinya kerana harganya di luar kemampuan saya. Pekerja kamu tidak setuju apabila saya minta diturunkan harganya. Kerana itu saya datang dan mengadu kepada kamu,” jawab lelaki itu.

“selepas habis mengajar nanti saya akan berada di kedai itu. Tuan tunggu saya di sana dan tuan akan mendapat baju itu,” kata Imam Abu Hanifah. Lelaki itu kelihatan gembira lalu beredar dari situ.

“Tuan guru, bukankah lelaki itu berbangsa yahudi? Mengapa tuan begitu hormat kepadanya hingga berdiri menyambut kedatangannya?” tanya salah seorang anak muridnya.

“Dia guru saya kerana itu saya menghormatinya,” jawab Imam Hanafi.

“Apakah tuan pernah berguru dengan lelaki yahudi itu?” tanya seorang lagi dengan rasa kehairanan.

Menurut Imam Hanafi suatu hari dia hendak mengetahui bilakah masa seekor anjing itu cukup umurnya? Kebetulan lelaki yahudi itu banyak memelihara anjing. Lalu beliau bertanyakannya perkara tersebut.

“Lelaki itu memberitahu saya seekor anjing itu cukup umurnya apabila ia sudah kencing berdiri. Sesiapa saja yang mengajar saya walau satu ilmu, dia adalah guru saya. Lelaki itu mengajar saya satu ilmu mengenai anjing kerana itu saya menganggap dia juga salah seorang guru saya,” kata Imam Abu Hanifah.

Selesai mengajar, Imam Abu Hanifah pergi ke kedainya. Dilihatnya lelaki yahudi itu masih berada di situ menunggu kedatangannya. Dengan wajah gembira, dia menunjukkan baju yang hendak dibelinya.

“Saya berkenan dengan baju ini dan mahu memakainya. Tetapi saya tidak cukup duit untuk membelinya,” kata lelaki Yahudi itu lagi.

Imam Abu Hanifah mengambil baju itu lalu menyerahkannya kepada lelaki Yahudi itu sambi berkata, “saya hadiahkan baju ini kepada tuan yang pernah mengajar saya satu ilmu.”

“Saya sendiri sudah lupa apakah ilmu yang pernah saya ajarkan kepada kamu?” tanya lelaki Yahudi itu pula.

“Mengenai bilakah cukup umur bagi seekor anjing. Tuan mengatakan apabila anak anjing itu pandai kencing berdiri. Bagi saya itu adakah satu ilmu dan tuan adalah guru saya walau mengajar satu ilmu,” jawab Imam Abu Hanifah.

“Sekiranya begitu, giliran saya pula berguru dengan kamu. Mulai besok bolehkah saya menyertai orang ramai bagi mendengar ajaran kamu?” tanya lelaki Yahudi itu pula.

“Boleh…,” jawab Imam Abu Hanifah.

“Cuma saya bimbang dimarahi orang ramai kerana belum Islam,” kata lelaki Yahudi itu.

“Saya akan memaklumkan kepada orang ramai mengenai kehadiran kamu. Usah bimbang kerana tiada siapa yang akan mengganggu,” kata Imam Abu Hanifah pula.

Lelaki Yahudi itu gembira dan berjanji akan datang mendengar majlis ilmu yang disampaikan Imam Abu Hanifah. Imam Abu Hanifah juga gembira sambil berdoa kepada Allah semoga lelaki Yahudi itu mendapat hidayah.

Begitu juga dengan Imam Malik yang tidak menganggap Khalifah Harun Al-Rashid sebagai seorang khalifah apabila khalifah datang untuk belajar ilmu hadith (kitab Al-Muwatta’) daripadanya. Beliau hanya menganggap khalifah sebagai anak-anak muridnya seperti yang lain. Beliau hanya menyuruh Khalifah Harun duduk di bawah dan beliau duduk di atas sebagai guru.

Sikap menghormati guru ini sama diamalkan juga oleh Imam Shafie dan Imam Ahmad bin Hanbal.

Di sini menunjukkan kita bahawa mulianya darjat seorang guru. Maka, hormatilah dia seadanya..

#kisah ini saya petik dari sohoque.com..