CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

iNi CeRiTa TeNtaNg WaNa DaN KoNcO2nYa..

Seorang pemegang pen merah dan pen marker yang suka menulis pada waktu lapang [tp sekarang dah lama tak tulis..beku..], suka fotografi, peminat sukan bola sepak [Gunners] dan badminton [Latuk LCW] juga sukakan kartun Spongebob Square Pants (Kiut sungguh makhluk kuning tu), Dragon Ball & One Piece.. Err.. Juga peminat no1 meow2.. makhluk ni lagi comel dari Encik Spongebob.. Tp Prince Arthur lagi hensem dari mereka semua..hehe.. =) Jom.. berkenalan dengan dunia saya yang serba sederhana ni..


Saturday, November 26, 2011

SEBAGAI SEORANG GURU.. Saya Kecewa....

SAYA KECEWA 1
[ Isu Wang Bantuan RM100 Untuk Pelajar ]

Saya baca paper..Rasa kecewa bila duit bantuan RM100 ini dijadikan isu oleh ibu bapa pelajar sehingga merebak kepada kes saman menyaman. Saya tidak tahu situasi sebenarnya mengapa perkara ini boleh jadi seteruk itu. Boleh jadi ia wajar atau sebaliknya. Cerita yang saya baca hanyalah dari sebelah pihak sahaja, jadi kesahihan ceritanya masih boleh dipertikaikan. Kami penjawat awam tidak boleh membuat sebarang pernyataan terhadap media tanpa kebenaran jabatan. Melalui pembacaan saya, penjaga tersebut tidak puas hati kerana duit RM100 yang sepatutnya dia dapat telah dipotong oleh pihak sekolah kerana pelajar itu masih ada berhutang dengan sekolah. Dan cerita itu dipanjangkan dengan beberapa cerita yang kurang sedap didengar mengenai guru besar sekolah itu. Baiklah, kita tamatkan cerita penjaga ini di sini.

Selepas beberapa isu yang keluar di dada-dada surat khabar, kerajaan kemudiannya mengeluarkan kenyataan bahawa duit itu adalah hak pelajar dan ibubapa. Dengan kata lain, harus diserahkan kepada pelajar/ibubapa tak kira walaubagaimanpun! Ya saya setuju itu.. Tapi..

Tapi.. [ Kita tinggalkan tapi itu seketika..]
 Saya teringat ketika minit-minit terakhir mesyuarat guru di sekolah saya ketika Tuan Pengetua mengumumkan tentang pemberian wang bantuan RM100 ini. Ketika itu seorang sahabat saya mengangkat tangan dan bertanya,
"Tuan Pengetua, boleh tak duit RM100 tu kita potong siap-siap bagi pelajar yang masih belum menjelaskan yuran persekolahan dan yuran PIBG tahun ini?"

"Oo... Baik jangan! Saya tak nak perkara ini dijadikan isu! Kita beri saja duit tu sepenuhnya. Lepas tu baru kita maklumkan yang anak dia sebenarnya masih ada hutang yang belum dibayar.." jawab pengetua saya dengan bernas sekali seperti sudah dapat mengagak perkara sebegitu pasti dijadikan isu oleh penjaga.

Jadi kami semua menerima sebulat suara keputusan pengetua kami. Sehinggalah tiba hari yang dijadualkan untuk kami mengagihkan duit tersebut... Hari itu saya ditugaskan membantu seorang rakan saya yang merupakan guru kelas bagi kelas A [bukan nama kelas sebenar =P ] Rakan saya maklumkan kepada saya, beberapa orang pelajarnya masih belum menjelaskan yuran sekolah juga PIBG termasuk Ali [bukan nama sebenar] yang sudah lama tidak hadir ke sekolah. Kami menurut saranan Tuan Pengetua untuk menyerahkan not RM100 kepada penjaga mereka dan memaklumkan mengenai hutang selepas itu. Alhamdulillah. Kesemua penjaga pelajar tersebut dapat menjelaskan hutang yang tertunggak itu malah ada juga penjaga yang terus membayar yuran anaknya sebaik menerima wang tersebut. Sebelum sempat rakan saya tadi bersuara. Itulah yang sepatutnya. Semuanya berjalan kecuali seorang..

Tengah hari itu ayah Ali ada hadir ke sekolah untuk menuntut wang tersebut. Saya dan rakan saya berpandangan. Rungsing memikirkan ayat-ayat terbaik untuk memaklumkan kepada ayah Ali mengenai yuran sekolah dan PIBG yang masih belum dibayar walaupun persekolahan tahun ini akan berakhir beberapa hari saja lagi. Akur dengan nasihat Tuan Pengetua kami menyerahkan not RM100 itu dan memaklumkan mengenai hutang kemudian. Saya lihat dia seperti tidak senang. Dia tahu dia belum menjelaskan yuran persekolahan anaknya sedangkan anaknya telah menggunakan segala kemudahan yang disediakan sekolah sama seperti pelajar lain yang telah membayar yuran dari awal tahun hingga akhir tahun.

Kami faham. Ali mungkin bukan dari keluarga berkemampuan. Tapi saya tetap merasakan ia tak sewajarnya berlaku sebab dia ada tempoh selama 11 bulan untuk membayar kedua-dua yuran tersebut yang jumlahnya tidak pun mencecah seratus ringgit. Kalau dibayar RM10 sebulan juga lebih daripada cukup. Masalahnya ia tidak dibayar langsung. Baiklah mari kita beranggapan baik. Dia tidak mampu membayar sikit-sikit walaupun RM10 sebulan. Kita terima. Jadi, apakah kesalahannya penjaga Ali yang mungkin tidak mampu tadi menggunakan wang RM100 yang dia perolehi tadi untuk membayar segala yuran anaknya? Bukankah ia wajar begitu?

Wajarkah penjaga Ali mengambil wang itu sedangkan dia masih mempunyai hutang dengan pihak sekolah? Mungkin penjaga-penjaga ini tidak faham kenapa yuran-yuran tersebut [yang sepatutnya dijelaskan pada awal persekolahan] perlu dibayar sebelum persekolahan berakhir? Sedarkah dia yang duit-duit itu digunakan ketika menjayakan sukan sekolah anaknya? Yuran itu digunakan untuk menampung kos-kos kelas tambahan yang anaknya hadiri dengan percuma sepanjang tahun? Kos fotostat bahan yang anaknya gunakan dengan percuma? Kos menguruskan program-program sepanjang tahun dan banyak lagilah.. Bayangkan anaknya telah menggunakan semuanya tanpa sekatan, sama seperti pelajar lain yang telah membayar yuran? Di mana keberkatan ilmunya di situ?


Saya memang kecewa bila penjaga Ali akhirnya berkata, "Tak apalah cikgu. Saya ambillah dulu duit ni hari ni. [Hari ini - Rabu] Nanti hari Jumaat [hari terakhir persekolahan] anak saya datang sekolah dia bayar yuran."
Kami hanya mampu tersenyum dan mengangguk. Anak dia datang hari Jumaat ya? Hari akhir persekolahan? Dia sedar atau tidak anaknya sudah berminggu-minggu tidak hadir ke sekolah sehingga ke hari ini. Jadi mungkinkah anaknya akan hadir ke sekolah pada hari Jumaat itu semata-mata kerana nak membayar yuran sekolah??! Tak apa. Kami cuba berfikiran positif. Kami tunggu sehingga hari Jumaat. Ya.. Seperti dijangka. Ali langsung tidak muncul hingga loceng akhir untuk tahun 2011 berbunyi...Kecewa sungguh kami..

PENDAPAT SAYA MENGENAI ISU INI:
1) Pihak sekolah memang tidak boleh memotong wang RM100 itu tanpa persetujuan penjaga walaupun saya rasa itu wajar memandangkan sessi persekolah 2011 telah berada dipenghujungnya. Kenapa? Sebab ia pasti akan dijadikan ISU seperti kata pegetua saya!

2) Penjaga sepatutnya jangan cepat melenting jika pihak sekolah tetap berbuat demikian kerana inilah peluang terbaik untuk anda menjelaskan segala hutang yang tertunggak tanpa mengeluarkan wang sendiri. Dan jika bukan sekarang, bila lagi? Beberapa hari sahaja lagi dari tarikh tersebut persekolahan akan berakhir.

3) Kadang-kadang penjaga terlalu mempercayai anaknya. Percaya 100% bila anaknya kata dah bayar semua yuran sedangkan tidak pernah menunjukkan resit pembayaran. Apa gunalah kami ni nak tipu atau buat-buat cerita.. Kalau dah bayar mesti ada resit! [ Bukan kes di sekolah saya ]

4] Kalau dah berhutang tu..... Bayarlah.... Baru berkat ilmu yang diperolehi..