CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

iNi CeRiTa TeNtaNg WaNa DaN KoNcO2nYa..

Seorang pemegang pen merah dan pen marker yang suka menulis pada waktu lapang [tp sekarang dah lama tak tulis..beku..], suka fotografi, peminat sukan bola sepak [Gunners] dan badminton [Latuk LCW] juga sukakan kartun Spongebob Square Pants (Kiut sungguh makhluk kuning tu), Dragon Ball & One Piece.. Err.. Juga peminat no1 meow2.. makhluk ni lagi comel dari Encik Spongebob.. Tp Prince Arthur lagi hensem dari mereka semua..hehe.. =) Jom.. berkenalan dengan dunia saya yang serba sederhana ni..


Sunday, February 27, 2011

Kashaf Imani

Petang tadi.. Secara tak sengaja saya tertengok satu drama melayu..
Sebenarnya.. Saya jarang sangat menonton drama melayu di tv..
Tak tau lah kenapa.. Mungkin bosan agaknya..
Slot cerekarama yang suatu masa dulu saya tak pernah miss kini.. dah bertahun saya tak tengok. Bagitu juga samarinda atau yang sewaktu dengannya. 
Saya memang hilang minat.. Malah saya ada 'menyenarai hitamkan' beberapa nama pengarah atau penerbit yang saya memang tak sanggup nak lihat hasilnya. 


Saya ada satu sikap buruk.. yang memang buruk dan diakui oleh semua ahli keluarga saya. Iaitu menonton sambil menghalusi dan mengkritik! Paling saya pantang kalau SKRIP/ Dialog yang tak rasional. Atau lebih tepat lagi, dialog skema! Tolonglah.. in real life.. mana ada orang cakap dengan kawan-kawan dia menggunakan ayat skema! Kalau dengan Guru Besar ataupun Cikgu Disiplin logiklah juga. Dah la tu.. bila bercakap boleh pulak ikut turn.. Bila A habis cakap baru B menyampuk dan begitulah seterusnya.. Sangat teratur dan sopan sungguh.. Belum masuk bab berjalan sambil bercakap.. Boleh sama baris je jalannya. Cukup sempurna! Bagus! Tapi saya rasa ia kelakar!


Biasanya saya hanya memerlukan seawal 5 minit pertama untuk membuat keputusan sama ada perlu meneruskan tontonan atau beralih mencari Spongebob di Nick atau terus ke discovery chanel. Apa yang saya cari dalam sesuatu drama sebenarnya? Saya mencari sesuatu yang jujur.. naskhah jujur yang menunjukkan realiti kehidupan sebenar masyarakat yang dipertontonkan dalam naskhah tersebut. 


Contoh: Kalau A adalah pekerja kilang/despatch atau yang sewaktu dengannya, tunjukkanlah rumah yang didiaminya rumah flat/teres/setinggan yang didiami bersama beberapa orang rakan lain. Bukannya rumah semi D/rumah teres 2 tingkat/ apartment  yang didiami seorang diri serta lengkap dengan perabot rumah yang mahal-mahal! Kecualilah jalan ceritanya dia mempunyai sugar daddy. 


Pengalaman saya menonton drama-drama melayu, hampir 80% keadaan rumah yang dipertontonkan memang bersih, kemas, teratur, memang sedap mata memandanglah! Tak kiralah rumah tu rumah usahawan ke, rumah makcik kat kampung ke, rumah GRO ke, rumah students ke, rumah penagih dadah ke.. semuanya terjaga sempurna. Kenapa takut sangat nak tunjukkan keadaan rumah yang agak berselerak, tak teratur.. Pelik sangat ke kalau buat macam tu? Itu realiti kan? Bukan setiap masa dan bukan semua rumah sempurna seperti yang tv selalu tunjukkan pada kita.


Itu belum masuk bab mekap. Mekap yang jelas nampak pipi merah, mata bercontact lense pakej dengan bulu mata palsu lagi! Kalau nak pergi kerja okay.. Kita accept. Tapi kalau dah sampai ke bilik tidur pun macam tu.. Apa ke %%$## nya!! Takut sangat nak tunjukkan realiti sebenar muka perempuan bila duduk di dalam rumah. Berapa persent je perempuan yang bila duduk di rumah masih memakai mekap, rambut berdandan cantik dan pakai baju macam nak pergi melancong? Takut sangat ke tunjukkan perempuan di rumah dengan rambut tak macam direbonding atau membuat rawatan minyak panas? Takut sangat ke nak tunjukkan perempuan di rumah bermuka polos tanpa lipstik atau sekurang2nya mekap yang nampak natural? memasak di dapur tak perlu berblusher, eyeshadow apatah lagi bulu mata palsu!!


Panjang sungguh saya berlipur lara.. Ya.. Itulah saya.. Itulah beberapa perkara yang sentiasa membuatkan saya hangin bila menonton drama/filem melayu. Terlalu sempurna! Saya tak nampak kejujurannya.. Sedangkan dalam filem inggeris juga korea saya bebas melihat segala kekurangan dan ketidaksempurnaan yang dipaparkan kerana ianya memang berlaku dalam realiti kehidupan. 


Oh! Terlupa.. Saya sebenarnya nak cerita tentang drama ulangan tapi baru saya tonton di Astro Ria tadi - Kashaf Imani - lakonan Sh. Amani, Beto Kushairi dan Normah Damanhuri.. [terbitan radiusOne] Walaupun pada awalnya saya menonton sebab saya sukakan Beto dan Amani namun seawal 5 minit saya dapati cerita tu memang best. Ia mempunyai ciri-ciri ketidaksempurnaan yang saya cari-cari selama ni.. Ya. Itulah realiti kehidupan sebenar! Rumah, percakapan, pemakaian dan tingkah laku sangat tepat dengan perwatakan dan jalan cerita. 


Inilah sebab-sebab utama kenapa saya memilih dan menyukai hampir semua karya-karya pengarah seperti arwah Yasmin Ahmad, Mamat Khalid dan Afdlin Shauki.. Pada saya.. mereka ini jujur.. Jujur dalam memaparkan realiti sebenar kehidupan yang kita semua lalui.. Ada seorang lagi perngarah yang saya suka.. Bernard Chauly.. walaupun dia lebih urban tapi saya suka dialog-dialog dalam setiap filemnya.. Bersahaja. 


Tak setuju? Tak apa.. Ini cuma pendapat peribadi saya di mana apa yang saya perkatakan tak semestinya betul dan tidak harus diakui oleh sesiapa.. Setiap manusia mempunyai rasa, minat, pendapat dan pandangan yang berbeza-beza.. Pendapat saya tak semestinya betul dan tidak juga saya mahu anda bersetuju dengan saya.. Okay? World peace!!


P/s: Saya juga sukakan karya Stephen Chow[pengarah filem] dan Bahrudin Bekri [Penulis Novel].. mereka berani memaparkan ketidsempurnaan dalam karya masing-masing2.. =)

2 comments:

Anonymous said...

betul2... saya pun kurang minat cite melayu sebabtu sy lebih suka cite korea, jepun @ cina...

Unknown said...

Bab beto tu saya setuju 😄-cik na MN