CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

iNi CeRiTa TeNtaNg WaNa DaN KoNcO2nYa..

Seorang pemegang pen merah dan pen marker yang suka menulis pada waktu lapang [tp sekarang dah lama tak tulis..beku..], suka fotografi, peminat sukan bola sepak [Gunners] dan badminton [Latuk LCW] juga sukakan kartun Spongebob Square Pants (Kiut sungguh makhluk kuning tu), Dragon Ball & One Piece.. Err.. Juga peminat no1 meow2.. makhluk ni lagi comel dari Encik Spongebob.. Tp Prince Arthur lagi hensem dari mereka semua..hehe.. =) Jom.. berkenalan dengan dunia saya yang serba sederhana ni..


Saturday, November 7, 2009

Bila Orang Pahang ke Pasar Malam..


7 November 2009 (Sabtu)
Agenda: 
Menemani Bondaku tersayang dan rakan2nya 
(Kak Jun, Mak Cho n Makcik Gayah)
ke Pasar Malam Bandar Pusat Jengka..

      Apa anak jati Pahang macam aku ni cari 
di pasar malam ya? hehe.. 


 
IKAN PATIN
Haaa.. Ni dia!! Inilah tempat pertama yg kami akan pegi.. 
cari IKAN PATIN!
Fresh dari ladang..er..bukan..dari sangkar sungai pahang..
Patin sungai original mahal..
susah pun nak dapat..kalau balik kg kat Pekan bolehla cari..


Makanan feveret aku sekeluarga..
dan.. biasanya.. hayat ikan patin tu akan berakhir begini..
dimasak bersama tempoyak dan lada kecik yg cukup kaw tahap kepedasannya..
nak sedap lagi dimasak bersama timun masak(yg warna oren tu..)
juga daun kesum dan bunga kantan.. fuhh..sedap smpai menjilat kuku..


Terkenang memori silam bersama Tokki..
Tengok ikan2 sungai ni.. Teringat pada arwah Tokki aku.. 
Dulu masa aku kecik2 selalu dpt 
mkn ikan sungai yang arwah tangkap kat sungai Pahang. 
Selalu tunggu depan pintu Tokki balik dari 
menjala dari sungai dgn basikal tua dia.. 
biasanya besar2 ikan arwah dapat..
kalau dapat banyak, Tokki akan jual sebahagian kat kedai..
banyak jugak dapat duit..ikan sungai mahal..
Memang seronok setiap kali dapat balik kg kat Pekan Pahang..
Tapi sekarang Tokki dah tak ada..dan tak merasa lg nak 
makan ikan sungai besar2 n free..=(
 

ikan keli..
ni  satu lagi ikan feveret aku.. ikan keli goreng sambal! pergh!
sedap giler..
tapi ikan ni jarang dpt masuk rumah aku..sbb mak n abah tak suka..
hairan..mak dan abah anak jati Kg Pulau Manis,
Pekan yang letaknya berhampiransungai Pahang..
semua ikan sungai diorang makan kecuali ikan keli..
aku tak tau kenapa.. mesti ada sebab..
tapi diorang tak nak bagitau aku..
biarlah.. apa2pun aku n adik-beradik lain ttp suka..
(kecuali abg iparku dr bandar tu..hehe)

 
PETAI
 
mak aku sedang membeli petai..tapi kali ni dia beli sikit je..
kalau bapak aku yang beli..haa..macam yang kat atas tu la dia beli..
lepas tu mak buat jeruk.. dapat petai ni..
mak dan abah tak pandang benda lain dah..
tapi aku pulak yang tak suka.. adik-beradik lain pun tak suka..
cuba makan..tp tak dapat cari kenikmatannya..so..fullstop..tak makan lagi..



JERING 
ini pun kegemaran mak dan abah..buat ulam..
kami adik beradik tak makan kalau buat ulam..
tapi kalau goreng sambal dgn ikan bilis..
baru makan..sedap...kruk krak2 bunyinya bila digigit..rangup..
dulu belakang rumah ada pokok jering. besar!
time berbuah abah akan kait banyak2..
lepas tu rebus dalam periuk besar (taraf nak buat kenduri)
campur dgn bermacam2 ramuan lain yang sebahgiannya pelik2..
dan susah dicari..masak selama berjam2..rasanya lebih 6jam..
lamaaa..masa masak tu..memang macam pesta..
abah rebus pun kalau semua anak2 dia balik kg..lepas masak, 
kami akan bergotong-royonghantar jering rebus keliling rumah 
bagi jiran2 merasa..semua akan terima dgn tersenyum lebar.
ye la..bukan senang nak masak jering rebus ni..rumit! 
sebab tu abah masak banyak2..
jering rebus ni, mesti dimakan dengan kelapa (yg telah dimesin) 
campur dengan sedikit garam dan gula..sedappp.. tak caya cubalah rasa..
nak sedap lagi, tumbuk sikit jering tu dalam lesung batu.. bagi dia leper..
lepas tu, letak kelapa kat bhagian atas..dan masukkan ke dalam mulut..
nikmat tidak terkira..=)
tapi.. itu dulu.. sblm pokok jering tu ditebang..sekarang..
dah berbelas tahun kami tak makan jering rebus..
tiada lagi kemeriahan merebus jering..=(




UBI KELEDEK
 Gambar Hiasan.. Tiada cerita di sebaliknya..
tidak berkaitan sama ada dengan yang mati atau yang masih hidup..=)


PAKCIK JUAL UBAT (pakcik berkopiah putih)
juga gambar hiasan..fenomena biasa di pasar malam..
gambar dari jauh..
nak snap dari depan takut dia ingataku admire kat dia pulak..=P


 
BONDAKU..(wanita bertudung hitam..)
inilah wajah bondaku yang kepenatan..walaupun barang2 yang berat
aku tolong bawakan..hehe..
perempuan di belakang yang tersenyum tu..kawan baik bondaku..
Mak Cho..



Kuih Akok
Kuih feveret abah.. Buah tangan untuk abah yang tinggal kat rumah..
Kalau nampak kuih ni..mesti teringat kat abah..
dan mesti beli untuk abah..
luv u abah..mmmuahhh!

 
Kesian BoiprenBiruku (BB).. Lama menanti..
Dah nak maghrib.. Kami pulang dulu.. Bubbyee...


















 


1 comment:

peace_bbj88 said...

wakaka..kak wana PMBP pon masok blog...huhuhu popular nie....nnti kalau datang lagik gtau ek..ley kiter juper...