Hahahaaa...
Sebelum cerita.. saya gelak dulu..
Hahahaaa..
Saya sambung gelak lagi..
Ok.. Dah boleh berhenti gelak..
Ini cover buku Detektif Bertudung Hitam yang
saya baru habis baca..
Karya penulis kesukaan saya, En Bahrudin Bekri..
Saya mula suka dengan karya2 beliau sejak membaca novel
Doa Untuk Aku
Sebenarnya pada mulanya.. Saya tertarik nak beli buku ni..
Penyiasat Masjid.. Tapi setelah mengetahui buku ni adalah sekuel
daripada buku "Detektif Bertudung Hitam" jadi saya beli dua-dua.
Ceritanya mengenai Zahra yang suka bertudung hitam mendapat
kerja sebagai kerani di sebuah syarikat penyiasat persendirian, "Siasat-Siasat Sdn. Bhd."
Disebabkan syarikat ni hanya ada 3 orang pekerja, maka tak pasal-pasal si Zahra ni kena jadi penyiasat jugak..
Macam mana dia nak jadi penyiasat sedangkan dia sangat pemalu?
Hahaaa.. Saya gelak dulu.. Nasib baik Zahra dah pergi mendaftar ke kelas Teknik Menghilangkan Malu dari Ponorogo.
[Orang Ponorogo Indonesia sendiri tidak tahu tentang teknik ini.
Jadi jangan tanya mereka =) ini hanya rekaan Cikgu Roslan Ana shj]
Di sini dia bertemu dengan rakan2 pemalu yang senasib dengannya iaitu:
Jazzabel - [pemalu tetapi mahu memasuki
pertandingan menyanyi], Kamarul [pemalu tetapi ingin menjadi mat rempit yang berjaya], Hamidon [malu bila bertemu perempuan], Zamri [malu berjari tujuh dan mahu menjadi ahli silap mata] dan Nico [lelaki peramah berambut afro dari indonesia yang tersilap masuk kelas]
Kisah bermula apabila Zahra perlu menyiasat di Kampung Victoria Nabawan mengenai kes pembunuhan Tan Sri Azman. Oleh kerana rakan-rakan pemalunya yang lain masih menganggur, maka mereka sentiasa menemani Zahra menjalankan siasatan mereka..
Kelakar.. 5 orang pemalu [kecuali Nico] menjadi detektif..=)
Di sana mereka bertemu dengan Dukun Mazidol yang suka menonton cerita kartun, Nek Kamisah yang masih muda penjual emas cotek, Pawang Sinclair yang suka bergaya tak kena tempat, Latip Karni yang misteri dan obses dengan warna merah bomba.
Seterusnya? Haha.. Anda kena baca sendiri.. Banyak lagi kisah menarik di dalamnya.. Kisah En Zabidi dan teman imaginasinya Karim Kangaroo, suara misteri yang sentiasa mengganggu Zahra di pintu pejabat, kisah Nico yang boleh menyimpan handphone dan sikat di dalam rambut afronya, serta banyak lagi kisah-kisah lucu dan menarik untuk di baca..
Okay.. Sekarang saya nak sambung baca buku kedua, Penyiasat Masjid.. Tak sabar nak bertemu dengan Tuan Crocodile Hunter, Astakona Harum Berlima, Madhuri, L.Jalil, Aliff Hiroshi, Husaini Senin dan ramai lagi..
Hehe.. Bermulalah episod saya akan gelak dan gelak dan gelak..
Bye... world peace!!
2 comments:
salam...saya da baca buku detektif bertudung hitam my roomate punyer..best ler..byk yg x logik tp sy suka.coz ley wat saya asyk berfikir je..cr mksd tersirat..hahaha..de ms free nk bc bk pngkhianat masjid lak..bestla..ada unsur motivasi..
betul3!!
karya EN Bahruddin Bekri memng unik.. lain dari yg lain.. wpun lawak tapi ada byk pengajaran..
Post a Comment