CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

iNi CeRiTa TeNtaNg WaNa DaN KoNcO2nYa..

Seorang pemegang pen merah dan pen marker yang suka menulis pada waktu lapang [tp sekarang dah lama tak tulis..beku..], suka fotografi, peminat sukan bola sepak [Gunners] dan badminton [Latuk LCW] juga sukakan kartun Spongebob Square Pants (Kiut sungguh makhluk kuning tu), Dragon Ball & One Piece.. Err.. Juga peminat no1 meow2.. makhluk ni lagi comel dari Encik Spongebob.. Tp Prince Arthur lagi hensem dari mereka semua..hehe.. =) Jom.. berkenalan dengan dunia saya yang serba sederhana ni..


Sunday, October 18, 2009




JOM TENGOK PAPADOM BY AFDLIN SHAUKI

Sebelum saya mengulas mengenai filem PAPADOM ni.. elok kita review dulu komen2 peminat yg saya copy dari Muka Buku Afdlin..

Carl Yuza
Bro.. so far malaysian love this movie N 100% leh g jauh citer ni.. pekate lu bwk movie ni 2 next level.. perhaps around the world.. Y not lu bwk masok diz movie 2 every single continents... I'allah they will fall in love with PAPADOM..
Helmy Yusop
correction..this Filem already won FFM 22 for best film, best actor (chief Kodok), best actress (Liyana Jasmay), best original story, best original score..padan la best..da menang award byk rupenye.. (still pelik citer tak tayang agi da mng award)..pape pon, this movie rawk~!
October 13 at 1:46pm · Report
Hazni Salwa
tak rugi aku ponteng kerja sebab gie tengok papadom....memang best giler....cayalah....gelak macam panggung aku yang punya..hhahahahah
Abdullahalim Amirul Afzal
wawawawwa syok gila ....kau dah buat aku gelak ...tak rugi pelaburan yg telah kau buat ...balik modal..bro ..sekali tak cukup nak tgk lagi .....semua filem kamu aku dah buat simpanan...nak tunggu DVD ...sempoi..syok tgk last part...wajib tayang buat muka stem .....nak tahu sambungannya ...gi lah tengok sendiri baru tahu...hahahahha
 Suraya Mohd
bini die jg subjek ak..time pakai stokin belang2 tebuan kat pdg rugby,tgk wayang pakai cam puteri,tukang kebun,cheerleader...hahahaha..aflin mmg sempoiii..byk benda nk diketengahkan..i likeeeee....
Mohd Hafiz Ahmad
papaDom mmg BEst SangaT2 mmG layak dapaT anugRah Ari ut la Bro...
" TahNiah TAhnian TaHNIah KeEp ON Do The BEst Movie "
Sy MEsti g waYG PunyerR laH...
Razilawati Razak
two thumbs up for Papadom and bro afdlin..i'm going to watch papadom for the 2nd time this coming wednesday...really love this movie...go afdlin go..martabatkanlah filem melayu kita...
Muhamad Ajmal Mohamad
baru je balik tgk papadom!!bapak best giler la wei!!bab kelakar+sedih pun ada.masuk lak tu.afdlin,u mmg genius!!mmg boleh jadi P.Ramlee No. 2!!GOOD JOB!

ITULAH beberapa comments drp beratus2 penonton yang membuat ulasan tentang filem terbaru Afdlin..PAPADOM..Rata2nya memuji dan amat berpuas hati dgn hasil karya Afdlin..

Aku? Apa pendapat aku?
Hmmm.. overall.. Papadom menghiburkan.. sebenarnya aku ni minat gila2 dgn Afdlin.. sama macam aku minat karya2 arwah Yasmin Ahmad, Mamat Khalid, Kabir Bhatia & Bernard Chauly.. Pada aku karya2 mereka ini berbeza, unik, original dan sangat jujur.. bukan seperti filem2 beberapa org pengarah yg bolehlah dikatakan sangat klise dan tidak berpegang kepada realiti sebenar kehidupan.. Di mana beberapa org pengarah ini ada yg aku banned terus drp menonton filem2 mereka.. kerana aku tahu..kalau aku teruskan jua menonton maka.. alamatnya.. mulut aku takkan henti2 mengomel itu dan ini yg tidak kena dgn seleraku..

Afdlin jatuh no2 slps arwah Yasmin sebagai pengarah pilihan aku.. aku suka karya2 Afdlin sebab biasanya beliau akan cuba membuat sesuatu yg baru.idea yg .fresh.. yg belum pernah dibuat mana2 pengarah.. malah tidak terfikir di fikiran pengarah2 lain.. the best words for him are 'out of the box'!

Mendengar saja tajuknya 'PAPADOM'.. cukup utk membuatkan aku ketawa panjang.. konfirm menarik! begitu juga setelah menonton iklan PAPADOM.. mmg lucu dan sgt mengujakan.. Aku menaruh harapan yg sgt tinngi utk filem ini.. aku pasti aku akan menyukainya sama saperti aku sukakan BULI dan BAIK PUNYA CILOK..(sumolah..kurang sikit)..

Pada saat2 terawal tayangan saja sudah cukup utk membuatkan aku tergelak sampai sakit perut.. aksi Afdlin yg berperut boroi dan Nur Khairiah yg boyot mengandung 9 bulan berdiri tegak menyanyikan lagu Negaraku di hadapan gerai mereka, kelihatan sgt lucu.. hohoho~ kini aku semakin pasti..minit2 seterusnya pasti lebih menarik dan kelakar..

Segalanya berjalan lancar dan menarik sehingga ke babak nur khairiah meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya setelah bergaduh dgn Afdlin (suaminya) di dalam telefon. Juga masih menarik menonton babak2 Afdlin cuba membesarkan anak perempuannya (Mia) dgn penuh kasih sayang, bagai menatang minyak yang penuh..

Namun..aku tak pasti.. kenapa selepas itu aku merasakan jln cerita berlalu dgn agak perlahan dan membuatkan aku sedikit boring.. sejak Mia melangkah masuk ke UiTM Shah Alam.. minat aku menonton semakin mengurang.. i don't know why?? but i do.. mungkin sebab ada beberapa babak yg aku rasakan kurang relevan dan tidak berpijak di bumi nyata..(sekadar pandangan peribadi penulis..masing2 mempunyai sudut pandangan masing2..)

Walaupun bergitu.. Elemen komedi Afdlin setakat ini tak pernah mengecewakan.. sentiasa segar dan superb!! setiap kali diselitkan elemen komedi aku pasti akan ketawa besar.. aku sgt suka komedi Afdlin.. bab ni.. aku mmg sgt berpuas hati..5 stars!

Secara keseluruhannya..Filem ini tidaklah mengecewakan.. dan wajar ditonton oleh semua golongan masyarakat.. Filem yg memperlihatkan bagaimana seorang bapa bersusah payah membesarkan anak perempuannya secara sendirian sehingga sanggup melupakan terus keseronokan utk dirinya sendiri.. itulah pengorbanan seorang bapa kpd anaknya..

 Bukan ingin mengatakn filem Afdlin kali ini kurang menyengat, cuma mungkin kerana aku telah meletakkan harapan yg terlalu tinggi agaknya.. Aku mungkin patut belajar utk tidak meletakkan harapan terlalu tinggi lagi seblm menonton mana2 filem.. Walaubagaimana pun ..apa yg kita patut tau..filem ni telah memenangi banyak anugerah pada FFM yg terbaru ini..malah telah diumumkan sebagai Filem Terbaik tahun ini! Satu penghargaan yang besar dan amat bermakna.. Tahniah Afdlin n team! Tetap mahu menjadi peminat anda no1..


2 comments:

WaNa Joyz a.k.a WaNa aMaNi said...

3.5 stars..

fndrocka said...

ramli kate turun tangan...ramli ramli ramli...dia jabatan lain