CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

iNi CeRiTa TeNtaNg WaNa DaN KoNcO2nYa..

Seorang pemegang pen merah dan pen marker yang suka menulis pada waktu lapang [tp sekarang dah lama tak tulis..beku..], suka fotografi, peminat sukan bola sepak [Gunners] dan badminton [Latuk LCW] juga sukakan kartun Spongebob Square Pants (Kiut sungguh makhluk kuning tu), Dragon Ball & One Piece.. Err.. Juga peminat no1 meow2.. makhluk ni lagi comel dari Encik Spongebob.. Tp Prince Arthur lagi hensem dari mereka semua..hehe.. =) Jom.. berkenalan dengan dunia saya yang serba sederhana ni..


Thursday, November 5, 2009

Aku Yg DiGoda MLM Hai O..


          
   Pernah tak tengok iklan Hai O, Bio Aura kat tv? mesti pernah kan.. malah mungkin ada yg dah termuntah hijau tengok iklan jutawan2 melayu beraksi disamping kereta dan rumah mewah mereka.. mmg mengujakan.. sampaikan ada satu versi iklan tu pakcik tu cakap, kolam ikan saya juga menggunakan Bio Aura.. (lebih kurang begitula bunyinya) Hohoho ~.. memang ganas.. ikan pun gunakan Bio Aura.. Memang manusia yang tak ada Bio Aura kat rumah patut malu kat ikan pakcik tu.. aku beri 5bintang pada iklan itu kerana berjaya menggeletek tali perut aku ssmpai hampir nak terkeluar air mata.. huhuhu  ~ ~.(bukan senang nak buat aku gelak mcm tu sekali)

    Sebenarnya tadi aku baru dipromote ttg produk ni.. Dia bukan nak suruh aku beli tapi nak ajak aku join atau dlm erti kata yang lainnya.. jadi 'kaki' dia.. walaupun dah berkali2 aku kata TAK NAK kepada merokok.. eh..silap..tak nak kpd MLM! tp dia ttp tak berputus asa.. dia tanya bila aku free? aku kata aku tak free.. xtvt penuh..balik sek, pastu kelas tmbhn, pastu pegi jogging.. tp dia ttp juga cuba menyelit2 dlm jadual waktuku yg ketat itu.. dgn kata2.. 15min je..akhrnya aku mengalah..(teringat kata2 vince juara akedemi fantasia1.."semua pemenang.. tiada pekalah"..hahaha..) jadi aku pun menunggu dgn hati yg berdebar2 dan berdoa agar aku tidak terpengaruh dgn melihat kereta dan rumah2 besar yg bakal ditunjukkan pd aku nnt..

     Akhirnya setelah 15min campur satu jam.. maka..kawanku itu pun balikla.. huh.. aku menarik nafas lega walaupun xtvt jogging ku termiss petang itu.. Aku terfikir.. inilah pengorbanan yg perlu aku lakukan jika aku berminat nak sertai program ni..aku perlu selalu jumpa orang.. perlu pandai memujuk wpun muka org yg ku cuba pujuk itu dah terkebil2 semacam.. perlu mengorbankan waktu rehatku di waktu petang.. perlu mengorbankan byk masa.. perlu menebalkan muka pergi ke rumah rakan2 yg mungkin rasa terganggu dgn kehadiranku.. malangnya.. aku bukan org macam tu.. aku tak segagah tu.. aku tak punya semangat setinggi itu.. aku tak seslamber itu.. Aku bukan tak percaya menyertai Bio Aura boleh menjadi jutawan, cuma aku tak yakin aku boleh buat macam yg mereka buat.. tabik spring kat jutawan2 tu..

     Jadi..jalan terbaik.. aku tak mahu melibatkan diri.. banyak benda yg aku tak sanggup nak buat.. termasuklah buat loan bank sbyk RM31ribu utk modal permulaan..huh..byk tu..boleh buat pegi haji 2,3 kali.. biarlah org nak kata aku ni tak de ciri2 usahawan..tak berani sahut cabaran..tak bersemangat waja.. biarlah.. hanya aku yg tahu siapa aku..biarlah aku terjun dengan labu ku.. yang penting aku bahagia.... =)

nota kuku: tahniah utk cik wana kerana berjaya mengekalkan pendiriannya sejak dulu iaitu SAY NO to any   MLM n cigarrate! Muktamad! Full Stop!
  

1 comment:

gina said...

mmg lawak iklan bio aura tu..aku pun pecah perut gelak..mmg kita patut malu dgn ikan pakcik tu yg mampu guna bio aura..huhu