CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

iNi CeRiTa TeNtaNg WaNa DaN KoNcO2nYa..

Seorang pemegang pen merah dan pen marker yang suka menulis pada waktu lapang [tp sekarang dah lama tak tulis..beku..], suka fotografi, peminat sukan bola sepak [Gunners] dan badminton [Latuk LCW] juga sukakan kartun Spongebob Square Pants (Kiut sungguh makhluk kuning tu), Dragon Ball & One Piece.. Err.. Juga peminat no1 meow2.. makhluk ni lagi comel dari Encik Spongebob.. Tp Prince Arthur lagi hensem dari mereka semua..hehe.. =) Jom.. berkenalan dengan dunia saya yang serba sederhana ni..


Tuesday, January 25, 2011

SELAMAT PAGI CIKGU =)


"Selamat pagi cikgu,"
"Assalamualaikum cikgu,"
"Good morning, teacher,"


What a simple words.. ringkas, mudah dan hanya memerlukan beberapa saat sahaja untuk diungkapkan.. Tapi.. Pelajar-pelajar ni, mereka sedar tak? Hanya dengan mengucapkan kata-kata yang semudah itu, dia sebenarnya telah membuatkan cikgu-cikgunya berasa gembira, rasa dihargai dan disanjungi.

Tak! Saya tak rasa mereka fikir begitu. Sebab tu dalam beribu pelajar di sekolah saya, rasanya tak sampai separuh pun yang akan memberi salam kepada guru setiap kali bertemu muka. Sayangnya.. Mereka tak sedar hakikat menyapa guru dengan memberi salam itu memberi makna yang besar kepada guru.

Sebagai seorang guru.. Kami bukan mahu disanjung bagai wira. Bukan mahu diberi hadiah wang ringgit atau hadiah yang mahal-mahal.. Tak.. Kami tak minta semua tu.. [Tp kalau ada murid yang nak beri hadiah masa hari guru, kami terima je..rezeki jangan ditolak.. hehe..] Sebenarnya.. cukuplah hanya dengan sebuah ucapan ringkas "Assalamualaikum cikgu,".. Ya.. Itu sudah cukup untuk buat saya tersenyum dah bersemangat untuk masuk ke kelas dan memulakan pengajaran..

Sayangnya perkara semudah ini dipandang remeh pelajar-pelajar. Dirasakan tak penting. Sedangkan apa yang mereka pandang remeh itu sebenarnya memberi makna mendalam untuk saya. Bertemu dan memberi salam. Mudah. Sangat mudah. Mereka kemudian boleh berlalu dengan langsung tidak memikirkan tentang hal itu. Tapi saya tidak.. Saya akan meneruskan perjalanan dengan rasa gembira dan hati yang berbunga riang.

Begitu jugalah halnya dengan sebilangan pelajar-pelajar berbangsa cina di sekolah saya yang kadangkala tidak memberi salam sebaliknya hanya menundukkan sedikit kepala apabila bertemu guru. It's enough! Itu pun sudah cukup untuk buat saya rasa dihargai. Nothing much. Hanya tunduk sedikit dan berlalu pergi. Dan saya gembira. Sedikit perkara yang dilakukan mereka, tapi saya menerimanya seperti seolah-olah mendapat hadiah sejambak bunga..

Sayangnya... Mereka tak tahu harga sebenar sebuah ucapan salam..

Thursday, January 20, 2011

Saya, sekolah rendah & sekolah menengah..

Semalam, waktu duduk saja-saja kat rumah, tiba-tiba saya teringat kisah silam saya sewaktu di sekolah rendah dulu [Sekolah Kebangsaan Tekam Utara].. Tiba-tiba saya tergelak sorang-sorang.. Rasa macam kelakar pulak bila ingat balik. Masa tu saya saya baik sangat.. Saya patuh cakap cikgu. Cikgu kata A pendek sebelah, saya buat A pendek sebelah, cikgu kata B besar sebelah, saya buat B besar sebelah.. baik sungguh saya..huhu.. =P
Saya jadi pengawas sekolah.. Memang pengawas yang dedikasi dan 'berkakilebar'lah boleh dikatakan. Sampaikan kawan-kawan sepermainan saya kat rumah pun takde 'excuse' kalau kena tangkap dengan saya. Teruk betul kan saya? Gila kuasa sungguh![Bila dah besar ni, rasa nak tempeleng je saya yang mengada masa kecik dulu] Mesti ramai kawan-kawan yang 'hangin' dengan saya masa tu.
Selain baik dan berdedikasi, saya juga merupakan seorang pelajar yang pandai. [Hehe.. bunyi macam riaklah pulak..tp jangan bimbang..awal-baik cerita ni je saya baik, tengoklah nanti.=)] Tiap-tiap tahun saya wajib naik pentas ambik hadiah. Saya tak perlu tempah tiket online untuk mendapatkan tempat kedua, sebab cikgu memang dah bookingkan awal-awal lagi untuk saya sampai darjah 6. Saya tak pernah dicabar sesiapa untuk kekal di tempat kedua tiap-tiap tahun. [Jangan tanya saya siapa yang dpt tempat pertama.. saya tak nak cerita sbb.. sebab dialah sya kempunan nak ambik hadiah tempat pertama sampai tamat sekolah rendah. dia tak kasi saya can langsung!]
Setakat ni semua nampak baik-baik je kan.. Tapi betul ke macam tu? Hmm.. Sebenarnya kehidupan saya sebagai pelajar waktu sekolah rendah sangat membosankan! Tak colourful langsung. Saya tak bersukan, saya tak main bola jaring, saya tak masuk lumba lari, saya hanya tahu belajar je. Memang bosan! Saya tak ada kawan-kawan yang happening. Kawan-kawan baik saya semua macam saya. Baik-baik je a.k.a skema! Saya juga selalu kena buli. Saya dapat macam-macam gelaran masa sekolah rendah dulu. Budak laki masa sekolah rendah dulu memang teruk!

Tuesday, December 14, 2010

Oh!! Banyaknya sawang! Habuk! Sarang Labah-Labah Pun Ada?!!


Sekejap..Sekejap..
Sebelum saya nak mula menulis..
Biar saya vacuum dulu blog ni..
Dah teruk sangat rupanya..
Dah berhabuk, bersawang bagai..
Siap ada anai2 dan labah2 lagi..
Ish.. Ish.. Ish.. Nasib baik hidup lagi..=P
Al maklumla.. Dah dekat setahun tak diselenggara..
Uhuk..uhuk.. huh.. tak tahan habuk.. resdung!


Ok.. dah setel.. dah bersih! wink* wink*


so.. bolehlah saya mula menulis di blog ni kembali.
Sebenarnya mmg dah rindu sgt kat blog ni..
Dan kwnku "Dijah Said" pun dah berbunyi..
Maka..InsyaAllah.. sy akan rajin2kan tangan
utk kembali menulis sempena menyambut
thn baru yg bakal menjelang tiba beberapa je lagi..

Selamat Berhujung Tahun!!

Wednesday, December 9, 2009

~~... Hmmm.. Hmmmm....~~


Hmm... Nak menulis..
ttg banyak perkara..
*pengalaman berharga di pesta buku Alaf
*kenduri aqiqah anak buah

*debaran exam SPM Reka Cipta

*pengalaman menarik jd pengawas SPM di SMK Damak

huh..byk,, tapi satu pun tak berjaya ditulis..


walaupun telah meletakkan gambar Remy Ishak a.k.a Adam (saksi cinta)..
sebagai sumber inspirasi..tapi masih tak de idea..
kenapa ni..  mesti fikiran tak berapa tenang ni..
biasanya perkara mcm ni berlaku bila masih ada kerja yg masih belum setel..
keje apa ya??

opppsss.. ya lah.. Majalah Sekolah belum siap lagi..
Hari Isnin ni dah nak kena hantar cetak..
ok..ok.. nak pergi siapkan dulu..


post2 baru akan menyusul tak lama lagi..
setelah siap majalah sekolah..
tak sabar nak kongsi pengalaman jadi penulis jemputan
di pesta buku alaf..
pengalaman yg tak mungkin dpt dilupakan..


chow..
wassalam..







Wednesday, December 2, 2009

SAKSI CINTA TOP 4 best seller local book MPH!! Week Ending 15/11/2009






1. Yang Sebenarnya ~ Aisya Sofea ~ Alaf 21
2. Cinta Kau dan Aku ~ Siti Rosmizah ~ Buku Prima
3. Pelangi ~ Syud, Hlovate, Noor Suraya ~ Jemari Seni
4. SAKSI CINTA ~ WaNa aMaNi ~ Alaf 21
5. Aku Bukan Billy Milligan ~ Norhayati Berahim ~ NB
6. Rooftop Rant ~ Hlovate ~ Jemari Seni
7. Menunggu Cinta Tuhan ~ Lily Haslina Nasir ~ PTS Litera
8. aA + bB ~ Hlovate ~ Jemari Seni
9. Siapakah Dihatiku ~ Adilla Tasya ~ Kaki Novel
10. Bila Ada Rindu ~ Emma Maizura ~ Alaf 21

Monday, November 23, 2009

JoM LePaK BeRSaMa CheF TaK BerTauLiah WaNa n AsMaH..

Episod 1: The Making Of Blueberry Muffin Man..






Jom berkenalan dgn BAHAN-BAHANnya:
1) Tepung Muffin Mix (vanilla) 1kg
2) 7 1/2 biji telur Gred A (370g)
3) Minyak Jagung 370g
4) 280g air (atau diganti dgn susu penuh krim)
5) Blueberry Pie Filling 250g


Macam mana nak buat ya?? Hehe.. Memang mudah.. adik kita sekolah darjah 2 pun boleh buat.. =)

1) Campurkan bahan no 1-4 dalam mixer.. dan tekan butang on..putarla agak2 sampai kembang..dan adunan anda jadi melekat2..




 2) Susun cup cake atas tray pembakar..mengikut kreativiti anda..(perlu kreativiti ke susun cup cake? sukahatila..)
















nota kuku: cup cake ni tak cantik bentuknya sbb beli yg murah..cap ayam je..
kalau nak cantik, beli yg mahal dan keras ya..

3) Bubuh adunan yg telah pekat tadi ke dalam cup cake utk lapisan pertama (separuh je dulu) ..(jangan bubuh dalam dulang pulak ya..)


 4) Lepastu letak sedikit blueberry ke atas lapisan adunan yg pertama tadi..


5) Lepastu pulak.. tutup blueberry tadi dgn adunan tepung tadi kat atas lapisan blueberry..

nota kuku: agak2 la letak tu..jgn penuh sgt nnt melimpah2 muffin man
keluar dr cup ms dibakar..(mcm yg berlaku utk cubaan pertama ku..)hehe..

6) Lepas tu nak buat apa? Buat apa lagi.. Bakarla.. masukkan ke dlm oven dgn suhu kepanasan 180degree selama 20 minit.


nota kuku: jgn letak mcm yg aku letak ni ya.,.bawah sgt..akibatnya
bhgian bwh hitam, bahgian atas belum msk..letak tengah2 ya..

 Tengok.. dia mula mengembang.. suka..suka..=)
tapi byk sgt letak..dah melimpah..
susun rapat sgt pulak tu..hehe..

7) Wah.,..akhirnya.. after 20minutes.. Muffin man ku dah masak!! Berjaya juga wana n asmah buat muffin yg sgt senang buat pertama kalinya dlm hidup.. hehe.. teruk tul..dah tua2 baru nak blajar buat muffin..huhu..






EPISOD 2: KEK PELANGI DAN PANDAN CARA KAMPUNG..

BAHAN2NYA:


Memperkenalkan..
inilah cawan yg menjadi sukatan ku..~huhu~

1) 2 cawan marjerin
2) 1 1/2 cawan gula (mcm dlm gambar..tak payah blend)
3) 6 biji telur
4) 3 cawan tepung naik sendiri
5) Suku sudu teh esen vanilla
6) Pewarna merah (atau apa2 warna kesukaan anda)
7) Serbuk Coklat (atau apa2 perisa kegemaran anda)
8) Beberapa helai daun pandan. (dipotong, kisar dan tapis airnya)
 





Cara2nya:
1) Masukkan marjerin dan gula ke dlm mixer.. Putar sehingga putih.
2) Masukkan pula 6 biji telur sebiji demi sebiji sehingga kembang.
3) Masukkan tepung dan putar lagi beberapa minit.
4) Campurkan sedikit essen vanilla.Putar sikit lagi supaya rata.
5) Bahgikan kepada 3 bahagian
    - i) adunan asal
    - ii) adunan yg dicampur pewarna merah
    - iii) adunan yg dicampur coklat


nota kuku: letak 3 adunan berlainan tadi secara berselang-seli
sedikit demi sedikit di atas adunan sebelumnya sehingga the end..

6) Untuk kek pandan.. ulang langkah 1-4.. kemudian campur pati pandan ke dlm adunan.. itu saja.. senang.. tak payah nak bahagi2 kepada 3 bhgn.. lum sum je..=)




siap untuk dibakar dengan kepanasan 180 darjah celcius..
selama 40 - 50 minit..



 

Dah siap... Inilah hasilnya air tangan cik wana n cik asmah dalam pembikinan
muffin man, kek pelangi anganku dan kek pulau pandan jauh ketengah..
JOM MAKAN! YUMMY!

~THE END~

Saturday, November 7, 2009

Bila Orang Pahang ke Pasar Malam..

7 November 2009 (Sabtu)
Agenda: 
Menemani Bondaku tersayang dan rakan2nya 
(Kak Jun, Mak Cho n Makcik Gayah)
ke Pasar Malam Bandar Pusat Jengka..

      Apa anak jati Pahang macam aku ni cari 
di pasar malam ya? hehe.. 

 
IKAN PATIN
Haaa.. Ni dia!! Inilah tempat pertama yg kami akan pegi.. 
cari IKAN PATIN!
Fresh dari ladang..er..bukan..dari sangkar sungai pahang..
Patin sungai original mahal..
susah pun nak dapat..kalau balik kg kat Pekan bolehla cari..

Makanan feveret aku sekeluarga..
dan.. biasanya.. hayat ikan patin tu akan berakhir begini..
dimasak bersama tempoyak dan lada kecik yg cukup kaw tahap kepedasannya..
nak sedap lagi dimasak bersama timun masak(yg warna oren tu..)
juga daun kesum dan bunga kantan.. fuhh..sedap smpai menjilat kuku..

Terkenang memori silam bersama Tokki..
Tengok ikan2 sungai ni.. Teringat pada arwah Tokki aku.. 
Dulu masa aku kecik2 selalu dpt 
mkn ikan sungai yang arwah tangkap kat sungai Pahang. 
Selalu tunggu depan pintu Tokki balik dari 
menjala dari sungai dgn basikal tua dia.. 
biasanya besar2 ikan arwah dapat..
kalau dapat banyak, Tokki akan jual sebahagian kat kedai..
banyak jugak dapat duit..ikan sungai mahal..
Memang seronok setiap kali dapat balik kg kat Pekan Pahang..
Tapi sekarang Tokki dah tak ada..dan tak merasa lg nak 
makan ikan sungai besar2 n free..=(
ikan keli..
ni  satu lagi ikan feveret aku.. ikan keli goreng sambal! pergh!
sedap giler..
tapi ikan ni jarang dpt masuk rumah aku..sbb mak n abah tak suka..
hairan..mak dan abah anak jati Kg Pulau Manis,
Pekan yang letaknya berhampiransungai Pahang..
semua ikan sungai diorang makan kecuali ikan keli..
aku tak tau kenapa.. mesti ada sebab..
tapi diorang tak nak bagitau aku..
biarlah.. apa2pun aku n adik-beradik lain ttp suka..
(kecuali abg iparku dr bandar tu..hehe)

 
PETAI
 
mak aku sedang membeli petai..tapi kali ni dia beli sikit je..
kalau bapak aku yang beli..haa..macam yang kat atas tu la dia beli..
lepas tu mak buat jeruk.. dapat petai ni..
mak dan abah tak pandang benda lain dah..
tapi aku pulak yang tak suka.. adik-beradik lain pun tak suka..
cuba makan..tp tak dapat cari kenikmatannya..so..fullstop..tak makan lagi..



JERING 
ini pun kegemaran mak dan abah..buat ulam..
kami adik beradik tak makan kalau buat ulam..
tapi kalau goreng sambal dgn ikan bilis..
baru makan..sedap...kruk krak2 bunyinya bila digigit..rangup..
dulu belakang rumah ada pokok jering. besar!
time berbuah abah akan kait banyak2..
lepas tu rebus dalam periuk besar (taraf nak buat kenduri)
campur dgn bermacam2 ramuan lain yang sebahgiannya pelik2..
dan susah dicari..masak selama berjam2..rasanya lebih 6jam..
lamaaa..masa masak tu..memang macam pesta..
abah rebus pun kalau semua anak2 dia balik kg..lepas masak, 
kami akan bergotong-royonghantar jering rebus keliling rumah 
bagi jiran2 merasa..semua akan terima dgn tersenyum lebar.
ye la..bukan senang nak masak jering rebus ni..rumit! 
sebab tu abah masak banyak2..
jering rebus ni, mesti dimakan dengan kelapa (yg telah dimesin) 
campur dengan sedikit garam dan gula..sedappp.. tak caya cubalah rasa..
nak sedap lagi, tumbuk sikit jering tu dalam lesung batu.. bagi dia leper..
lepas tu, letak kelapa kat bhagian atas..dan masukkan ke dalam mulut..
nikmat tidak terkira..=)
tapi.. itu dulu.. sblm pokok jering tu ditebang..sekarang..
dah berbelas tahun kami tak makan jering rebus..
tiada lagi kemeriahan merebus jering..=(


UBI KELEDEK
 Gambar Hiasan.. Tiada cerita di sebaliknya..
tidak berkaitan sama ada dengan yang mati atau yang masih hidup..=)

PAKCIK JUAL UBAT (pakcik berkopiah putih)
juga gambar hiasan..fenomena biasa di pasar malam..
gambar dari jauh..
nak snap dari depan takut dia ingataku admire kat dia pulak..=P

 
BONDAKU..(wanita bertudung hitam..)
inilah wajah bondaku yang kepenatan..walaupun barang2 yang berat
aku tolong bawakan..hehe..
perempuan di belakang yang tersenyum tu..kawan baik bondaku..
Mak Cho..



Kuih Akok
Kuih feveret abah.. Buah tangan untuk abah yang tinggal kat rumah..
Kalau nampak kuih ni..mesti teringat kat abah..
dan mesti beli untuk abah..
luv u abah..mmmuahhh!


Kesian BoiprenBiruku (BB).. Lama menanti..
Dah nak maghrib.. Kami pulang dulu.. Bubbyee...













Thursday, November 5, 2009

Aku Yg DiGoda MLM Hai O..


          
   Pernah tak tengok iklan Hai O, Bio Aura kat tv? mesti pernah kan.. malah mungkin ada yg dah termuntah hijau tengok iklan jutawan2 melayu beraksi disamping kereta dan rumah mewah mereka.. mmg mengujakan.. sampaikan ada satu versi iklan tu pakcik tu cakap, kolam ikan saya juga menggunakan Bio Aura.. (lebih kurang begitula bunyinya) Hohoho ~.. memang ganas.. ikan pun gunakan Bio Aura.. Memang manusia yang tak ada Bio Aura kat rumah patut malu kat ikan pakcik tu.. aku beri 5bintang pada iklan itu kerana berjaya menggeletek tali perut aku ssmpai hampir nak terkeluar air mata.. huhuhu  ~ ~.(bukan senang nak buat aku gelak mcm tu sekali)

    Sebenarnya tadi aku baru dipromote ttg produk ni.. Dia bukan nak suruh aku beli tapi nak ajak aku join atau dlm erti kata yang lainnya.. jadi 'kaki' dia.. walaupun dah berkali2 aku kata TAK NAK kepada merokok.. eh..silap..tak nak kpd MLM! tp dia ttp tak berputus asa.. dia tanya bila aku free? aku kata aku tak free.. xtvt penuh..balik sek, pastu kelas tmbhn, pastu pegi jogging.. tp dia ttp juga cuba menyelit2 dlm jadual waktuku yg ketat itu.. dgn kata2.. 15min je..akhrnya aku mengalah..(teringat kata2 vince juara akedemi fantasia1.."semua pemenang.. tiada pekalah"..hahaha..) jadi aku pun menunggu dgn hati yg berdebar2 dan berdoa agar aku tidak terpengaruh dgn melihat kereta dan rumah2 besar yg bakal ditunjukkan pd aku nnt..

     Akhirnya setelah 15min campur satu jam.. maka..kawanku itu pun balikla.. huh.. aku menarik nafas lega walaupun xtvt jogging ku termiss petang itu.. Aku terfikir.. inilah pengorbanan yg perlu aku lakukan jika aku berminat nak sertai program ni..aku perlu selalu jumpa orang.. perlu pandai memujuk wpun muka org yg ku cuba pujuk itu dah terkebil2 semacam.. perlu mengorbankan waktu rehatku di waktu petang.. perlu mengorbankan byk masa.. perlu menebalkan muka pergi ke rumah rakan2 yg mungkin rasa terganggu dgn kehadiranku.. malangnya.. aku bukan org macam tu.. aku tak segagah tu.. aku tak punya semangat setinggi itu.. aku tak seslamber itu.. Aku bukan tak percaya menyertai Bio Aura boleh menjadi jutawan, cuma aku tak yakin aku boleh buat macam yg mereka buat.. tabik spring kat jutawan2 tu..

     Jadi..jalan terbaik.. aku tak mahu melibatkan diri.. banyak benda yg aku tak sanggup nak buat.. termasuklah buat loan bank sbyk RM31ribu utk modal permulaan..huh..byk tu..boleh buat pegi haji 2,3 kali.. biarlah org nak kata aku ni tak de ciri2 usahawan..tak berani sahut cabaran..tak bersemangat waja.. biarlah.. hanya aku yg tahu siapa aku..biarlah aku terjun dengan labu ku.. yang penting aku bahagia.... =)

nota kuku: tahniah utk cik wana kerana berjaya mengekalkan pendiriannya sejak dulu iaitu SAY NO to any   MLM n cigarrate! Muktamad! Full Stop!